Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 21, 2013

#1072 Me Vs Fridge Sold Out.

Setel masalah. Aku iklankan kat mudah peti sejuk lama aku tu. Letak harga RM100 je. Ridiculous kan. Mau tak hotline talian henpon aku. Letak tak sampai 2 jam lepas iklankan dah kena delete dah. Tak larat nak menjawab. Nak delete iklan pulak ambik masa setengah jam jugak nak proceed. Masaklah aku nak menjawab phone. Haha. 
Apa pun, alhamdulillah masalah logistik dah selesai. This fridge is now belongs to this lucky man from Penanti. Mula-mula sms kata nak datang ambik Ahad ni. Tapi aku ugut dia dengan ayat sape cepat dia dapat. Dan-dan tu terus cakap nak datang tengahari tu. Hehe. Aku dah serik dah dengan janji manis orang ni kan. Kalu nak, ambik sekarang. Tak nak, ramai lagi waiting list. Gitu la kononnya hot stuff sangat la peti sejuk aku ni. Buyer aku ni peniaga air kat pasar malam. Dia datang ambik dengan van. Kena sangat la tu. Ada van sendiri takde masalah la nak mengangkut peti ni tak payah nak sewa-pinjam bagai. Senang kan.
Datang-datang tengok peti, terkebil-kebil dia macam tak percaya. Dalam iklan aku kata peti dah guna 6 tahun. Gambar disertakan sekali. Belek situ, belek sini. Maklum la dalam iklan kata harga 100 je kan. Peti pulak baru moseh-moseh lagi. Siap buleh tawar harga lagi. Takkan tak cuak kot-kot ada yang tak kena kan dengan peti tu. Last-last encik Jack kasi 70 je. Gasak lah. Aku ingatkan nak cakap free je. Setel. Takde pikir rugi ke apa la. Sambil-sambil niat nak tolong orang tu. Bini dia buat bisnes jual kek coklat. Sebab tu dia nak beli peti ni. Alahai, rezeki dia. Masa aku letak iklan kat mudah tu risau gak takut peti ni dapat kat non Muslim. Kalu buleh alang-alang dah niat nak 'sedekah' ni, biar la jatuh ke tangan saudara seagama. Alhamdulillah la, tercapai jugak hasrat hati. Aku puas hati nak melepaskan, dia lagi la seronok nak menerima barang molek ni. It's a win-win. Punya la menggelabah nak datang tengok peti murah ni, datang bawak wallet pulak takde isi. Deng! Hahahaha... Nasib baik peniaga pasar malam skang ni pakai tablet. Dan-dan tu jugak transfer duit thru m2u depan-depan kitorang. (kalu duit tak masuk pun aku halalkan aje. Janji, peti sejuk ni poof dari pandangan mata). Dapatlah kat dia peti sejuk dalam tiptop condition ni dengan harga 70. Rare case aku kira. Tengkiu mudah! Sekarang hati sudah senang. Mata sudah saujana memandang di dapur.
Bas school trip Adam. Spot him if you dare.
3 mo, 3.8kg
Alahai teringatnya kat Anis. Bila la buleh jumpa adik beradik dengan mudah-mudah aje. Kalu nak gi jumpa Anis ni, berapa negeri la aku kena langkah. Langkah tanah, langkah air, langkah pulau. Lama dah tak pegang baby ni. Aritu raya Anis tak bambam camni lagi. Raya haji ni balik deh Anis manis!

No comments: