Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 11, 2013

#1074 Me Vs Birthday With The Ramli(s)

Lunchie sebelum balik.
Hari ni nak bertolak balik ke Apal. Saje balik Apal dulu sambil-sambil nak jenguk Mem Besar. Risau pulak kat kaki dia. Sejak balik Langkawi aritu tak elok-elok lagi kaki dia. Semoga kaki MIL cepat sembuh aminn.. Tak world la iron lady aku ni kalu kaki tak baik-baik.
Kebetulannya hari ni birthday encik Jack. Molek sangat la tu buleh dia celebrate dengan bonda kesayangan. Tak pernah-pernah kan sambut katanya. Untuk tu, aku dah plan cantik punyer la. 2,3 hari lepas dah berpakat dengan biras aku, mintak tolong dia belikan kek SR dengan satay. Surprise la konon kan sampai-sampai ada kek. Ngehngehngeh... Thank you Huda sebab tolong jayakan rancangan murni aku.
Tapi rancangan macam ni memang last-last Mem Besar jugak yang belanja. Huk aloh. Beriya aku nak bayar balik, makin beriya la dia hesitate. Haih, this is Apal territory. Tak laku jugak duit aku. Ingatkan kat KB aje duit tak laku. Malu pulak aih. Aku yang nak buat makan-makan, Mem Besar pulak tukang belanja. Anyway tengkiu semua. Kenyang perut makan kek dengan satay tak habis-habis. 

Kat Apal ni macam biasa la. Mesti nak kena cari stok keropok keping untuk bawak balik Penang. Nak beli lepas raya, takut peniaga tak bukak kedai pulak. So, keropok keping, keropok lekor we all borong awal-awal lagi. Just in case kan.
Sesambil melewa petang-petang bawak budak-budak ni, ajak encik Jack pegi Bukit Keluang. Lama dah tak datang. Skang ni hakisan makin teruk. Laluan, tangga, wakaf nak ke bukit tu dah masuk dalam air dah. Tempat Orang Kaya Apal berfotoshoot kawin dulu dah masuk dalam air dah pun. Ingatkan pantai kat Kelantan aje yang terjejas teruk dek hakisan. Sini pun dah teruk dah skang. In future, dengan bukit-bukit tu sekali masuk dalam air jadi pulau agaknya.
Kat sini anak-anak dibiar bebas main air. Celup kaki je pun. Cuma Zaraa aje terlebih eksaited sampai berguling dalam air kena hempas dek ombak. Haha. Basah kuyup mek comei ni. Nasib baik dalam keta ada selimut. 

City kids ni dapat jumpa pantai setengah jam dah cukup hepi dah. Tak nak balik kalu buleh. 

Anyway, Happy Birthday to my ex-classmate, ex-boyfriend, ex-fiancee, my always and forever husband, my soulmate, my partner, my critic, my love Muhammad Zahiruddin. Semoga sudi meniti hari tua dengan aku. #Apa punya ucapan

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hepi tu hepi jugak. Tapi ada benda sedih aku belum citer. Rantai Zaraa entah kat mana tercicir jatuhnya. Sedar-sedar masa Mem Besar tegur mana rantai Zaraa. Aku dengan konpidennya jawab ada kat leher dia la mana pernah bukak-bukak. Sekali nak terkeluar bijik mata tengok memang takde kat leher Zaraa.
Clearly rantai tu dah takde kat Penang lagi.
Aku memang tak perasan langsung. Cek balik dalam gambar-gambar yang aku ambik sebelum-belum tu. Yang kompem nampak ada kat leher dia tu masa kat Langkawi. Hello, dah berapa minggu berlalu tuuuuu... Yang first proven dalam gambar rantai tu takde, masa makan lunch sebelum bertolak balik lepas semayang Jumaat tadi. Meaning, kat Penang lagi dah takde rantai tu. Huhuhu... Kalu hilang dalam minggu ni, memang jatuh kat rumah aje sebab dalam minggu ni memang takde pegi taman or mana-mana. Kalu hilang minggu lepas atau sebelumnya memang susah nak cari la. Sebab pegi Tesco, pasar etc. Macam mana aku nak narrowkan scope pencarian. Haih... Hopefully, hopefully, I really hope that rantai tu tercicir dalam rumah... So that someday akan terjumpa lagi. 

Sedih giler  rasa. Aku sangat-sangat hargai apa aje yang Mem Besar bagi. Barang mahal ni lagi la. Rasa macam tak tau nak salahkan sape. Kalu ada sayap nak aje aku terbang balik Penang geledah satu rumah. Tapi selalunya benda macam ni kalu makin sengaja dicari makin la tak jumpa. Ah, tolong la jumpa balik. 

Semayang hajatlah biar jumpa balik. Tolonglah jumpa balik!

Amin.


No comments: