Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 24, 2013

#1076 Me Vs Cikgu Pesan Suruh Pakai Kasut

Kelmarin Adam cakap cikgu pesan suruh pakai kasut hari ni. Entah... Ada rehearsal apa benda kot. Kasut sukan yang biasa dia pakai tu dah pecah tapak. Ikutkan hati tak nak la rasmi lagi kasut yang Puan Menteri beli kat Vietnam ni. Sayang takut kotor kan bila dah sampai sekolah tu. Tapi pakaikan jugak sebab dah takde kasut lain available kat umah ni.
Sampai kat sekolah cikgu senyum-senyum sambil kata amboi kemain Adam pakai kasut baru. Kihkihkih. Kasut dah lama ada tapi tak pakai-pakai. Nak pakai pegi mana kan. Sudahnya selamat la dalam stor. Silap hari bulan, dah terlepas saiz baru nak pakai.
Best jadi Adam. Kecik-kecik belum boleh berjalan pun dah rasa pakai kasut Adidas. Dah nak masuk sekolah pun pakai lagi. Zaman aku dulu layan cap Bata aje lah sampai ke SPM. 
Tengok si abang ada kasut, si adik jeles la nak pakai jugak. Kasut Adidas kecik ni dah tak muat pun. Tapi tetap berkeras nak orang pakaikan dia jugak. Tengok sendiri lah kaki dah terjulur macam tu pun degil jugak nak pakai. 
Oh minggu ni mak layan novel noks... Ahahahahaaaaa... Thanks mucho to Wan Nadia sebab baik hati sangat-sangat kasik aku baca free. Kat tv baru episod 30 lebih. Nak tunggu ending hati sudah meronta-ronta tak sabar. Macam biasa lah simptom gelojoh aku. 

Mula-mula novel ni sampai, aku tertanya-tanya jugak boleh ke aku membaca. Sejak aku hipertensi masa mengandung kat Adam kan aku dah tak boleh membaca. Magazine pun takleh nak baca inikan pulak novel 700+ pages. Whoooaaaa... Aku cabar diri sendiri ni.

Last time aku baca novel... Emmm bila ek? Zaman sebelum PMR? Lepas SPM? Tak ingat dah. Tapi zaman persekolahan lah. Sebelum PMR layan lah novel Ahadiat Akasyah. Lepas SPM layan Danielle Steel, Judith McNaught etc. Konon poyo lah kan tak nak layan dah novel Melayu demi memperkasakan bahasa Inggeris. So, macam tak percaya pulak kali ni novel Melayu dalam genggaman. Semua tv punya pasal. Walau tahu Farid Kamil sangatlah kayu lakonannya, tetap jugak nak tengok.

Dari yang awalnya ragu-ragu buleh baca ke tak, sekali start memang takleh stop. Haha. 2 hari je aku baca. Itupun sebab banyak gangguan macam biasalah. Hohoho... Sape kata aku takleh baca. Boleh puoooonnnn!

Ahahaha... Lepas tu terus install Wattpad dalam handphone. Tapi apasal writer tak tersohor pun? Aku ni mula la nak start prejudis dengan unknown writer ni. I do care whether berbaloi atau tak aku spend masa baca tu. Ada sesapa tahu apps apa yang boleh baca novel online? Sila bagitau dan share kat sini.. Tengkiu! 

3 comments:

zahira said...

Pegi baca kat penulisan2u.my

Anonymous said...

ahhahaha jgn prejudis jgn writer tak terkenal! kakak ni dh addicted dh ngna e-book. byk gilo cito sedap2..even writer tak kenal..tp cerita superb..bila tgk online mcm ramai pulok ore minat buku tu! siap ada sambungan buku lg.

now reading this ebook written by a very young gal! 13yrs old writter! tp ebook ni so hal lah..some dia karang & upload trus..n we hv to wait for the updet..nok wak rano kalu TERbaca ebook hok baru heheheh..

tp this how i unwind now ...dlm bas/lrt baca la coz nak release tension..dh tak sewa or beli buku doh..tok cekak bawok buku..baca dlm hp je senang! hehehe

happy reading! blog jange lupo!
-kakak-

Blog Diva said...

kaklong:ooo penulisan2u buleh baca online jgk ke? mak jakuuuunnn...hihi..tq for the info. xpyh beli la pasni. ;p

kakak:mu buleh la baco di mana saja. aku dumoh jah buleh baco. kalu g jln2 gak keno konsentret ko anok. lamo hilei.