Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 26, 2013

#1078 Me Vs Faisal Turns 1

Harini kitorang attend birthday party si lucu Faisal. Haha... Last tengok dia dalam pantang agaknya. Now dah umur setahun baru jumpa lagi. Macamlah jauh sangat susah nak jumpa padahal Kulim tu je. Haih. Memasing kalu dah berumahtangga macam tu lah. Sampai-sampai kat umah birthday boy ni, Adam dah nampak kek tu terus merengek nak kek. Hayoh. Budak tak biasa buat birthday party ni macam ni lah agaknya. Tak tau protokol. Tak bagi makan kek lagi, dia mintak nak bukak toys hadiah yang aku beli kat Faisal tu pulak. Adoi la...... Susahnya nak kasi budak 6tahun ni paham erti kek harijadi yang kena tunggu nyanyi, tiup lilin pastu potong baru makan dengan tunggu birthday boy bukak present baru buleh main.
Bila pegi majlis anak orang ni kan, tetiba termalu sendiri sebab aku tak pernah buat pun majlis harijadi untuk anak-anak aku. Padahal zaman aku kecik-kecik dulu bukan main lagi party nyer. Walaupun bukanlah tiap tahun, tapi ada lah jugak sesekali dua. Hihi. Asyik orang aje yang jemput aku kan. Aku tak pernah-pernah jugak nak jemput orang. Baik birthday party, housewarming party, open house raya atau apa-apa jamuan sekali pun. Very the teruk kan Blog Diva ni... Entah la. Aku takde jawapan yang solid. It's simply M-A-L-A-S. Nuff said. Tahu-tahu je la aku ni memang malas bab masak-masak. Encik Jack pulak malas bab-bab menempah makanan. We're a good pair made for each other ;p
Dah diap potong kek rainbow ni, tak nak makan pulak si Adam. Huh, tadi kemain nak. Makan 2 mulut dah tak nak. Dah tu cemana aku nak buat birthday party ni. Ececeh alasan. 
Happy Birthday Faisal. Geli hati aku tiap kali teringat muka dia. Budak paling lucu isminya yang pernah aku jumpa. Tak buat apa-apa pun dah sedia lucu. Hihi.

No comments: