Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, November 16, 2013

#1080 Me Vs Adam's Graduation Day

Harini pagi-pagi lagi bersiap. Aku dengan budak-budak encik Jack drop kat IKBN Bukit Mertajam tempat Majlis Ihtifal Tadika Amal Rintis Adam. Encik Jack kena attend Majlis Graduasi UiTM dia. Hoih macam-macam gajet aku bawak harini incase Zaraa kebosanan takde la haru biru pink aku sorang-sorang nak kawal dia. Tapi orait je dengan dia sebab dia jenis sekaki je dengan aku. Kalu aku tak pegi, dia pun melekat aje lah dengan aku. Bukan macam Adam dulu. Jenuh nak mengejar. Tengkiu Zaraa sebab tak menganaya Mommy kat sini. 
Strategi muka kesian nak belon helium...
Sejam je aku dok dengan berhemah. Disebabkan lokasi kerusi aku adalah sebaris betul-betul depan unit ekon yang gila kentang gedangnya (more likely a blower sebenarnya sebab angin sejuk keluar macam ribut topan habis rosak bojeng tudung-tudung wanita sekalian dalam ni). Dok sejam dah sejuk beku, tambah pulak perut kelaparan sebab turun dari rumah tadi tak makan apa. Makanya aku heret la budak cinonet ni keluar mendapatkan haba dan makanan... Dari tadi lagi dia dok usya belon helium bebudak dalam dewan ni. Oklah, don't-be-a-stingy-mommy today kononnya tema hari ni... Mak belilah. Abis lima ringgit aku untuk sebijik upin helium tu. Takpe la janji dia ralit sorang-sorang buleh mommy main game sambil tunggu Adam keluar buat performance.
Dapat belon tu ralit sungguh la dia. Puas hati. Aku pun senang keje. Boring-boring tu dok berwassap dengan encik Jack. Terima kasih teknologi! Dia pun boring dalam dewan UiTM, aku boring kat sini.
Bird eye view dari kerusi encik Jack.
Selfie pic dari seorang VIP atas pentas graduasi.
Kul 11 upin Zaraa ni dah kempis. Mana tak deflate nya, ditendang-tendang sesuka-suki sambil minum susu. There goes my lima ringgit... T_T Bila belon dah kempis, bermula lah cabaran aku as a babysitter cum fotografer. Time nak ambik gambar Adam keluar stage time tu la dia mengamuk nak tido. Oh gawat. Result gambar yang ditangkap memang tak puas hati lah. Jangan komplen lah ye. I tried my bestest. Wish my other half was here too.
Jadi lah tu. Daripada takde langsung kan. Video dia buat persembahan My Beautiful Garden pun ada aku rekod. Baru paham watak dia. Seminggu dua ni dia dok komplen, kawan lain semua ada topeng. Dia je takde. Bila tanya cikgu, cikgu kata dia pakai spek jadi diorang tak pakaikan topeng la kat dia takut tersangkut kat spek payah pulak. Makanya dalam persembahan tadi tu anak aku sorang je la tak pakai mask. Takpe, tahun depan kita pakai kontek lens.
Ini gambar yang dia berfotografi kat sekolah yang cikgu pesan suruh pakai kasut tu. Alahai.... Muka lesu spek senget benget. Cikgu tak betulkan ke sebelum snap gambar ni. Ke cikgu dah tak keluar suara dok mengawal bebudak ambil gambar hahahahaha... Jadi lah. Jadi lah.

Majlis tamat kul 12. Tetiba hiba pulak rasa hati. Anak aku dah habis tadika. Meaning bermula la chapter baru for both of us.For him and me as well. Nak masuk sekolah dah anak aku bulan depan (orientasi murid tahun satu). 

Bermula la jugak cuti sekolah. Tadika Adam ni ada offer nak buat extraclass sepanjang cuti sekolah ni. Masalahnya tiap hari from 8am-9am je. Sejam je kelas. Macam tak berbaloi pulak. Kalu teruskan masa pembelajaran macam biasa komfem kitorang setuju je nak hantar dia. Daripada dok umah tak buat apa jugak kan. Haih. Suka hati je parents fikir macam tu kan. Hahahahaha cikgu-cikgi dia pun nak hurahurey jugak.

Macam mana la aku nak survive cuti sekolah yang panjang ni....

No comments: