Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 2, 2014

#1084 Me Vs The Real Life Begins At 7

Assalamualaikum!

Hoho lamanya Blog Diva tak update blog kan. Rindunya kat kawan-kawan blogger lain. Update la jugak weh. Jangan update jual barang aje. Boring mak bukak tau. 

Hari ni first day Adam dalam kelas. Ahad baru ni pendaftaran aje. Suppose hari ni ada ujian penilaian lah untuk tentukan dia entitle dengan kelas mana. Penat mak stres tau nak mempersiapkan anak bujang aku ni bagi menghadapi test dia. Tiap-tiap hari buat latihan matematik kat umah.  Tapi dia macam tu jugak lah. What to do. Sebelum ni aku ingat nak rilek je. Alah... Baru darjah 1. Nak stres apa. Tak nak bebankan dia dengan macam-macam expectations. Tapi tetap jugak takleh lari dari nak expect macam-macam dari dia. 

Kesian budak-budak zaman skang ni. Macam-macam program, macam-macam aktiviti, macam-macam test nak kena buat. Kita dulu-dulu rilek je. Masuk darjah 1 belum reti baca sepatah pun. Matematik kira tambah tolak apatah lagi. Tapi anak-anak kita skang ni dah advance. Masuk darjah 1 serba serbi dah tahu. Alhamdulillah... 

Menjelang nak bukak sekolah ni aku agak melodrama sikit lah. Sama macam masa Adam nak start masuk tadika 2 tahun dulu la. Tapi lebih impact melo sikit lah kali ni. Macam-macam perasaan lah susah nak citer. Mungkin orang lain, lain rasanya. Aku? Hmmmm... Sayu rasa. Ofkos lah hepi and teruja tu ada. Tapi sayu tu lain macam sikit. Ye lah, kali ni dah masuk sekolah betul. Dulu tadika main-main aje. Kalu encik Jack outstation, tanpa ragu-ragu je kitorang suruh dia ponteng kelas. (oh dia lagi suka!) Now dah takleh suka-suki tuang kelas dah. Lepas ni dah kena ambik lesen dah. Sobs... Terpaksa lah jugak ambik. Aku rasa itu major part yang paling sayu tuh. Kena letak jawatan jadi penumpang dah pasni. Hoho... Banyak sangatlah revolusi yang terpaksa aku lalui dengan bermulanya Adam masuk sekolah ni.

Pendek kata, my real life as a mom begins when he is 7. Orang lain rilek je kan anak masuk sekolah. Aku je yang kecoh. Blog Diva memang paranoid dengan benda kecik-kecik camni. Biasalah. Bukan Adam aje yang perlukan masa untuk terima hakikat dia kena masuk sekolah. Mak dia pun sama la. Rasa tak bersedia je nak lepaskan dia masuk sekolah. Cepatnya masa berlalu kan. Rasa macam hari-hari kat kondo tu baru aje berlalu. Pagi-pagi turun buang sampah sambil beli air sambil bawak dia jalan-jalan main kat playground. Hoho... Sedar tak sedar dah 3 tahun pun berlalu... Dok umah ni pun dah 2 tahun. Pejam celik pejam celik je kan....

Orang lain persiapan back to school awal-awal dah beli. Kitorang ni berapa hari nak bukak sekolah baru la kelam kabut nak membeli itu ini. Tak feel la beli awal-awal konon. Lagipun hero manja aku ni tiap kali sebut pasal back to school je, nanges. Cakap pasal sekolah, nanges. Ajak beli barang sekolah, nanges. Suruh buat matematik, nanges. Suruh baca iqraa, nanges. Semua nanges. Macam mana tak melo mak dia. Bila dengar dia cakap dia tak nak sekolah, oh my..... I did said the same thing to Puan Menteri when I was at his age. Boy, he took after me so much. Ngggeeeee... Teruk kan Blog Diva. Darjah 1 dah berani-berani mintak dengan Puan Menteri nak berenti sekolah. Kahkahkah... True blue story ni weh. So, bila dengar dia kata dia tak nak sekolah tu aku rasa simpati la kat dia. Sebab aku sendiri pun dulu rasa camtu jugak. Sobs. Anak dengan mak sama je tak minat sekolah. Apa lah. 

Tadi kitorang tunggu dia sekejap aje sebab cikgu tak kasi parents tunggu tepi kelas. Nak tinggal terus tu takut dia tak pandai nak beli kat kantin pulak. So, sementara tunggu waktu rehat kul 9.10pagi tu, kitorang pegi bekfes kat mamak dulu. Lepas bekfes pegi sekolah Adam semula. Kitorang join parents lain tunggu kat kantin.. Sambil-sambil tu aku mengusya la apa santapan kat kantin. Haiyooo... Semua makanan berpinggan je. Bad news. My pretty boy ni mana la makan nasik-nasik mi kuey teow bihun segala. Nak siapkan bekal dia berkeras tak nak. Mak-mak lain siap tunggu dengan bekal masing-masing. Mostly bekalkan nasik gorenglah yang aku nampak. Dan masa rehat tu, anak-anak orang lain melantak macam tak hengat. Culture shock pulak aku yang memerhati. Bila la buleh tengok anak aku macam tu makannya.

Lepas masa rehat, kitorang blah. Nak tunggu pun no point sebab takleh tengok dia jugak. Sebelum kitorang balik tu, dah pesan banyak-banyak kali nanti balik karang suruh dia tunggu kat pondok guard, jangan keluar. Unfortunately, masa encik Jack nak jemput dia tu, pegi dah awal dah. Tapi diorang keluar serentak. Mana la nak nampak mana satu. Nyaris-nyaris nak ikut budak lain keluar pagar. Haisyh..... Tadi dah pesan. Benda macam ni la tak best dengan budak ni. 

Cukuplah tu cerita. Tak biasa pulak rasa menaip panjang-panjang. Ececeh... Dah lama kan tak mengarang kat keyboard maujud ni...


1 comment:

Anonymous said...

huhuhu my prince dh dewaso dh! huhuhu skoloh doh..huhuhu adam..cik long miss u! u will get along well at scholl dont worry darling!
-c.long-