Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 23, 2014

#1092 Me Vs Pouring Cooking Plans

Posa-posa ni nafsu makan memang diluar kawalan. Ironi? Patutnya posa lah kena kawal nafsu makan. Aku macam tu lah. Kalu time posa tu macam-macam idea nak masak datang. Macam-macam teringin nak makan. Mengalahkan budak baru belajar posa kan. Thehehe... Tinggal 4 hari je lagi belen posa nak kena ganti. Punya lah tak keruan nak mengabiskan Tuhan je lah tahu. Ala-ala countdown nak habis SPM je gayanya.
Fom the Barefoot Contessa...menggoda dok?
Tadi tengok Barefoot Contessa Ina masak Fusilli in Lemon Cream Sauce. Humang haih... Kecur liur posa aku. Weekend ni nak buat la sikit. Takleh buat banyak kot-kot aku sorang je yang tukang makannya naya la. And, aku mengidam nak makan homemade choc chip cookies. Tengah cari resipi yang sukatan sikit-sikit. 

Seminggu dua ni memang rajin masak mengarut aku ni. Buat pizza and pretzel la. Cheesecake la (premix box cake), beet root red velvet cake, terkini; parodi popia nestum. Adam suka la benda tak kenyang macam tu. Itu je la yang dia menyungguh makan. Yang lainnya, aku je tukang makan.
Buat popia nestum je la rasa berbaloi. Yang lain-lain, adalah jugak rasa pain in the ass. Haha. Beli premix cheesecake, rasa macam butter cake aje. Bau je lebih. Rasa hampeh. Patut la tak femes pun brand tu. Aku bancuh separuh aje, separuh lagi tengok la cemana untung nasibnya kelak ;p Masak benda mengarut ni memang banyak downs dari ups nye... Tapi fikir positif, nak berjaya macam mana kalu tak cuba. Gagal ketika percubaan aku maafkan. Aku sendiri buat, aku sendiri maafkan. Tapi frust masak tak menjadi memang ada lah. Takleh elak punya.
Bebudak ni kalu buat kek part ni je la depa tunggu. Pas kek masak, diorang blah la.
Tengok bake cheesecake aku ni. Terserlah kekerasan dia kan. Hahahaha... Buleh je aku beli kat Tesco yang ready made tu. Tapi masalahnya kekadang aku beli bukan aku nak makan terus. Tetiba terlepas tarikh nafsu tak mai-mai lagi cemana. Sebab tu aku beli kek pracampuran dalam kotak ni. Sesambil la nak try. Haih. Axed la brand ini. Takleh pakai punya.
Then buat pizza for lunch kekonon tak tau nak masak nasik dengan lauk apa kan. So, mak buat la pizza dengan harapan doh tu buleh curi sikit untuk buat pretzel Adam. Doh okay la no prob. Topping pulak masalah. Aku buat 3 jenis topping. Chilli tuna, pepperoni dengan bbq chicken. Yang bermasalah bbq chicken sauce dia. Manis melenting. Choiiii.... Aku pakai sos bbq oriental cap Life. Takleh pakai. Next time kena beli cap lain. Seriously manis. Kalu orang Kelantan sendiri takleh tahan, you better believe. There goes my effort buat pizza.

Bulan lepas teringin nak makan beet root red velvet lagi. Tapi kali ni banyak menderhaka pada resipi. Nak unsalted butter, aku pakai butter masin biasa. Hasilnya, rv aku tak merah menyala macam dalam resipi asal. (ye ke mat saleh ni entah-entah ko curi-curi off record bubuh food coloring tak?)
Hancus red velvet aku. Kalu tengok dari luar nampak macam dah agak merah. Tapi bila potong, nampak kaler coklat terus. Ini bukan red velvet ni. Ni brown velvet cake. Frust lagi. Takpe la. Yang penting natural colour and taste. *sedapkan hati Huh, kalu dah tak reti tu buat kek apa pun tak mengopong bak kata encik Jack.
Cuti minggu lepas, bila tanya nak makan apa semua senyap je. Aku cukup time kena makan jugak. Padah kalu nak tunggu sorang-sorang submit menu ni. Ikut pandai aku je la. Sape nak makan, silakan. Sape rasa kerek dengan menu pilihan aku, pandai-pandai hang la nak bubuh apa dalam perut. Senang je aku. Lunch tu aku buat mi hailam. Adam nak mi sup. Nasib baik kuah sup ayam frozen ada aku simpan. So, 3 orang makan mi hailam. Dia sorang makan mi sup. * tak habis jugak
Zaraa skang ni star at dining table la. Suka tengok dia makan. Or kube. Either one lah. Hari ni makan nasi in sup ayam plus kicap tambah 2 kali. Pastu bedal potato salad almost 3 ketul. Pastu mintak susu. Pastu kareb. Gembira perut dia hari ni.

Weekend baru ni aku suggest kat encik Jack pegi makan ikan bakar. Dataran Ikan Bakar tu dekat je dengan umah aku. Told you, nak apa-apa semua tak mencabar. Dengar lagu tak sempat habis, dah sampai tempat dituju. Haha. Kekdahnya saje je aku mengajak. Teringat zaman belajar dulu selalu pegi makan ikan bakar kat Seagate dengan Teluk Tempoyak. Teringat la kan. Setakat dok Penang umur Adam ni mana pernah pegi makan ikan bakar.

So, malam tu kitorang try la. Selalu lalu kedai tu (tepi pasar malam) tengok always full house. Nak la try setara mana sedap agak-agaknya kedai tu dah manusia tak pernah tak ramai. Malam tu kitorang ambik siakap putih bakar, sotong celup tepung, kerang bakar dengan tomyam. Blerrrghhh... Sotong celup tepungnya sampai-sampai kat meja dah suam-suam kuku. Tomyam manis. Sambal perap ikan bakar pun manis leting. Tapi orang penuh. Apa yang sedapnya? Ke kebetulan langkah kiri aku malam tu? Next time tak pegi dah kedai tu.

Sebelum pegi tu encik Jack dah google dalam internet. Banyak jugak la blog-blog yang rekemen kedai tu. Blogger ramai yang kata best situ. Emmm.... Are you sure?????

Semenjak encik Jack kata RM200 seminggu is too much, aku kan tak beli jajan. So, kat umah time mulut nak mengudap tu terpaksa la create apa-apa makanan homemade. Star of the cheapskate adalah cekodok pisang semestinya. Takpun cekodok bilis. Takpun keropok keping je cicah maepranom. Tapi latest ni mak suka makan epal cicah homemade kuah rojak Mak Bee. AKA colek buah. Kelas ko senah makan colek epal. Dah nak buat cemana nak beli jambu batu susah nak kena yang molek. Kekadang time nak beli tu, orang tak jual la pulak. Sini buah import lagi senang nak jumpa yang elok dari buah lokal. Kerek la Penangite  ni.

Kisahnya aku membuat kuah rojak buah sendiri ni bukan apa. Masa buat rv aritu aku blend banyak gula. So, stok powdered sugar adalah banyak. Aku guna la powdered sugar tu untuk bikin colek. Tiap malam encik Jack mengadap benda tu. Sedap dari Mak Bee katanya. Payah hoi nak dengar pengakuan laki aku ni. Dia tak mengaku pun sebenarnya aku yang tanya hahaha spoil. Makan colek ni addicted tau...

2 comments:

Anonymous said...

mcteh..colek mu buat tu memang superb! mama suh mu ajar..buat jual kat kl hiks...sedap weh..terbayang2 lagi..memei kaloh mok bee tue! sapa nok try test kuah rojak mcteh..sila lah gi penang! memang sedappppp! next time tok leh buat surprise la gi penang..keno royak awal2 suh buat kuah rojak mak teh! hahahahaha
-kakak-

jie @ azie said...

nok resepi teh...acu tokleh kalu bunyi sedap2 gak nok try buat, hihihi