Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, January 28, 2014

#1094 Me Vs Berair Mulut...

Semenjak dua menjak ni asyik berair mulut nak makan aje. Biasanya aku kalu pms-pms ni mulut asyik nak mengudap makanan yang manis-manis. This time, semua rasa nak telan. Epik sungguh perasaan ini. Orang dok heboh-heboh Malaysia tengah dilanda winter skang ni kan. Ada la jugak aku rasa. Actually most of the time pun aku rasa macam winter je. Orang tak cukup lemak paus macam ni la. Always sejuk-sejuk-sejuk. Sejuk tu satu hal. Tapi skang ni aku rasa dry aje. Bibir rasa kering (tapi mulut berair nak makan hihi), kulit pun kering mengelupas. Sebab VCO dah habis atau perubahan hormon badan sempena pms? Relevankah?
Sambal Chenge
Perut skang ni asyik rasa lapar tapi masalahnya tak tahu nak masak apa. Tahu. Tapi kekadang apa aku nak makan tak sesuai dengan tekak dan kesihatan encik Jack. Contoh paling ketara budu lah. Aku perlukan teman seperbuduan. Kalu makan dengan encik Jack ofkos la dia sama naik melantak. Tapi lepas tu kepala berdenyut blame aku lah. Selaku anak jati Kelantan, aku sangat-sangat kepingin nak makan singgang ikan ayo cicah budu... Hallamak berair lagi mulut. Minggu lepas masak sambal chenge. Encik Jack tak makan pun. Aku je makan.
Wiken lepas encik Jack cakap kat Bos IBM dia mengidam nak makan somtam. Sebagai isteri mithali jarang-jarang ni, aku penuhi saje keinginan encik Jack. Kebetulan kat pasar banyak betik mengkal. Kangkung aku malas beli sebab dah bosan makan. Takat nak guna 2,3 helai je tu abaikan aje lah. Kacang panjang pun. Sebab tu somtam aku tak colourful. Lantaklah. Janji rasa ada. Beli tengahari, keras lagi. Sampaikan aku tertanya-tanya betul ke betik ni dah boleh buat somtam. Nasib baik operate terus petang tu. Kalu tunggu esoknya, memang lembik teruslah jawabnya... Cepat betul betik ni meranum. Ilmu baru. Dulu tahu pisang je.
Pegi pasar baru ni tak tahu nak beli apa. Kata 200 banyak sangat kan. Nak kena squeeze bajet la. Daging tak beli, ikan pun beli selar kuning je.. Tengok lala fresh ada. Dah lama tak makan lala. Lala murah je, buleh la beli. Buat lala masak lemak cili api. Kulit punya la besar. Tapi isi cinonet je. Komplen la boss. Baiklah next time jangan beli lala lagi.
 Pagi ni lepas semayang Subuh terus keluarkan butter nak kasi lembut. Mood berapi-api nak bake choc chips cookies. Semalam dah google and tengok cara buat kat youtube. Bukan tak reti pun saje gelenya menambah kompiden di dada. Dulu buat guna resipi cikgi Diva. This time ambik resipi mat saleh. Baca testimoni semua puji sedap. Tapi aku tak puas hati. Sebab biskut ni tak cracked kat atas. Dan takde kick. Resipi cikgi Diva lagi best. Tapi kalu nak guna resipi cikgi diva, kena bahagi 4 dari resipi asal. Naya nak mengabiskan. Satu lagi yang tak best pasal resipi ni, adunan dia tak cair dalam oven. Biskut masak tak leper. And it's too cakey. I like crispy on the outside but chewy in the middle.  Overall, resipi ni mengecewakan. Suhu dia bagi pun terlalu tinggi. Aku kena derhaka sikit kasi lowkan mengikut oven dan biskut aku.
For lunch, hari ni down with memory lane. Hoiii teringat sangat kat Es Teller during our courting days.. Malaysia skang dah takde Es Teller ke... Dulu-dulu kalu pegi Es Teller mesti order mi ayam dengan es apokad or soda gembira... Best!!!! Buka posa bulan posa pun kat situ lah... Omai.... Kecur liur. Sebab teringin sangat nak makan benda yang tak dapat cari kat kedai tu dah skang ni, mak google je la resipi. Mi wantan ni banyak kali dah aku beli. Tengok ada cop halal yang meyakinkan aku ambik je la.  
Lunch hari ni the kids makan fusilli in fishball soup. Aku je makan mi ayam. Omai... Makanan ini telah membawa aku ke 10 tahun yang lalu.... Haih tak cukup lah pulak bila cik mek ni datang join semangkuk! Hehe.. Ni karang encik Jack balik nak masak apa for dinner pulak.... Jadi surirumah ni macam ni la dalam kepala asyik ligat pikir pasal perut semua orang. Perut aku je orang tak kalut.

No comments: