Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 27, 2014

#1093 Me Vs Jahit Menjahit

Assalamualaikum semua! Aku nak share citer hujung minggu aku kelmarin dengan kelmarin dulu kitorang buat apa. Gambar kat atas ni antara yang paling banyak dapat Likes dalam fesbuk aku ever. Gambar diri sendiri kalu bubuh pun takkan dapat Likes sebanyak gambar epik encik Jack beraksi di belakang mesin jahit ni. (yes, dia dok di belakang mesin jahit, sewing backwards, ko ado?)

Dah banyak tahun sakit mata tengok kain langsir aku labuh berjela-jela. So, this time aku tekad nak kasi trim. Berbekalkan pengalaman jahit lencana Adam yang terkebek-kebek tu, aku kompidenkan diri sendiri yang aku mampu buat. Haaaa punya la kan penakut nak tenyeh mesin jahit sendiri. Tak sangka pulak aku tetiba je encik Jack menawarkan diri untuk membantu. Really appreciate that. Cepat la sikit keje aku. Kalu tak, tak tahu la berapa jam baru siap. Ke tak siap-siap tak tahu lah. Encik Jack ni buah pikiran dia bernas-bernas. Padahal dia sendiri pun takde experience menjahit. Wahwah... Ni bakat tertendang dia yang aku sendiri baru discover tau. I never thought jahitan dia lagi kemas dan bagus dari jahitan aku. Sangat! Buat keje apa-apa pun teliti je. Bukan macam aku, aci nak cepat siap je. Senget ke, melengkung ke aku bukan pedulik.

Sometimes I wonder, kenapa sesetengah manusia ni kan borned multitalented sangat-sangat. Aku pulak, semua benda pun tak mengopong hasil keje tangan. Bila aku tengok skill encik Jack yang terer macam-macam ni kan, teringat aku kat Mem Besar aka MIL aku. Serba boleh. Jahit boleh. Masak boleh. Menebas boleh. Kopek kelapa boleh. Macam-macam lah. Hehe... Best jadi orang serba pandai ni.

So, berkat usaha gigih kitorang berdua, 2 jam je ukur-potong-pin-jahit kain langsir ni. Dekat 10 inci jugak aku kasi trim. Punya la tinggi kan siling umah Puan Menteri. Hari Sabtu tu setel day curtain aje. 2 jam terbongkok sangat mau patah tulang belakang hoi. Night curtain nyer aku alter kelmarin. Aku buat sorang-sorang je sebab encik Jack keluar baiki keta. Night curtain senang sikit nak handle sebab kain tebal takde la bergerak-gerak masa nak jahit tu. Nasib baik encik Jack tak komplen jahitan aku burok. Haha.. Ofkos la jahitan aku ada terbabas-babas jugak. Macam aku kata tu la, aku pedulik apa. Janji siap. Haha... Memang tak boleh jadi tukang jahit la.

Projek trim curtain dah beres. Next projek ingat nak jahit sarung kusyen. Habis dah koyak rabak dikerjakan cik mek aku ni. Tengok dalam youtube style envelope yang paling mudah. Kain dah ada. Guna aje perca-perca yang ada kat umah ni. Nak beli tak berbaloi. Karang kalu salah jahit ke apa aku tak nak ada pihak merungut rugi duit dia aku kerjakan. Haha.

Gambar selingan... Hari Jumaat masa pegi ambik duit RM100 kat sekolah tu. Hayooo... Ni satu hal. Pagi tu nasib baik la aku ni mak yang agak baik cek segenap isi beg sekolah dia. Tertengok la surat cikgu bagi suruh parents pegi collect duit tu hari tu. Adam tak bagitau pun. Nasiblah ada rezeki hari tu. Bukannya aku heran sangat dengan duit tu. Tapi sensibility tu lah what it matters. 
Tadi masa nak pegi sekolah aku bekalkan twiggies, air mineral dengan Milo kotak dalam beg dia. Balik-balik sekolah dia cakap kawan dia ambik air kotak dengan twiggies dia. Dunno la dia makan apa. Haih. Tak tahu la budak lain main rampas je ke or dia yang offer. Budak lain tengok apa pun semua selera nak. Anak aku ni, kalu orang nak makanan dia pun dia bagi. Haih. Haih. Haih. Kalu kes rampasan, kesian la anak aku ni jadi mangsa buli. Minggu lepas bagi singgit duit sekolah. Balik sekolah dia cakap kawan dia ambik. Lagi. Asyik ambik je dari anak aku.

Esok tak pegi sekolah sebab petang ni encik Jack pegi KL. Esok baru balik. Esok tuang kelas la. Minggu lepas Rabu dah tuang sekali masa encik Jack pegi KL jugak. Hihi.. Keta ada satu je, kalu ada lesen pun anak kena tuang kelas jugak. Rilek la, baru darjah 1. Hahahaha.. Tadi dah suruh dia buat latihan matematik sebagai pengubat rasa guilty menyebabkan anak tak pegi sekolah esok. Kahkahkah..

Citer pasal tuang kelas ni kan, teringat aku kat classmate aku masa form 1 dengan form 3. Dia ni top student kat ZS dulu. Mak bapak dia both doktor pakar kat HUSM. Dari form 1 yang aku kenal sampai lah ke form 3, (form 2 aku kelas lain, form 4 onwards aku masuk maktab) dia ni selalu tuang kelas. Ponteng sekolah bukan berpeleseran lah, dia dok umah kekadang jaga adik-adik dia. Mak ayah dia tak kisah pun dia pegi sekolah ke tak. Result memang mantain tiap bulan. Dok umah time tak pegi sekolah tu dia study sendiri la. Dekat nak PMR pun sempat lagi fly ke OZ jadi wakil debat Malaysia. Time tu cikgu memang bising la risaukan result dia. Tapi dia fine-fine aje. Mak bapak dia pun cool je. Hehe... Itu citer kawan aku lah. Mana buleh samakan dengan anak aku yang dah lain zaman ni kan....

No comments: