Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, January 7, 2014

#1086 Me Vs The Boy Who Doesn't Like School

Semput rasa bila anak dah start masuk sekolah betul ni. Berbeza sangat-sangat dengan time tadika dulu. Semua pun cincai-cincai aje. Tak tahu pun anak belajar apa. Sedar-sedar dah tahu membaca dengan menulis. Alhamdulillah la. This time masuk sekolah betul ni, cabaran dia lain macam sikit.

Skang ni kalu bangkit kul 6 memang rasa tak sempat segala-galanya lagi. Dulu masa dia tadika semua pun rilek je. Alatulis tak pernah cek. Tak bawak pun sebab cikgu cakap guna yang sekolah aje. Buku pun tak cek. Cuma bila dia cakap cikgu suruh tukar buku (for the next level), baru masukkan buku lain. Haih... Dah besar dah anak aku ni. Skang ni tiap hari sekolah mesti aku neves sama. Pagi nak pegi sekolah dalam kepala dok fikir macam-macam. Nak kena sikat rambut dia, tuck in baju, pakaikan name tag, cek buku alatulis segala, isi bekal, etc. Once terlupa satu-satu benda tu, rasa mak yang bangsat sangat-sangat. Terasa sangat-sangat aku ni mak yang hanya tahu maraton k drama aje. Sobs. Ramai tau yang kata macam tu kat aku. T_T
Miserable sebab tahan kencing.
Hari ni encik Jack pegi ambik dia balik sekolah dia nanges. Ingatkan kena buli ke apa. Nak kencing rupanya. Entah dari pukul berapa ditahan kencing tu. Padahal dah banyak kali suruh dia pegi toilet kalu nak kencing. Dah tunjuk pun toilet kat dia. Tak biasa la tu kot. Duit pun camtu jugak. Tiap hari encik Jack bagi singgit tak luak. Tak membeli pun. Tak reti ke takut ke apa entah la. Dua tiga hari ni bekalkan dia susu kotak coklat tu dengan Twiggies and muffin. First day bawak, makan. Second day dah tak makan. Haisyh...
Hari ni jugak start kelas KAFA dia. Haih, satu lagi masalah. Yang sekolah pagi tu pun tiap hari nak kena pujuk asyik tak nak pegi sekolah aje. Bila balik sekolah tengahari tu satu hal pulak nak pujuk dia pegi kelas KAFA pulak. Drama sebabak lagi. Aiyoh.... Bila ada stay at home mom ni macam ni la anak take advantage. Dia tahu kalu dia malas-malas pun, mak dia selalu ada je kat umah untuk jaga dia. Lain la orang lain yang ada working mom. Nak tak nak kena pegi jugak sekolah sebab kalu tak pegi, nak dok umah dengan sape. So tadi dia pegi jugak la kelas KAFA dia dengan  moyok-moyok muka. Tadi pujuk dia, kat kelas KAFA ada playground. Tak tipu. Memang betul pun tepi surau tu ada mini playground. He took the bait. Esok nak umpan apa pulak. Haih. Bekal nak bagi apa pulak. Haih. Buleh je nak buat tak tahu je dia makan ke tak. (sebab kat umah pun bukan tak biasa kalu dia tak makan) Tapi rasa macam bangsat sangat pulak mak orang aku ni.
Time table tak kasi lagi. Tiap hari aku cek dalam beg dia ada kertas yang dia kaler-kaler gambar. Tiap hari keje mengaler je ke? Ujian penilaian pun tak tahu apa resultnya. As a parent, rasa lost lah. Nak harap dia bagitau, lambat la sikit. Bila tanya pun belum buleh 'pegang buku' lagi bak kata orang Kelantan. Haih... Tadi masa hantar pegi kelas KAFA, encik Jack sembang-sembang dengan parents lain baru tahu yang budak-budak ni ada dah tukar kelas. Meaning, result ujian penilaian baru ni dah tahu la. Kitorang tak tahu apa pun. Entah dia kelas sama or moved to other class. Haiyyoooo.... Lost sangat-sangat lah.

Kalu masa tadika takpe la time nak ambik anak balik sekolah cikgu akan bagitau. This time, nak harap cikgu mana bagitau personally kat aku? Cikgu pun takde masa nak cakap-cakap dengan mak bapak. Paham, cikgu banyak keje skang ni. Time aku menunggu kat sekolah dia baru ni pun, masuk bilik guru semua cikgu buat deeeerrrkkk je. Peh. Tercabar sekejap okay. Apa nak buat, kita masuk tempat orang kena la hormat tuan rumah.

Tunggu PIBG nanti la baru dapat jumpa cikgu dia personally.

3 comments:

jie @ azie said...

Sian ko adam ngan mami adam. Ambik maso nok adapt environment sekoloh. Xdok ke member2 tadika hok sek sekali?

Blog Diva said...

jie, dio oyat ado. tapi mungkin tak sekelas kot.

raudhah sutrisno said...

Yeay! u r back!
Ala sian ke Adam..next year my Adam pulak..
mungkin dia dlm proses adaptation tu..sabaq naa mummy..bila dah jumpa geng kang, seronok lah dia! =)