Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 8, 2014

#1087 Me Vs Messing With The Wrong Taman

Cilakak... Dah lama tak rasa cuak macam ni. Last time cuak masa orang bagi salam bawak kayu pagi buta tu la. Kelmarin encik Jack bagi aku tengok video yang dishare dalam whatsapp taman aku ni. Cewah. Tima kasih teknologi. Nasib baik la residents kat taman ni maju jugak dalam bab-bab macam ni. Dua tiga minggu ni pihak warga taman agak aktif bermeeting. Diorang nak hire guard sebab lorong belakang-belakang banyak berlaku break ins. Kitorang je tak tahu rupanya. Ingatkan selama ni aman lah.

Semalam ada resident lorong belakang yang share video rakaman cctv belakang dapur dia. Rakaman bertarikh 5 Januari jam 5.30pm. Sorang pemuda Melayu (haih ni la malunya kat anak bangsa sendiri) menaiki motorsikal berlegar-legar belakang dapur hamba Allah yang share tu. Sambil bawak motor dia berdiri sambil dok intai-intai cermin tingkap slow-slow. Menurut tuan punya cctv tu, dah dua kali budak motor tu buat macam tu kat umah dia. Mencurigakan kan? So, dia mintak semua residents berjaga-jaga la dengan budak tu. Nombor plat motor pun dah share siap-siap. Budak tu tak pakai helmet pun. Memang nampak la muka. Sungguh daring wahai kamu! Encik Jack tak kasi aku bukak grill dapur dah time dia takde. Cilakak wahai kamu. Buat orang rasa tak selamat je.

Pagi ni dalam whatsapp taman ni tuan punya cctv bagi cadangan dia nak tempah banner dan pampangkan gambar muka budak tu dengan nombor plat motor dia nak kasi peringatan kat semua warga taman untuk berwaspada. Kos buat banner dia volunteer nak tanggung sendiri. Imagine jadi Orang Tiba-Tiba Glemer kat taman ni. Padan muka. Jangan lepas ni buat plastik sejeri dengan tukar motor lain sudah.

Hiring guard tu kedengaran menarik. Most of the residents memang setuju la nak bukak satu post guard kat lorong masuk. Masalahnya, guard tu malam je bertugas. Siang hari yilek. Budak ni pulak berani datang siang-siang since most of the people keluar keje. Surirumah memang tak ramai kat sini. Cina-cina tak minat dok umah jaga anak. Kalu ada pun, nenek-nenek aje lah. Baris rumah aku ni, aku sorang je tak keje. Aku jaga Zaraa. Zaraa jaga aku.

Selipar feveret dia.
Citer pasal Zaraa ni kan, dia skang ni makin makcik-makcik perangai dia. Suka la ajuk apa orang bebel kat dia. Baru ni dia kareb kerap sehari-hari. Kena turn daddy yang handle memang membebel la daddynye. Berak-berak-berak!  Tu lah daddy dia bebel kat dia. Hahaha.. Now, kalu aku marah dia sepahkan barang atau toying with food, selamba je dia bebel kat aku balik biwok-bewok-biwok.... Hihi... Yang penting, balas balik kan apa orang bebel kat dia. Walaupun.
Sangatlah prihatin kalu adam berdarah hidung. Tolong sibuk lah ofkos. Kalu aku sakit perut, sibuk nak tolong tiup perut 2-2 beradik tuh.
Current obsession: make up. Aku beli liquid eye-liner ni konon nak prektis pakai nanti wedding of the year the Ramlis Mac ni. Harus lah kan. Tiap hari prektis lukis cat eye. Tengok aku pakai, dia apa lagi. Dapat tu senyum-senyum lah dia. Kemain. Melekat depan cermin belum citer lagi.
Her feveret PJ.

Currently takut giler kat lipas and mannequin. Baru ni kitorang buat ops lipas kat umah, merasa la tengok dia trauma dengan lipas. Haih. Not good. Bila pegi mall, jangan lah bawak dia kat department yang banyak mannequin. Serabut kuasa kuda la nak heret dia. Maskot Bukit Bendera tak takut pulak.
Daddy-me manicure time.
The only song yang dia 'boleh' nyanyi ialah lagu papaku pulang dari kota....papaku belikan kereta... kereta kecil warna merah...boleh ko bawa ke sekolah.... ponponponponponponponponpon.... kereta kecilku berbunyi... marilah adik mari naik... buleh adam bawa jumpa mamatuk.... but ofkos, dalam her own version lah. Emmmm boleh la.

No comments: