Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 3, 2014

#1085 Me Vs The New Routine

Assalamualaikum dan salam Jumaat kat korang semua...

It's the second day of schooling. Pagi ni macam-macam tertinggal. Haih. Maknya pun belum terbiasa lagi. Kalu semua mak yang nak kena siapkan ofkos la kelam kabut kan. Bapaknya bersiap untuk diri sendiri aje pun berjam-jam mengalahkan perempuan nak pegi kerja. Turun-turun je exect semua dah siap dan beres. Bila air kotak maknya lupa nak isi dalam beg, name tag entah mana letaknya... Bossy la bapaknya. Haih. Memanglah salah maknya terlepas pandang dengan benda-benda common macam tu. But what to do, maknya bukan celik mata dan bergoyang kaki aje. There's so many things to do. Tapi agaknya nasib orang tak kerja ni macam tu lah. Diperlakukan sesuka hati aje. Macam kita ni takde hati dan perasaan. Semata-mata kerana kita tak kerja. Lekeh benarlah kan orang tak kerja ni. Bersabarlah wahai hati.

Ingatkan dah jadi mak yang baik sebab semalam sebelum tido dah cek buku dan alatulis Adam. I make sure pensel semua tajam. Pensel warna cukup 12 dalam kotak. Buku laporan kesihatan siap isi. Baju sekolah siap gosok. Kasut kotor siap kapur. Tapi masih jugak terlepas pandang. Sekolah baru start ni bukan budak aje yang take time nak adjust diri. Mak budak pun perlu masa jugak nak biasakan dengan rutin baru ni. Bapak budak pun kalu buleh turun lah awal sikit tolong apa yang patut. 2 kepala lagi baik dari 1. Apa yang maknya lupa nak buat, bapaknya buleh ingatkan. Bukannya turun-turun terus masuk kereta dan expect semua done perfectly. Parenting 101.

Pagi ni goreng fries aje kat Adam. Aku sebenarnya tak risau mana pun kalu dia tak makan kat sekolah satu hari. Sebab dia dah biasa pun tak makan dan berlapar. Sepayah-payah makan aku dulu pun, at least aku makan jugak sandwich atau rotu bakar cicah milo or whatever yang Puan Menteri buat. Tapi my kid ni memang seratus kali ganda susah makan dari aku. Aku expect dia tak makan kat sekolah pun nanti balik sekolah dia akan makan la kat umah sebab lapar. Tapi tak jugak pun. Balik rumah tak makan jugak.

Cakap pasal makanan sekolah ni kan.... Kantin sekolah anak korang ada jual kuih tak? Aku heran betul dengan kantin sekolah anak aku ni. Semua makanan berpinggan aje dijual. Tak tahu la pulak menu tiap hari lain-lain ke tidak. Masa daftar aritu dengan kelmarin aku tengok menu sama aje. Nasik-nasik-nasik aje. Seingat aku kantin sekolah aku kat bumi makanan mewah dulu ada macam-macam makanan. Kuih berjenis-jenis. Tapi kantin sekolah ni alahai sedihnya... Kalu aku jadi Adam pun aku tak tahu nak beli apa. Nak bekalkan makanan kat dia, dia tak nak. Tadi encik Jack bagi seringgit kat dia. Tak tahu la dia beli apa. Entahnya terkulat-kulat time rehat tu tak tahu nak beli makan apa. Budak lain punya la pelahap makan nasik aku tengok.

Kantin sekolah zaman sekarang macam tu ke ek? Aku ada dengar sebelum ni kecoh kan tak kasi sekolah jual junk food. Which is good. Nasik lemak pun takleh jual lagi ke skang? Sedihnya. Kantin kat bumi makanan mewah aje ke yang banyak choice? Semua negeri lain macam ni ke? Aku cuba untuk tak bias ok. Sebab tu aku tanya. 

Hai Adam, Adam... Bila la nak jadi macam orang ramai-ramai.

1 comment:

Mar Mansor said...

ramai budak obes tu nasi lemak xleh jual..alahai..
salam perkenalan