Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 13, 2014

#1089Me Vs Not Born To Be A Seamstress!

Ini entri backdated. Pasal sekolah Adam. Masa bukak sekolah aritu dapat macam-macam lah barang sekolah dalam goody bag. Buku, beg, lencana. Lenggang kangkung je aku tengok lencana 3 keping tu ingatkan jenis iron on tu. Sekali bila balik tu encik Jack cakap kena jahit. Waaaaaaaaaa... Aku mana reti jahit guna mesin jahit. Mesin jahit Shimono tu pun dara lagi. Cilakak betul. Lencana style iron on tu dah takde ek skang ni?

Nak buat cemana lagi. Takkan nak suruh encik Jack pulak jahit. Sama-sama zero bab mesin jahit. Abis, takkan nak jahit tangan? Karang apa pulak tanggapan cikgu-cikgu Adam kat aku. Bangsatnya mak budak ni, jahit lencana pakai tangan je. Takde kelas! Hahaha... Imaginasi aku lah. Last-last aku beranikan diri jugak rasmi mesin jahit kiut aku ni. 

Tak sangka pulak kali pertama aku guna mesin jahit ni adalah untuk jahit lencana Adam. Terkebek-kebek separuh hari nak jahit 2 keping tu je. Sekeping lagi tu to be continued esok lusa. Habis sakit-sakit badan dok terbongkok menjahit. Paham-paham je lah for a newbie macam aku. Tenyeh sekali tak menjadi, belok, benang tercabut, tapak lupa nak turunkan, macam-macam lah. Membazirkan benang aje la yang mula-mula tu. Nak buat macam mana kan. Belajar tanpa guru ni macam ni lah. Masalah utama aku adalah aku tak reti nak biasakan diri dengan kelajuan mesin. Aku memang bermasalah dengan benda-benda berhalaju tingg ni. Kalu tak, dah lama aku ada lesen memandu. Kapal terbang terus.
Nah hasil akhir setelah berkali-kali jahit-tetas-jahit-tetas. Aku jahit direct atas poket baju. Sepatutnya kena tetas dulu kan poket dia. Aku tanya kakak angkat aku tukang jahit tu, dia kata kalu aku tak kompiden nak tetas and jahit balik poket tu, just tenyeh terus je atas tu. Poket tu bukan guna sangat pun. Nak taruk apa-apa, buh dalam poket seluar aje. Baiklah, saya ikut! Hihi... Memanglah hasilnya tak memberangsangkan, tapi ok what. Masa first day yang aku tunggu Adam kat sekolah tu, aku dok usya lencana budak lain. Kahkahkah... Yang jahit sembat je pun hado! So, mine is not so teruk la. Kihkihkih.... Penat je dok underestimate diri sendiri kan. Belum campur babak-babak sendu masa menjahit. Sebab I felt so bad towards Adam. Rasa bukan mak yang perfect la dek tak pandai jahit lencana kat dia. Kot-kot la nanti dia malu kat kawan-kawan dia mak dia jahit tak cantik. Nampaknya aku aje lah yang berimaginasi begitu... Haha.. Bila pikir-pikir balik, takkan pihak sekolah nak expect setiap rumah ada mesin jahit. Yang takde mesin jahit tu nak jahit pakai apa? And tak semua orang mahir menjahit. Terima lah seadanya. Janji, lencana tu melekat kat situ.
Itu pasal lencana.. Pasal name tag pulak satu hal. Ada satu hari tu, balik sekolah takde name tag. Entah tercicir kat mana di sekolah. 2,3 hari lepas tu ada balik. 2,3 hari lepas tu balik rumah dengan name tag Ahmad Danish pulak kat dada... Ayyoooo.... Cek-cek, dalam beg name tag Adam Danish ada je. Dah tu bawak balik yang kawan buat apa.... Adoi laaaaa...
Aku memasang angan-angan nak alter curtain umah aku dengan nak buat slipcover untuk upholstered bench aku ni. Tapi tak tahu la bila kompiden tu nak mai. Haha.. Bila teringat jahitan bengkang-bengkok yang terhasil tu, rasa sampai bila-bila pun tak yakin nak pegang mesin jahit. Eh Puan Menteri, mesin jahit you apa citer? 

I dah, you bila lagi??? Hekhek.... *wink

No comments: