Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 20, 2014

#1091 Me Vs Our Complaints (To Each Other)

Happy Monday!

Oh how I love Mondays! Weird isn't it. Sekarang ni Isnin dan Selasa adalah sangat dinanti-nantikan. Selama Prime Minister & I masih ditayang lah. Walaupun aku taklah follow setiap kali episode release, tapi setiap kali Isnin dan Selasa berlalu, hati sangat lega. 4 episodes left. Meaning, 2 minggu lagi je aku perlu tunggu. Pastu buleh marathon yay!!!! Setakat yang aku tengok sampai episod 7 tu memang tak berkeliplah mata menatap wajah Perdana Menteri paling kacak. Di Korea semestinya. Hujung tahun ni kalu buleh pegi Korea kan best. Duit-duit, cepatlah jatuh dari langit.

Dalam sebulan ni mak stres sangat dengan henpon baru mak... Bukan baru, I mean, yang terbaru ni lah. Susah sangat nak dapat stable coverage. Hangin tau nak upload gambar tooks hours of retrying and sighing. Nak bukak apa-apa kekadang asyik loading-loading-loading tapi satu apa pun tak keluar. Fedap mak tau. Laptop pulak dah nyanyuk. Belum citer skrin dah terkangkang kena hempuk dek bontot zaraa. Suka hati je duduk berdiri atas laptop. Mau tak rosak. Buleh guna lagi tapi nak kena restart banyak kali. Online sekejap, asyik disconnect aje. Selaku seorang lanun sejati, aku betul-betul rasa patah sayap. Laptop problem, nak download pun payah kalu asyik disconnect nak kena check every now and then statusnya. Tak ke haru kalu tinggal 10MB je lagi tetiba disconnect then you have to repeat the whole downloading (and waiting) process again and again and again... Henpon satu hal lagi. Guna streamyx pun on off. Maxis punya kalu dalam rumah memang payah nak dapat. Putus angin mak. Nak mengomen dalam fesbuk pun payah. Sebab tu aku tak payah mengomen dalam status orang. Sebab nak tunggu send comment tu like taking time forever. Aku baca tau status kawan-kawan aku. Cuma aku tak boleh nak komen aje. Not all the time I want.

Yang herannya, henpon encik Jack ok je. Sebab tu tiap kali aku komplen dia buat derk je. Cuba lah kalu henpon boss sendiri jadi macam tu. Terus terminate streamyx pasang unifi agaknya. Asyik suruh aku restart henpon aku kot-kot ada hang mana-mana. It didn't work lah. Sehari takkan nak kena restart phone 30 kali. Aiseh..... How many times does this ever happen to any of you? What should I do ek...

His complaint pulak.. Encik Jack komplen RM200 seminggu untuk groceries adalah satu angka yang besar. I don't know. Aku kah yang boros? Atau jika dinilai dengan nilai wang ringgit sekarang ia adalah average aje. 200 tu bukan ikan sayur je. Termasuk sekali la ubat gegat, jajan anak-anak, seluar dalam, soplan, sabun mandi segala. RM50 sekarang ni kalu pegi pasar, belum boleh jadi lauk lagi. Ikan je 2,3 jenis dah RM30. Daging RM26 sekilo. Aku beli setengah kilo je seminggu. Belen 4,5 ringgit buleh la beli sayur. Nasib baiklah keluarga ini tak makan sayur sangat. We spent more on fruits. Haiyah... RM200 seminggu is too much for you?

Pegi Tesco baru ni aku putus angin lah nak membeli-belah bila encik Jack komplen macam tu. Beli yang core aje. Makanan kudap-kudapan tak beli. Haih. Payah lah jadi orang yang tak menyumbang kepada ekonomi keluarga ni. Susahnya perempuan kalu tak keje camni lah. Don't get me wrong, encik Jack is not a stingy husband. Kalu aku nak apa-apa, dia belikan aje. Tapi bila dah sebut-sebut ni, aku jadi sensitif la. Ye lah, aku kan tak keje. Hidup menumpang orang aje. Servis dan keringat aku kat rumah ni jaga makan pakai semua orang masih belum setimpal dengan apa yang encik Jack providekan. Sendu la pulak bini ini.. True what. Dah banyak tahun pegi supermarket usya cereal yang RM30 sekotak... Tapi tak pernah beli. Segan teramat nak ambik walaupun tiap kali lalu aisle cereal tu tangan asyik belek-belek aje. Bila diri tidak bekerja ni kena sedar diri la. Aku ni sape nak makan benda mahal-mahal camtu. It would be a different situation kalu aku keje. Walaupun yang membayar di supermarket tetap adalah encik Jack, tapi lain impak dia. Kira aku ambik dengan penuh bermaruah la. Takde la aku rasa rendah diri macam ni. Kahkahkah.. Geli la sendu-sendu ni.

Nuffnang aku dah melepasi target. Dulu aku cakap, kalu dah capai target aku nak cash outkan. But unfortunately, I tend to get greedy. Biarlah dia membiak dulu kat situ. Nak buat apa ek dengan duit tu nanti. It's nothing much but I planned to spend it super-wisely. Apa buleh aku buat dengan duit seratus yang sangat bermakna ni ye? Suggestion(s) please.

1 comment:

Anonymous said...

beli mah! hahahhaha mah muroh thn ni..beli la cincin ko apo..kecil pun takpo nanti leh tambah kalu ado duit ;-p ore keate keaaaaaaaaa
-kakak-