Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, December 20, 2013

#1082 Me Vs To See The Newborn

Hari ni bertolak ke Shah Alam. Nak pegi melawat kakak encik Jack bersalin. Mem Besar pun ada sana. Tadi bersiap senyap-senyap tak kasitau Adam. Malas nak menjawab soalan sama berkali-kali. Kalu dia tahu nak pegi umah Kiki, jenuh la nak menjawab bila nak bertolak selagi tak bergerak tu. Tadi dia nampak aku buh baju dalam luggage bag, bising la tanya nak pegi mana. Aku cakap takde gi mana, nak jalan-jalan je. Tipu sunat hari Jumaat.
Baby sous bak kata Zaraa.
Sampai Indah Ria lepas Isyak. Tak bagitau Bos IBM pun nak datang KL. Memang sengaja tak inform. Dia busy closing skang ni. Kalu bagitau pun buat frust dia je tak dapat jumpa budak-budak ni. So, stay under radar la buat sementara. Nasib baik kakak ipar pun tak update status kat fb pasal kitorang ada kat sini. Hehe. Omai, baby Yusuf is soooooooo adorable. Hidung sebijik macam hidung Zaraa masa mula-mula keluar tu. Hihi. Omai, omai.... Comei weh awe ni. Bila pegang newborn ni kan, rasa sedap-sedap je. Cane ek nak explain. Mungkin sebab dia laying helplessly kot. Haha. Pegang budak besar ni asyik meronta aje. Bila dukung budak yang reti tido je ni, omai.... ikut kita nak buat apa lah. Nak kenyet-kenyet pun bukan dia reti protes lagi. Omai... Sedapnya pegang baby... Tapi nak beranak macam malas dah. Pegang anak orang memang best. Bila baby nanges, buleh pass kat mak dia. Kalu anak sendiri, sendiri mau handle lah siang or malam. Hoho...
Tunggu order pizza
Datang KL kali ni tak kemana-mana pun. Ingat nak bawak budak-budak keluar naik LRT. Tapi entah kenapa tak keluar-keluar jugak. Dok umah tak buat apa pun memang best je bagi aku. Asal ada stable internet connection. Campak lah aku kat mana-mana pun.

Oh citer pasal internet ni kan, on the way nak pegi KL tu sepanjang jalan yang ada line, aku streaming citer Korea. Memang tak dapat nak tahan diri. Ikutkan hati aku nak tunggu Prime Minister & I habis tayang dulu.  Homai, tak bley tahan! Dan-dan tu jugak aku bukak tengok. Aisey... Kat Korea pun baru tayang sampai episod 4. Masak lah aku bermain dengan api ni. Bila masuk usia 3 series ni kan, agaknya taste aku pun dah makin macik-macik. Minat hero pun yang tua. Hoi, tua pun kacak siot. Aku tak minat hero muda yang bapuk-bapuk ni. Sorry, Lee Min Ho pun aku masukkan dalam kategori ini. Ampun, Rini! Sejak tengok Perdana Menteri hensem ni, terus tak nak tengok Perdana Menteri Malaysia okay. Ko rasa. Haha ada hati nak samakan.

Okay stop. Breathe, breathe.... One thing aku suka bila jumpa Mem Besar ni kan... She always came with the fast food coupon. Hahahahaha... Kali ni dia bawak kupon worth RM110. Buleh redeem either KFC or Pizza Hut. Malam tu kitorang beli pizza large 2 bijik dengan chicken wing. Encik Jack keluarkan seringgit aje. Selebihnya guna kupon. Berpeluh-peluh budak pizza tu kira. Agaknya dia heran mana la dapat kupon tayar sampai dekat 20 keping tu....

Duduk umah tinggi ni time berangin-berangin tu buat aku teringat kat kondo life aku dulu. Best part dok kondo, part berangin tu lah... 

Oh cepatlah habis tayang Prime Minister & I... 

No comments: