Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 13, 2014

#1088 Me Vs Tv, Telefon Dan Takde Selera

Aiseh... Tv cerdik aku yang umur tak sampai 2 tahun ni dah mula menunjukkan garis-garis penuaan :p Not good, not good. Not happy. Not worth watching in HD. Good thing is, Encik Jack ambik full warranty for 3 years. (yay!) But the bad thing is, warranty card is nowhere to be found in the house. (nay!!!!!!!) Darling-darling aku la main kot. Haha. Alasan terbaek adalah menyalahkan anak-anak. True what, Zaraa ni suka kertas. Kalu nampak kertas mesti dia koyak-koyak lepas dia scribble. So, Sabtu lepas aku ajak encik Jack pegi Sen Q tempat dia beli tv tu. Nasib baik dunia skang ni dah canggih. Semua data ada tersimpan rapi dalam sistem diorang. Diorang just mintak membership card aje. Semua data buleh trace from there. Tak tanya-tanya pun kitorang bawak ke tak warranty card. Fuh, selamat. I love technology! 

Tengok dalam pc Sen Q tu, senarai report untuk tv cerdik ni, masalah yang macam tv aku ni adalah yang no.1.. Kahkahkah... Normal problem bagi diorang la tu. So, lepas key in report, dia cakap orang Samseng akan visit umah aku Rabu or Khamis. Settle masalah for now.
Dah ada anak yang masuk sekolah ni, tugas maknya pun ofkos la makin bertambah. Malam-malam balut buku teks dia. Walaweh... Budak sekolah skang ni buku bertimbun-timbun. Buku teks, buku latihan, buku tulis, buku aktiviti, etc. Bayangkan untuk setiap subjek. Satu hari kalu ada 5 subjek, memang pakai troli sungguh la jawabnya. Nasib baik la beg sekolah zaman skang ni dah berevolusi. Kalu macam zaman aku dulu, mak aku la jadi troli beg aku ;p ngehngehngeh.. Aku kan halus mulus dulu (dan skang pun still!)
Wiken baru ni first time basuh kasut sekolah anak. Minggu sebelum tu kantoi terlupa nak cuci. Haha. Lagipun kasut tak kotor sangat sebab sekolah 2 hari aje. Baru-baru kan belum get used lagi dengan benda-benda persekolahan yang dah 20 tahun lebih aku tinggalkan. (kat maktab dulu tak basuh pun kasut sekolah sebab aku pakai kasut hitam. Sport shoes ekceli. Mak memang brutal. Kasut sport tu sebenarnya kaler putih tapi aku kiwikan jadi hitam. Dah la ankle high cut. Who dares to mess with me. 

Jemur kasut 2 hari baru kering. Kebetulan pulak cuaca tak menyenangkan kat sini. Nasib baiklah second day tu hari panas. Point taken. Next time lepas balik sekolah hari Jumaat lagi kena rendam dah kasut. Sabtu jemur. Zaman skang ni dah takde peti sejuk yang ada grill kat belakang panas-panas sesuai untuk keringkan kasut ye Puan-Puan. Bertuah Adam ni, kasut mommy yang basuh, daddy yang kapurkan. Aku dulu tak merasalah Lelaki Terhangat di Pasaran nak buat macam tu. He loves me in his own special way, chill. Haha. 
Malam-malam skang sebelum tido macam parents yang ada anak sekolah lain la. Cek jadual, isi or keluarkan mana-mana buku yang bersesuaian dengan jadual. Aku settle hal buku, encik Jack tajamkan pensel and pensel warna. Pensel tak luak mana  pun. Pensel warna aje yang kontot-kontot. Tiap hari kan mengaler aje keje aku tengok. Tulis ada sikit-sikit je. Nak suruh dia buat latihan dalam buku in advance pun takut nanti cikgu suruh buat dalam kelas, dia terkulat-kulat tak tau nak buat apa sebab dah buat awal-awal kat umah. Seriously, I have no idea setiap buku tu yang mana nak kena buat di rumah, yang mana kena buat kat sekolah, yang mana kena tinggal kat umah, yang mana kena bawak. No one to ask. Sudahnya, semua buku subjek masuk.
This young lady (daddy now suka gelarkan dia 'ayam daging' sebab dia berisi sedap-sedap peluk) pun dah pandai nak bergajet. Pantang nampak henpon orang, mesti mintak nak main game. Kalu takde game (aku suka uninstall game lepas dia main, saje buleh buat alasan tak nak bagi dia main) bagi dia scribble kat Memo pun jadi. Risau jugak awal-awal usia ni terdedah sangat kat radiasi skrin ni kang belum masuk sekolah kena pakai spek macam Adam jugak. Umur 7 tahun power dah 100+. Nak UPSR tu agak-agak ko rasa.
Citer pasal henpon ni, aku tengah frust dengan henpon cerdik aku. Susah sangat nak berinternet. Always disconnected. Nak surf apa-apa sampai give up kadang-kadang. How many times does that happen to you? Kadang-kadang reception bar full. Tapi arrow atas bawah kuning hijau tak berkelip pun. So, tak boleh guna jugak. Bleerrrrrghhh.... Pakai henpon mahal, bayar streamyx mahal-mahal tapi takleh guna. Tapi henpon encik Jack ok je. Henpon aku la problem kot. Haru je tiap kali urgent nak guna tu. So, my relatives janganlah mengharapkan aku  berViber. Nak connect internet pun atas nasib je skang. Boring, boring.
Kenapa pisang berangan kat Penang bulat-bulat dan gemok-gemok?
Aku posa arini. Ada 8 hari lagi kalu settle hari ni. Sebenarnya tengah tak selera nak makan nasi. So I thought it's a good timinglah untuk posa. Kalu time lalu makan tu sayang jugak nak posa (teruknya la hai ko Blog Diva) Tahun ni kurang berdisiplin sikit untuk habiskan posa-posa ganti. Tak macam tahun lepas la bermarathon posa almost nonstop berbulan-bulan. Mentang-mentang la tinggal small portion aje lagi kan. 

Lauk sahur pagi ni reheat aje belen dinner semalam. Ikan goreng habis, malas ah nak goreng pagi-pagi buta ni. Makan je lah apa yang ada. Rindu pulak time posa/ ganti posa masa belajar dulu. Sahur sangat simple. 3 in 1 je pun memadai. Or megi. Or bread. Tapi skang ni umur dah nak menginjak ke remaja purba, tahap kesihatan pun dah makin purbakala. Fruits memang kena ada tiap hari. Aku dah stop ambik ubat sembelit. Now dok train sistem penyahtinjaan aku dengan natural remedies aje. Disebabkan sayur aku kurang ambik sebab aku hidup dengan the boys yang tak makan sayur sangat, so kena lebihkan pada buah-buahan. Everyday or almost, fruit juices is a must. Bila lama tak minum air buah ni, memang rasa tak sah pulak. Cewah. Tiap minggu mesti beli celery, apples, oranges and carrots. Mat saleh called detox juice. Detox pun kalu tak sedap aku tak layan jugak weh. Aku just amal sebab rasa dia sedap dan berkhasiat. Now, kalu minum sirap or ribena or air bergas, rasa guilty sangat kat tubuh. Rasa macam dah menzalimi tubuh dengan memasukkan benda tak berkhasiat. Ewah, makan twisties apa citer pastu.
Mine: Vietnamese Beef Noodle
Kids:They got M&M ice-cream. Tak makan pun.
Sehari dua ni serius takde arah nak makan apa. Kalu nak kira, aku dok dalam lingkungan yang ada macam-macam fast foods, restaurants, and cafes. Tapi still tak tahu nak makan apa. Rasa tengah boring dengan nasik. Char koay teow dah bosan dan tak kenyang. Tomyam pun. Nasi kandar is a no-no. Haih... Orang kat Somalia tak sempat nak boring pun makan. Kita kat sini suka hati je nak boring-boring. Kan?
His: Aussie Beef Stew

1 comment:

Anonymous said...

best baco..thanks ilang stress buat kijo..lap u! cayuk ganti poso..kakak nok buat jugok gnati hok zamei dulu2 tah mcm mana poso huhuh