Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 5, 2014

#1097 Me Vs My Mini Project

@ Pak Din's
Assalamualaikum! Dah banyak hari baru nak buat throwback kan. Ekceli balik kampung baru ni banyak food yang tak berjaya dimakan. Kempunan aku, Bos IBM dengan Encik Jack. Erm Bos IBM takpe kempunan pun hujung minggu ni dia balik lagi. Dan lagi. Dan lagi. Nasik pokok ceri (lunch) tak berjaya makan lagi. Tak sempat. Mi celup bawah pokok tak berjaya makan lagi. Tak bukak pulak Sabtu tu. Seaweed soup tak berjaya makan. Tak jual pulak malam tu. Huhu banyak benau yang tak dapat makan balik kali ni. Melepas takde rezeki... Ingatkan balik mengadap jem kat Machang tu berbaloi la kalu dapat makan semua yang tak dapat makan tu... Tak puas hati betol la. Dah la banyak bulan dah tak balik. Balik-balik, diorang tak menjual pulak. Hekeleh... Lenkali jangan balik time cuti perayaan macam ni. Peniaga kerek nak cuti-cuti sama anak cucu.
Mi Udang Pak Din, sebelah Tesco KB. 
Tapi dalam banyak-banyak yang tak dapat makan tu, yang paling best dapat makan ialah durian crepe. Mana lagi kalu bukan kat Tesco. Sebelum tu kitorang lunch kat sebelah Tesco. Main terjah aje mana-mana kedai yang bukak hari tu. Jumaat memang banyak kedai tutup. Tambah pulak Jumaat tu jatuh hari raya Cina. Lagi la banyak kedai tutup. Hari tu kitorang masuk kedai Pak Din. Nampak dari luar macam menarik. Tapi bila masuk dalam, gloomy aje. Menu pulak tebal sejengkal. Bila order A, cakap dah habis. Order B, dah habis. Order C, dah tak buat. Order D, durian takde buah, luar musim. Hekeleh.... Baik ko tulis tangan je 2,3 helai menu. Tak payah bagi harapan palsu kat customer. Pantang betul aku benda-benda camni. Last-last order mi udang dengan rojak ayam. Puan Menteri makan char koay teow. Encik Jack laksam. Nasib baik sedap. Ok-ok je lah.
Rojak Ayam Pak Din, ihsan fesbuk Bos IBM.

Setel makan lunch lebih kurang tu kitorang terus masuk Tesco semata-mata nak beli durian crepe. Kali ni aku upgrade sikit try mango crepe jugak. 1 pek durian crepe, 1 pek mango crepe. Bos IBM beli 2 pek pavlova. Saje try mango pulak. Tapi tak puas lah. Sebab ingatkan dia taruk buah mango dalam tu. Tapi rasa macam puree aje. Baiklah beli durian crepe lagi puas dapat rasa durian pure. Alhamdulillah... Dapat jugak aku makan durian crepe. Tapi takat 1 pek memang tak cukuplah bagi aku. Kena google cari pembuat durian crepe area Seberang Jaya lah nampak gaya. Yang boleh deliver ke pintu rumah lagi syok. Dah ada dah aku usya dalam blog.. In sya Allah nak try call tengok cane. Harga pun sama macam kat Tesco KB. Testi pun banyak kata sedap. We'll see, we'll see.
Kali ni balik aku borong banyak frozen food. Kata fridge besar kan. Dulu kitorang nak beli karipap frozen ni nak kena pegi tempat buat dia kat Pasir Hor. Tapi zaman canggih skang ni, diorang dah distribute ke kedai-kedai runcit serata tempat. Kebetulan, kedai runcit dekat umah Puan Menteri ni ada karipap ni. Good lah. Tak payah pegi Pasir Hor. RM3.70 each. How cheap is that. Daripada aku berpeluh-peluh memusing karipap ni baiklah aku beli je frozen ni. Kan. Rasa pun buleh la tahan.
Sepertimana juga aku, rasanya ramai anak perantau yang balik ke Kelantan baru ni semata-mata nak merasa bak bercuti di Europe. News kan heboh kata Kelantan sejuk bak winter. Yup. Kat umah Puan Menteri tidur pasang kipas je pun semua berbungkus bercomforter. Kalu encik Jack berbungkus sekali memang ajaib lah. Aku ni kalu sejuk memang la tak pelik sebab hari-hari pun aku kesejukan. Tapi memang Kelantan sejuk lah. Siang hari kalu kena angin kat luar brrrrrrrrr.... Tak payah pegi Cameron Highlands. Kalu cuaca berterusan, Kelantan buleh export strawberries dengan pic lah tahun depan. Hahahaha... Kat umah MIL memang tak lena tido. Selalu takleh tido sebab panas. Ni sebab sejuk melampau. Nasib baik dah bawak balik siap-siap selimut wool budak-budak ni.
2,3 hari balik KB makan-makan bak emperor kan. Bila dah balik Penang semula ni kena hidup bak rakyat marhaein balik la. Sedap jugak ramen ni. Spicy gourmet flavour ni bagi aku rasa macam perisa kari je. Ni brand Korea. Kena pandai pilih la yang ada cop halal. Yang ni ada. Aku suka noodle dia. Texture dia lain dari instant noodle kita. Portion dia pun lagi besar. Ada sayur-mayur yang comel. Tapi satu je. Ramen ni bisa dengan perut aku. Tiap kali makan mesti pedih perut. Kalu makan megi kari ok je. Haih... Tapi ramen memang sedap lah. Patut lah dalam citer Korea nampak sedap. Memang sedap sungguh la. Masak mi ramen ni kena lama sikit sebab noodle dia keras sikit. Patutlah dalam citer Korea nampak diorang makan ramen macam dah bengkak. Sebenarnya tak overcook pun. Bila empuk, memang lembut la. Dan elastik. Try la. Haih... Teringin nak makan lagi.  Tapi kena tunggu perut ok dulu.. Ada banyak lagi ni Bos IBM kasi. Tima kaseh.
Bila aku upload gambar ni kat fesbuk, ramai yang tengok gambar ni terliur kat air tu, bukannya ramen. Hahahaha... Yes, I like to make my drink looks yummy. So can you.
Cakap banyak pulak. Aku sebenarnya nak citer pasal mini sewing project aku ni ha. Kelmarin aku jahit sarung bantal kusyen. Alah, envelope style je pun. Tapi tetap nak share kat sini. Haha. Kain ni dah 12 tahun umur. Asalnya lebihan kain buat langsir. Pastu buat kain alas meja. Dah lama tak guna, aku potong buat sarung bantal lah. Sarung bantal asal dah koyak zip dia. Kain pun dah lusuh. So, aku buat benda ni lah. Bertutorialkan kat youtube, aku belasah je la. Senang je buat ni. Kalu aku buleh buat, orang lain pun mesti buleh buat. Easy peasy. Makin terer main mesin jahit nampak. Kehkehkeh. Encik Jack tengok tak terkata apa. Dia bab puji-puji ni memang tak reti. Tapi kalu tak suka, memang laju je mengomen. Kelmarin dia tak komen apa pun, maknanya approved la tu. Dia cakap, lepas ni buleh tukar slipcover bench ni pulak. See?! He approves! Hahahahaha...
Gambar-gambar kat bawah ni throwback masa kat Apal... Isn't it great watching the kids playing dirt and everything but the gadjet? Haha.. Ye lah tu. Itupun sebab ipad tengah caj.
Dari fesbuk kakak ipar
Dari fesbuk kakak ipar.
Balik dua-dua kampung baru ni rata-rata semua kata Zaraa makin mokmok. Hihi. Alhamdulillah. Allah bagi anak aku yang ni senang makan. Tengok apa pun semua nak try. Dia memang sporting bab makan. 

Nak durian crepe lagi. Tiba-tiba je kan.

No comments: