Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 10, 2014

#1098 Me Vs Ikan Bakar Encik Jack

Puan Menteri ada kat sini. Datang nak jumpa sepupu aku yang dapat sambung belajar ke Adelaide. Kalu Puan Menteri datang umah aku ni, ofkos la fridge aku kelemasan. Makanan melimpah ruah alhamdulillah. Budak-budak ni pun banyak la benda menarik nak makan. Diorang seronok la mamatuk ada ni. Always and forever berebut nak dok atas riba Puan Menteri. Yang 7 tahun tu pun. Haih. Orang ada tok la katakan.

Hujung minggu baru ni kitorang bakar siakap, kembung dengan daging. Daging batang pinang brought from Kelantan. Puan Menteri makan daging batang pinang je. Aku, semua pun boleh. Keras, lembut semua aku makan. Saje je gelenya nak makan ikan bakar. Macam tak puas hati je makan siakap bakar kat kedai aritu. Choiii sebab sambal dia manis giler... Kat sini style ikan bakar dia sapu sambal ala sambal tumis pekat tu kata atas ikan yang dibakar. Mak tak suka style ni. Mak suka ikan bakar plain aje. Kan dah spoil ikan tu kalu sambal manis. 

Pendek citer, hujung minggu baru ni pegi pasar bawak balik siakap saiz sederhana. Baru 12-13 inggit seekor tu. Saje tak beli yang besar sebab aku dengan encik Jack je pun makan. Puan Menteri tak makan ikan besar. Balik rumah, suruh encik Jack bakar. Nak bakar depan rumah karang sentap pulak jiran bukan Melayu aku ni... Diorang jemur kain kat depan. Karang lekat bau asap kat baju diorang, angin satu badan kat kitorang pulak. So, langkah paling bijak adalah bakar ikan kat belakang umah. Haha... Nasib baik berangin. Kalu tak, kesian laki aku makan asap panas-panas tengahari tu. Hoho... Makanlah kitorang puas-puas haritu. Cicah air asam. Aku kalu makan nasi dengan ikan bakar sure pening nak matchkan lauk berkuah. Biasa kalu kat kedai, orang makan ikan bakar dengan sup/tomyam kan? Haih, tomyam homemade mana best macam tomyam poktek tu... Aku memang fail bab tomyam ni. Rare case sangat kalu menjadi tu. Selalunya tak menjadi la. Tak kaw macam tomyam kedai. Benok tomyam aku ni.
Encik Jack kalu ambik gambar anak dia ni, memang menghasilkan gambar yang unik-unik. I smile a lot when I see those pictures. Haha. Kesian Zaraa diperkotak-katikkan... Dia skang ni memang mokmok lah. Happy kids eat a lot! Dia makan tak banyak. Tapi makan serba sikit. Latest, aku baru tahu dia suka makan salad with thousand island dressing. Selama ni tahu dia makan coleslaw aje. Lauk sayur harian ni dia tak makan.
Bos IBM datang sini makan ni. Puan Menteri datang sini makan ni. Mek Kulim tu datang sini pun makan ni jugak. Presenting my kuah rojak ala kuah rojak Mak Bee. Memang skang dah tak beli dah Mak Bee semenjak terer buat ni. Kahkahkah 'terer'. Macamlah orang lain tak boleh buat kan. Puan Menteri bawak nenas dari Kelantan. Umah ni ada guava. Peh.... Mencolek la kitorang di masa lapang. Haih kecur liur.
Arini nak masak apa ek. Puan Menteri jaga body (and health too). Nak masak lemak-lemak sedap-sedap dia bukan makan. Kalu ikut menu dia, ikan goreng dengan sup sayur je la. Tapi takkan tiap hari nak jamu dia lauk camtu je. Dilemmas.... And conflict of interests. Laki aku kureng masak bening-bening ni. Puan Menteri pulak kureng masak lemak. Budu pun pantang takut darah tinggi. 

Daging singgang aci tak? Daging singgang for encik Jack, ikan goreng for Puan Menteri. Pastu goreng sayur. Aci tak aci?

No comments: