Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 19, 2014

#1099 Me Vs Adam And The Strangers

Assalamualaikum....

Kelmarin berlaku something yang epic lah dalam kamus persekolahan anak aku. Seperti yang semua orang dalam rumah ni sedia maklum, kelmarin encik Jack kena pegi Shah Alam. Pegi balik ari je. Pagi pegi sekolah sempat lah encik Jack hantar dia. Balik, dah bagitau siap-siap dari minggu lepas lagi yang colleagues encik Jack akan pegi jemput dia. Tiap hari dok hypnotized dia kata nanti kawan daddy akan jemput Adam dengan keta BMW. Seronok lah dia bila dapat tahu buleh naik keta jenama feveret ni. (semua keta mahal adalah feveret dia). Sampaikan dari minggu lepas tiap hari dok ulang-ulang tanya bila kawan daddy nak datang... Cakap awal sangat pun payah jugak. Tapi takpe lah, sebab nak suruh dia ingat.

So, seperti yang dirancangkan kelmarin hantar lah dia pegi sekolah. Pagi tu ulang lagi bagitau dia. Just to make sure dia faham kan. Kul 1 aku dah siap masak nasik ayam dok mundar-mandir depan pintu tunggu dia balik. Tetiba encik Jack message kata Adam tak nak naik keta kawan dia tu. Hoh. Gawat ni. Kawan dia bagi phone suruh cakap sendiri dengan encik Jack pun dia tepis tak nak. Silapnya, encik Jack tak bagi tengok dulu gambar kawan dia tu. Second mistake, cakap kat dia kawan dia nak pegi ambik dengan BMW. Tapi last minute datang dengan keta orang lain yang bukan BMW. Confused la dia. Bab keta-keta ni jangan nak tipu-tipu la dia master benar. Diorang bagi Adam handphone tu, key in nama encik Jack dengan 'Zahir FKK' (Fakulti Kejuruteraan Kimia). Lagi la dia tak percaya. Nama daddy dia yang dia tahu Zahiruddin. Wakaka...  Kita tak boleh nak salahkan dia jugak kan. Resah gelisah lah Adam tak nak ikut kawan encik Jack tu. Last-last bila tak makan pujuk ni, kawan encik Jack ikhtiar pegi cari cikgu untuk pujuk dia. Saiko punya saiko last-last nak lah dia ikut... Haih... What a scene. Parents yang pegi kutip anak diorang kelmarin dapat tengok la drama sebabak ni.

Last-last setel lah berjaya pujuk dia naik keta. Sampai je kat umah ni, berderai la masing-masing ketawa  bila citer balik adegan kat sekolah tadi.  Adam pun dah okay, dah tak jual mahal. Makin talkative ada la. Memasing puji lah dia sebab tak mudah makan pujukan strangers. Potpetpotpet, alang-alang orang dah berbudi kat aku ni, aku ajak la diorang lunch kat sini. Memang encik Jack pesan suruh diorang makan sini. Masak nasik ayam je lah just to play safe. Nak masak nasik putih lauk campur aduk ni takut tak kena selera dengan tekak utara diorang.

Lepas tu cikgu sekolah dia ada la call aku dengan encik Jack nak konfirm betul ke Adam dah selamat sampai umah. Tanya khabar tu bagus. Tapi yang tadi konpiden je bagi anak aku ikut orang tu pehal. Nape tak call dulu sebelum serahkan anak aku kat orang lain. Something to ponder lah. Aku tak salahkan cikgu. Silap kitorang jugak. Patutnya inform dulu cikgu. Tapi cikgu sekolah ni kan.... hard to find. 

Bila semua dah berakhir, aku terfikir balik sorang-sorang. What if a real stranger datang pujuk dia. Adakah dia akan react macam ni jugak atau macam mana.. Tak makan pujuk awal-awal tu bagus. Tapi kalu strangers tu terer mengayat budak macam mana. Hisy... macam-macam lah dalam kepala ni terbayang. Kesian Adam kelmarin tu. How insecure he must felt. Kecik-kecik dah kena ikut orang yang tak dikenali... Ye, mari salahkan mak dia yang tak reti drive ni. Point taken. Boss, bila mau hantar saya sekolah driving ni?

Okay enough pasal yang tak best. Jom citer bab makan....
Karya agung pertama Zaraa yang berjudul Mr Potato lah gamaknya.
Ni wantan. Dah lama aku buat tapi baru nak buat entri throwback kat sini. Resipi adalah hasil gugelan dan bijakpandai sendiri-sendiri. Kalu malas nak gugel, buat je macam inti popia tu. Tapi kalu tak sedap aku tak tahu. Resipi asal guna isi udang. Tapi seperti satu Malaya sedia maklum, udang tengah mahal skang ni. So, mak guna isi ayam je. Hasilnya tak berapa umph macam isi udang lah. Lantak ko lah labu nak taruk apa pun. No rules, no rules.  Aku nyer ni buh ayam, scallion, carrot, udang kering, garlic, white pepper and salt. Sesame oil aku takde.
Dah siap buat inti tu, bungkuslah cemana yang korang suka. Dalam youtube ada kot cara nak buat tu. Aku main ikut sedap je. See. Macam crepe ada. Macam nasik bungkus pun ada. Bunjut pun ada. Saje try test bentuk mana yang paling mudah. Result- bunjutlah.
As a first timer, kira ok lah ni... Aku je nak makan pun. Sebenarnya aku kompius antara dumpling dengan wantan ni. Yang ketara aku tahu bezanya kulit tu la. Inti macam lebih kurang je... Dumpling masak cara kukus ek? Wantan ni aku tengok dalam internet ada yang masak style sup, ada yang goreng. Malaysian style kot goreng-goreng ni.
Disebabkan time aku buat ni mengikut nafsu melulu semata-mata padahal makanan tengah banyak, so aku freezekan dulu wantan ni sampai masa aku betul-betul lapar dan takde makanan snek lain yang available. Makan kena ikut cara nabi oi. Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang. Erk... Makan ketika lapar yes. Tapi biasanya aku akan berhenti bila rasa kenyang. Hehe...
So, biar dia dok diam-diam dalam freezer. Sorry aku takde tomakninah taruk wantan dengan pinggan-pinggan sekali. Aku amat menghargai 'ke-mudah-an'. Tak payah nak ikut peraturan sangat. Tak payah nak skema-skema.
Agak-agak dah lapar tu buatlah simple sup broth camni. Takde resipi. Buh je garlic ginger shallot chicken stock dried mushroom white pepper. Bila dah menggelegak campak je wantan frozen tu ke dalam sup. Kejap je masak ni. Bila dah terapung tu kira masak la.
Kasut blarok ayoh su Ilal

1 comment:

zahira said...

Cayalah Zaraa...awal beli kasut blarok, heheheh....