Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 22, 2014

#1100 Me Vs My DIY Dresses For Anis

Hahahaha.... Angin tak, ribut tak, tetiba terasa nak google pasal easy kids dresses ni. Berlambak-lambak tutorial dalam blog-blog mat saleh. Pilih je yang mana berkenan. Yang best pasal tutorial mat saleh ni, diorang ni maju lah. Pattern (kalu tukang jahit Malaysia ni pakai 'pola' jahitan) diorang include terus dalam blog. Kiranya print aje kat kertas then trace ke kain. Easy. Kalu blog jahitan orang Melayu ni, nak kena ukur pinggang berapa cm, dada berapa cm, leher berapa cm hoi leceh lah. Lagipun aku tak master bab nak ambik-ambik ukuran ni. Kita guna pattern orang putih je senang. Diorang dah buat siap-siap standard pattern untuk budak umur 1 tahun, 2 tahun dan sebagainya. Easy. Aku kan mana minat benda payah-payah ni.

Disebabkan mesin jahit aku ni very limited kebolehan dia, makanya selection aku untuk buat dress ni agak terhad lah. Contohnya, aku takleh nak buat dress yang ada lubang butang sebab mesin jahit aku takde function untuk tebuk lubang butang. Takleh zigzag. Jenis zip pun takleh jugak (eh nak jahit zip kena guna tapak jahit khas untuk jahit  zip ke? Or tapak jahit biasa pun buleh tenyeh?) And, jenis dress yang beropol dan ada gathers yang tebal, pun takleh buat jugak sebab tapak jahit mesin jahit aku ni tak muat nak hulur kain tebal-tebal. (eh buleh laras ek tinggi tapak jahit?) Hohoho... Saya budak baru belajar menjahit. Harapnya ada lah kiranya yang sudi ajar aku apa yang tak jelas ni. Tengkiu!
Ofkos la mula-mula aku google gambar-gambar dan pattern-pattern dalam tutorial tu rasa macam tak yakin sangat yang aku buleh buat. Tahu-tahu la aku ni mana ada pengalaman bab jahit-jahit ni. Tapi bila teringat sangat-sangat kat anak buah nun di Tioman tu... Naik syeh la aku. Agak rambang mata la nak pilih design dress yang mana untuk Anis Manis aku tu. Last-last after some considerations ( sebab limited functions tu la) aku pilih style halter neck dengan apa nama ntah yang style macam dress putih kat bawah ni. 
Yang halter neck tu siap semalam lagi. Yang putih tu pagi ni baru start. Start kul 9, siap 2.30 peh.... Plan nak percik ayam kena tunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak la. Mulanya ingatkan nak jahit slow-slow lah. Tapi bila dress biru tu siap, naik syeh pulak nak pos secepat mungkin. Tanya Nik Pareh, dia cakap seminggu baru sampai pos laju/ekspress kat kepulauan dia tu. Mengalahkan dok Caribbean kan. Disebabkan tak sabar-sabar nak dress ni sampai kat sana, mak pulun la jahit like there's no tomorrow. Habis anak-anak kena marah everytime mengacau kerja aku. Hahaha... Anis belum tentu nak pakai pun baju aku jahit ni. Ciksunya aje yang bersungguh-sungguh syok sendiri. Hoho.
Jahitan aku ni memang banyak flaws la. Kira boleh la Anis ye. Daripada tak reti menjahit langsung, siap jugaklah 2 dress Anis ni. Sana panas, so aku pilih style yang masuk angin lah kasi well ventilated si pemakai. Hihi... Tak tahulah dia muat ke tak. Rasa macam besar sikit. Tak tahu lah. Ini aku ambik ukuran dress Zaraa masa umur setahun setengah. Kalu tak muat, pakai kat teddy bear Anis je lah huhu ;p Harapnya dia suka la. Hadiah tak seberapa dari Ciksu yang sengkek... Hehe... It's the thought that counts kan.
Diorang tak tahu lagi aku pos baju ni kat Anis. Can't wait to know how they will react. Haha... Saprais la ni kunun. Kita tunggu la seminggu lagi punya citer... (lama betul)
Adoyai....5 jam aku jahit 1 dress. Giler kentang tak hengat. Sampai pedih perut-perut. (ada berapa perut?) Stress la kunun nak siapkan secepat mungkin. Siap tu, iron and touch up sehabis mungkin, semayang then terus pegi pos. Ekspres giler. Aku hanya boleh pos hujung minggu je. Hari minggu payah nak suruh-suruh encik Jack pegi pos. Pejabat pos tak berada dalam laluan rutin encik Jack. Malas la nak kena susahkan dia. So, kalu tak sempat siapkan hari ni, nak kena tunggu minggu depan la baru buleh pos. Then, another week to get to the island. 2 minggu nak kena tunggu. Haiyyy... Tu yang usaha jugak tu siapkan hari ni. Mulanya ingatkan nak pos baju biru tu je. Tapi pagi ni encik Jack tanya, tak nak buat 1 dress lagi ke kat Anis. Tu yang paras syeh melonjak sampai ke bintang tu.
Aku pos kat Aeon Big aje senang. Situ bukak sampai ke malam. Lepas pegi pos, terbeli spek ni kat Zaraa. Suka la dia ada benda boleh digayakan. Ismi budak pompuan semua macam tu kot. Suka berhias. Semua aktiviti dia akan melibatkan spek tu. Time rasa serabut tu dia angkat letak atas kepala macam kat atas tu. Haih la Zaraa. Apasal sebijik gaya Nora Binti Sulaiman ni.
Ini lagi satu hasil tangan aku. Jahit bench cover ni dah lama. Ni pun ikut tutorial mat saleh jugak. Senang je. Kalu aku buleh buat tu means senang lah. Hehe. Buleh la sekadar nak kasi tutup bench tu dari  kerakusan anak-anak. 
Gaya posing feveret skang.
Alhamdulillah dress Anis dah siap. Dress Zaraa nanti akan menyusul. Dress Semek? Hohoho... Ciksu kena belajar buat baju muslimah dulu la deh!

No comments: