Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, March 1, 2014

#1102 Me Vs Menahan Diri

Assalamualaikum... Weekend ni korang pegi mana? Simpati sungguh dengan nasib mangsa-mangsa catuan air. Kalu aku lah, mesti stress giler. Air lagi penting dari elektrik. Dok dalam gelap takpe lagi. Janji ada air. Bagi yang ada anak pinak tu, memang perlu sangat-sangat la air ni. Sehari kalu tak basuh baju, dengan botol susu anak, boleh imagine tak cane.. Bersabarlah bagi yang terlibat. Cakap memang senang kan. Honestly, aku memang tak selesa, rasa susah yang amat kalu takde air.

Kat tempat aku skang ni pun, memang terasa sangat ke-summer-an nya. Suhu panas, tanah tanih gersang, rumput kat padang dah macam autmn in my heart kat Korea, kebakaran semak makin kerap berlaku. Aritu dalam masa seminggu aku nampak 2 kali wagon bomba datang padamkan kebakaran semak dekat perumahan aku ni. Kering sangat-sangat. Lalu tepi tali air/parit semua mostly menunjukkan paras air yang sangat menyedihkan. I miss the 'winter' that I had experienced in Kota Bharu itu hari. I miss rain. I miss seeing the green grass. Dunia dah nak kiamat ni cuaca makin tak menentu.
Kalu nak ikutkan hati dan perasaan, memang membuak-buak keinginan nak menjahit my next project. Pattern-pattern yang aku rasa-rasa macam mampu jahit tu dah aku survey and googled siap-siap. Anytime je. Tapi terpaksa lah jugak potong stim diri sendiri menahan diri dari buat benda yang aku nak sangat buat tu. Perut tak ok lagi. Mulut sakit. Tekak sakit. Alahai.... Banyak betul halangan. Semenjak umur dah makin tak remaja ni, perut pun makin kodi. Pantang ralit sikit, mula la nak gastrik. AND, menjahit ni memang ralit. Once start memang tak nak stop selagi tak sudah. Satu dress aku buleh siapkan dalam masa 5 jam. Itu campur tolak segala gangguan dari anak-anak, panggilan alam, etc. Aku ni tu lah masalahnya. Gastrik. Aku memang tak boleh buat benda ralit-ralit. Mesti lari timing jadual makan aku. Haisy... 

Atas dasar tak nak gastrik ni berpanjangan la aku kena hold dulu segala kerja-kerja menjahit. Tiap hari tangan ni asyik gatal je nak start mesin jahit. Haha. Macam budak baru dapat lesen gian nak drive-orang kata fasa gila stereng. Aku ni gila jarum la kot. Haha.. Dulu punya la takut-takut dan tak confiden bila rasa nak jahit tu. But now after succeeding some projects, kira quite confident dah la nak guna mesin jahit tu. Thanks to the internet, I gained so much knowledge specially bab jahitan ni. Tak pernah terfikir pulak aku buleh tersuka menjahit. Dulu projek Kemahiran Hidup PMR, aku menyumpah-nyumpah nak siapkan jahitan. Memang tak minat giler la. Dah memang dulu takde mesin jahit kat rumah. Jahit tangan memang ler leceh. Skang ni bila dah ada mesin jahit sendiri yang available 24-7 (walaupun saiznya kiut giler), feel dia lain tau. Ada je yang ko nak buat. Kalu tak, bersawang lah pulak kan. Dulu ingatkan menjahit ni susah. Bila dah tahu sikit-sikit ni, takde la  susah mana pun. Kalu selalu prektis, In sya Allah ok je.
 
Minggu ni aku laki bini habiskan tayangan unggul kat umah ni. Nak pulak encik Jack join aku. Dah lama dia tak layan hobi aku ni. Last tengok aritu The Master's Sun. Agaknya sebab aku cakap citer ni pasal alien, tu yang dia tertarik tu. Biasanya drama Korea yang klise tu pasal couple tak sama darjat, berebut harta, gitu la. Tapi citer ni lain sikit. Episod awal-awal aku rekod kat Astro. Pastu agak-agak dah malas nak tunggu, sambung download kat internet-transfer ke external hard disk-tengok kat tv besar-besar. Sampai berebut tv dengan anak-anak. Hoho. Zaraa siap bebel "asyik tukar je" hahahaha...

Encik Jack pulun tengok sampai kul 4 pagi. Hambik kau. Ingatkan esoknya tu nak ambik off. Rupanya bangun mamai-mamai terus pegi keje. Hahahaha... Itupun tido kul 4 sebab episod 9 aku terdelete kat tv. Kalu ada agaknya, memang terus sampai kul 7 la jawabnya. Dia je la tengok sorang-sorang. Aku mana buleh buat perangai macam tu dah. Maunya gastrik datang tak nak pegi-pegi. Muda-muda dulu buleh la marathon citer Korea sampai ke pagi. Huk aloh tua dah aku.
Tadi pekena Kenny Rogers. Seronok pulak tengok budak mokmok ni makan tak berhenti. Berbaloilah bawak dia. Mac n cheese dalam side dish tu dia makan sorang-sorang. Aku curi sikit je. Then dok mintak coleslaw dengan mashed potato. Sebelum tu dah hadap mushroom soup dah. Lepas lunch tu Adam beli pretzel Aunty Anne's tu dia hadap lagi 2 keping tu. Hoho... Suka lah tengok dia makan hari ni. Adam, macam biasa la dia. Makin hari makin risau aku dengan appetite dia. Kalu nak dinilai, sepanjang hayat dia hidup asyik makan processed food aje. Memanglah tak bagus. Tapi tu je dia makan. Nasik, kalu kena angin kuskus dia nak makan.Time tu, nasik kosong sepinggan pun dia makan dengan bersungguh-sungguh.
Sambil pusing-pusing dalam Jusco tadi, terberkenan kat satu kasut flat tu. Nak pakai untuk wedding adik ipar lah nanti. Amboi kemain kan. Aku kan mana ada persalinan yang grand vogue gedebas yang presentable untuk majlis berprestij ni. Haih payah jugak glam wedding lawan dengan orang berpangkat ni. Selaku kakak ipar yang paling selekeh, makanya banyak la yang aku kena beli. Baju pun MIL sponsor. Hahaha nampak sangat la fesyen aku ke laut. Just to play save, baik dia belikan aku kain bagi terus kat aku. Takde la fesyen ke laut aku bikin malu MIL aku kan. Wakakakaka.... Payah jugak jadi perempuan tak jangok ni. Jenis yang redha aje dengan apa yang ada. Hahahahaha...
Lepas beli kasut aku, beli dress Zaraa pulak. Stok dress yang sedia ada semua dah singkat ketat metat dah. Boleh je nak jahit dress kat dia. Tapi takde kain yang molek. Aku ni kalu suruh pilih kain, kan cenderung pilih yang huduh. It happens all the time. Baiklah aku beli dress readymade. Play safe, play safe. Ni nak pegi grand wedding ni. Bukan calang-calang kenduri kawin next door yang buleh pegi pakai terompah jamban je. Hihi. Okay, persalinan aku, Zaraa dengan Adam (pakai yang sedia je sebab Adam punya baju raya masih boleh pakai) dah setel. Encik Jack je la nanti nak kena cari baju Melayu yang beradong sebab nanti dia akan dok sekali dengan VVIP. 

Makan sedaplah kesayangan aku ni nanti. 

Hai.... Ujung bulan ni agak-agak krisis air masih berlanjutan ke. Rumah-rumah tanggak aku kat KL nanti ada air tak? Kalu takde aku nak booking hotel lah. Ececey... Hotel kompem ke ada air.

No comments: