Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, March 2, 2014

#1103 Me Vs A Snap Wrap Dress For Zaraa

Buat dress lagi! Saje gelenya tangan. Kain banyak orang bagi tak buat-buat pun baju. So, aku kekahkan aje lah try and error jahit untuk Zaraa. Kalu tak menjadik pun, no regrets lah.  Buat kat anak buah pun dia tak pakai-pakai lagi, ada hati nak buat kat Zaraa pulak. Macam tak serik-serik aku ni. So, alang-alang tengah naik syeh nak buat dress kat Zaraa ni, turutkan saje lah.
Sebenarnya dah lama aku dok usya Snap Wrap Dress ni. Day one masa aku mula-mula cari tutorial cane nak jahit dress kanak-kanak. So aku terjumpa la blog mat saleh ni. Pada aku, tutorial ni lengkap dan mudah untuk kita cuba. Specially for the beginner macam aku yang tahu nothing pasal jahitan. For those yang teringin nak try, please click the link that i gave. Senang je. Dalam blog dia ni ada macam-macam tutorial. Selamat mencuba lah.
Sepatutnya untuk pattern dress ni kena download (ada link dia bagi dalam blog tu) tapi aku takde printer takde ink kat umah ni. So mak tekup aje lah kat atas laptop ni. Kahkahkah.. Olskul giler caranya. Tolong jangan tiru aku yang tak senonoh ni. Laptop buruk aku ni buleh kepak skrin sampai 180 degree. Hahaha... Aku buleh 180 degree sebab engsel dia dah longgar kahakahakhahkahakha... Takpe, kita tunggu rumah arwah selamat dijual pastu duit pusaka tu buleh la beli laptop baru... (bila lah iteeewwwww)
Disebabkan dah derhaka kat pattern asal dia, makanya bila siap ni ukuran lari la sket. Nampak dalam blog mat saleh ni anak dia besar dari Zaraa. Tapi bila dress ni siap, kecik pulak dari anak aku. Yang mat saleh ni nyer tak banyak gather, sebab tu dress anak dia tak berapa kembang semangkuk ;p macam aku punyer ni hehe.
Ini dress sebenar dari Prudentbaby.com
Amacam... Lain ke? Hahahaha..... Zaraa pakai masa try tu je la. Pastu cepat-cepat suruh tanggalkan... Ketat sangat kot. Dia kan mokmok... Hok aloh... Serik pulak rasa. 2 orang dah mangsa dress aku yang tak rela pakai dress aku jahit. Hewhewhew.

No comments: