Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, March 5, 2014

#1104 Me Vs Asyik Salah Pakai Aje

Dalam 2 minggu ni dah banyak kali tersilap pakaikan baju kat Adam. Tak tahu nak salahkan sape. Last Friday, kalu ikut dalam jadual takde PJ. Tapi pagi nak pegi sekolah tu Adam cranky, cakap tak nak pakai baju sekolah. Pada pemahaman aku, dia sesaje je nak meragam tak nak pegi sekolah lah tu. Sometimes dia ada lah buat macam tu. Dia ada kata nak pakai baju sukan. Aku pelik la pehal pulak hari Jumaat kena pakai baju suka. Hari Selasa dengan Rabu je yang ada PJ. So, aku paksa jugak dia pakai baju sekolah.

Masa encik Jack nak pegi kerja dia lalu depan sekolah Adam, dia nampak budak-budak sekolah Adam semua pakai pakaian sukan, ada lari-lari tepi sawah (larian rentas desa ke apa la tu). Terus call aku tanya ada jumpa surat apa-apa tak dalam beg dia masa aku susun buku dia pagi tadi. Memang masa aku selongkar beg dia tu dah tergerak hati nak cek apa-apa surat kot-kot cikgu bagi nak inform apa-apa. Tapi takde. Dari suara encik Jack, macam hangin lah. Ofkos, aku pun. Nak kata dia tak bagitau, dia dah bagitau tapi aku tak faham. Masalahnya memang aku tak paham la kenapa dia nak kena pakai baju sukan hari Jumaat. Kalu dia explain kata hari tu sekolah dia ada acara larian aku paham la. Sudahnya dia sorang je la lari pakai baju sekolah hari tu. Frust sangat dengan dia.

Itu satu. Then Isnin lepas, malam masa nak tido dia dok bebel kata cikgu suruh pakai baju sekolah untuk ambik gambar. Esoknya Selasa tu suppose ada PJ kena la pakai baju sukan biasanya. Argue lagi. Aku tanya elok-elok bila sebenarnya cikgu dia kata nak ambik gambar. Sekejap jawab A, sekejap jawab B, C, D, E. Aku pun jadi bingung. Last-last aku suruh dia pakai baju sukan lah.

Balik sekolah, encik Jack bising lagi. Dia sorang je pakai baju sukan. Orang lain semua pakai baju sekolah untuk ambik gambar hari ni. Goshhh..... Hanginnya!!!! Hayooooo..... Asyik salah pakai aje. Cikgu dia agaknya apa la dia kata kat kitorang ni. Macam tak peduli benar kat anak. Haih... Ni lah masalah utama. Bila masuk sekolah betul ni terputus hubungan betul dengan cikgu. Cikgu tadika dulu apa-apa bagitau masa parents jemput anak. Ni sekolah betul, cikgu mana nak tunggu sorang-sorang anak murid. Cikgu pun ada life dia jugak. Hayoooo.... Susah la ini macam.

Petang kelmarin pulak satu hal lagi. Masa siap-siap nak pegi Kafa, sekali dia dok kata takde kelas. Aku ni berbelah bagi nak percaya ke tak nak percaya. What if kali ni betul apa dia cakap? Karang tak pasal-pasal pegi sekolah tengok takde orang, nak kena patah balik hantar dia marahlah tukang driver nak masuk keje lagi. Baru teringat masa pendaftaran kafa awal-awal dulu aku ada ambik nombor ustazah kafa tu. Terpaksa la call orang tu time lunch pun. Sekali ustazah tu cakap kelas going on macam biasa la pasai apa pulak takdak.... Hoh..... Paham tak perasaan aku macam mana? Macam tak tahu bila masa aku patut percaya dengan tak patut percaya cakap budak ni? I know, anak aku bukanlah jenis suka tipu. It's just that sometimes dia cerita pasal benda yang lama berlalu dengan benda yang tengah berlaku dalam satu cerita. It's up to you to differentiate which is which. Kadang-kadang memang dia ada versi made up stories. Pulak.

Dulu meroyan anak tak boleh bercakap. Now, mulut banyak giler tapi mostly tak boleh pakai. Devastated sangat-sangat. Skang ni nampak dia macam serik giler takut salah pakai baju. Once bila sampai depan gate sekolah selalu tanya betul tak orang lain pakai baju macam dia pakai. Oh kesian sungguh kat dia. Tapi nak salahkan sape. Sampai kadang-kadang aku terfikir jugak apa yang tak kena dengan dia.

Bila check buku tulis dia, lagi sedih. Main tulis sebarang ikut suka nak tulis kat mana. Agaknya terbelek kat page tengah, tulis kat tengah. Terbelek page ke empat, tulis kat page ke empat. Bukan tak bagitau, dah bagitau pun. Kadang-kadang tulis belakang surat pengumuman yang sekolah bagi. Adoiiii.... Paham tak apa aku rasa? Itu belum apa yang cikgu dia rasa lagi. Kakak ipar yang nak pegi umrah, time doa depan Kaabah tu selit-selit la sekali doa kat anak ai ni...

Risau betul kat Adam ni. Boleh membaca dengan lancar, menulis dengan baik tu memang lah bagus. I know, it's our job as a parent untuk guide dia, coach dia so that he's in the right lane. Tapi itulah, bila banyak kali bagitau pun dia masih buat ikut style dia, down jugak. He's in his own comfort zone.

Haih.... Bertabahlah hati. Tiap parents ada dugaan masing-masing... Mine is just minor... Alhamdulillah...

No comments: