Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, March 23, 2014

#1106 Me Vs Resepsi Adik Ipar

Hari ni majlis resepsi adik ipar belah bini dia. Disebabkan majlis hari ni bakal dihadiri Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk dan Datin-Datin makanya tahap keselekehan aku terpaksa lah diminimakan sehabis mungkin. Nak make over over-over tak mampu la mokcik. I always believe kalu rupa dah buruk, pakai apa pun tetap buruk jugak. Buat plastik sejeri pun nampak burok jugaknye kot. So, kita dress to kill cara kita aje lah. Berfesyen ikut kemampuan. Point taken.
Atas asbab yang aku nyatakan kat atas tu jugak lah aku tengok masing-masing kelihatan tak nak kalah dalam dressing code masing-masing hahahahaha... Mek Cewi aku tak ketinggalan lah. Nasib lah ada mak sedara yang mahir selok belok alam mekap ni. Cikgi-cikgi memang boleh dipercayai turun temurun kalu bab mekap dan perjangokan ni. Hehe. True what. So, mekaplah anak dara aku ni. Kalah mokcik ok! Tapi mekap dia tahan berapa minit je. Lepas tu bergaduh berebut apa entah with the boys kat umah ni habislah cair meleleh maskara segala. There goes the make-up! Belum naik keta dah kena wipe off.

Kitorang set rombongan dari pihak lelaki tiba awal. Meja yang reserve untuk kitorang kul 1 baru depa serve nasi. So, disebabkan dah lapar, makanya kitorang serang meja orang biasa aje lah. Janji boleh makan. Tensi jugaklah mokcik nak handle budak-budak ni tanpa Encik Jack. Encik Jack kena join dengan VVIP sebab since my FIL had passed away, dia la kena jadi wakil dengan Mem Besar. Makan sedap la laki aku atas pentas sekali dengan VVIP lain. Keh. Aku jugak la terkial-kial nak tenangkan budak-budak yang hyper, nak ambik lauk sorang-sorang lagi, ulang-alik ambik dessert lagi. It was not easy. Sekali sampai kat meja tengok-tengok anak aku takde. Hoh. Dalam dewan sejutanam orang ni kalu hilang memang kalut lah. Boleh pulak dia pindah randah meja sekejap dok dengan orang tu sekejap dok dengan orang ni. Kecut hati aku tengok budak-budak ni hilang. Haih. Terbantut selera nak mencekik banyak-banyak.
Most gambar dalam entry ni aku kutip dari fesbuk in-laws aku. Tak kuasa nak mengambik gambar kalu mata asyik konsentret anak aku kat mana. Zaraa ni memang tak risau lah sebab keje dia memang berkepit aje dengan aku. Tapi rimas jugak nak pegi toilet pun payah. Nak tinggal dengan orang lain dia tak nak sebab tak biasa. Payah, payah. Encik Jack jugaklah sedap-sedap makan dengan tenang. Lauk VVIP pulak tu. Nasib aku lah jadik mak ayam hari ni. Macam biasalah.
Lepas makan dalam dewan, keluar mengopi sambil bergossip dengan Mommy Nadia dan Che Mimi sekeluarga. Festaim pegi wedding ada stail kopitiam ni... Apa lagi, masing-masing mengopi la sambil piring kuih silih berganti. Kata pree kan. Feveret aku hari ni ada. Goreng pisang nangka. Walaweh. Makan sampai lupa nak bergambar dengan pengantin. Hahahahahaha... The silliest ever. Memang lupa terus! Ampun ye. Demi goreng pisang nangka yang sedap, pengantin aku terlupakan. Sorry, aku terdistracted. Hihi.
Bukan apa, tengok kat skrin besar kat luar tu.... Sekali tengok, pengantin dok santap. Dua kali tengok dok makan lagi. Tiga kali tengok, tengah bergambar dengan VVIP. Pat kali tengok tengah bergambar dengan guests lain. Lima kali tengok, aku hadap goreng pisang je lah. Lagipun banyak topik hot yang best aku gossipkan dengan Mommy Nadia and her families. Kan Nadia kan kan kan kan?
Ya, itulah mokcik. Pegi mana-mana macam tu je lah imej aku. Polish macam mana pun tetap tak bersinar banar. Haha. One thing aku tak berapa seronok join majlis yang ada orang-orang kenamaan ni kan, sebab buat aku rasa diri ini 'nobody' sangat-sangat. Maklumlah tudung tak berjenama obor-obor, handbag pun main belasah aje mana yang boleh sauk. Sangat-sangat basic aku ni. Bila tengok masing-masing kat majlis ni pakai tudung yang gah-gah, shawl berbelit-belit, turban yang urban sekali, haih.... Siapalah aku ini. Rasa nak balik menyorok kat umah diam-diam aje. Ye, mokcik memang kurang motivasi diri. 
Setel resepsi, encik Jack ajak jumpa Iron Chef kat Bangi. Malam tu kitorang dinner sama Boss Ibm kat Kampung Baru. Konon nak makan mi celup lah tersohor sedap situ. Kedai memang full house. Tak silap aku nama kedai Suraya Seafood ke apa entah. Tapi ada Suraya something lah. Diorang ni biasa makan sini. Tu yang tahu mi celup sedap kat sini. Tapi langkah kiri la malam ni, semua tak best. Mintak order pulut mangga, tukang buat pulut mangga balik kampung pulak dah. Makan somtam je lah malam ni.
Adam buat muka boring gila la sebab terpaksa berjauhan dengan ipad sepupu-sepupu dia. Sepanjang masa dengan muka boring je. Sekali Boss IBM keluarkan Lilo (ipad) dia, terus bulat bersinar mata. Baru lively. Hei budak zaman skang ni.
Orang dalam kedai ni memang packed gila. Menyesal masuk. Kedai dah la siling rendah, poor air circulation, kerusi meja rapat-rapat hoi lemaslah. Tapi sebab nak makan mi celup yang dah lama tak makan tu, bertabah aje lah. Bila tengok balik gambar ni, memang terasa balik ketidakselesaan dia.. Tak nak ingat dah kalu boleh. Punya lah kan. Kalu mintak satu jag air ais tuh rasa nak curah atas kepala kasi drastic cooling effect aje. Haih. 
Itulah kisahnya hari ni. Point paling penting yang harus diingat sepanjang zaman adalah goreng pisang hari ni sangat sedap sampai aku terlupa kat pengantin. Sekian. Lariiiiiiiikkkk~~~~~~~ 

No comments: