Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, March 24, 2014

#1107 Me Vs We're Crossing Peninsular

Hari ni kitorang balik Penang lah. Dok lama-lama umah orang ni buat semak orang je hihi. Dah la sana sini air kena catu. Nasib baik time aku dok sini air ada. Sepatutnya macam takde je dengar citer. Alhamdulillah la rezeki kitorang. Hajat di hati nak berjinggoan dulu sebelum balik. Tapi tu lah takde orang aku nak harass. Semua keje. Huk aloh. Kita balik je lah. Huhu.

Sepanjang perjalanan balik ke Penang, aku dok terfikir-fikir pasal Nik Pareh nak balik KB esok. Teringat sangat-sangat kat my nieces tu. Kalu nak tunggu balik dengan encik Jack untuk majlis menyambut menantu ni, Khamis lah baru sampai. Tu pun nak kena bagi masa antara Apal dengan KB. Haih, tak puas la jumpa sekejap je. Nak jumpa tu bukannya senang. Takleh jadi ni. Aku mesti pikirkan sesuatu.

Tetiba spontan aje aku cakap kat encik Jack aku nak bawak budak-budak ni balik dengan bas. Thrill la sikit kan. Anak-anak aku tak pernah naik bas ekspress lagi. Encik Jack tak kata apa. Tapi dia menyuarakan kebimbangan la whether aku buleh handle ke tak both at the same time. Truth is, aku pun tak tau boleh ke tak. Tapi keinginan nak jumpa anak-anak buah punya pasal, mokcik redah aje lah. Bila lagi nak cabar diri sendiri kan. Ehem.

So, tengahari tu sebelum balik rumah terus singgah Terminal Bas Butterworth untuk tengok tiket bas. Hoho. Alhamdulillah ada. Aku ragu-ragu jugak awalnya. Ni kan cuti sekolah.Silap hari bulan tiket habis. Aku ni main beli on the spot je. Nasib baik ada. Beli 3 seat. Akak jual tiket tu cakap nak beli 2 seat je pun boleh kalu aku nak riba Zaraa. Tapi tak kosa lah mokcik nak riba budak mokmok ni sampai ke KB. Mau patah riuk lengan aku. Seat bas ni ada arm rest kat tengah-tengah antara seat. Kalu benda ni takde, boleh la aku squeeze dok 3 beranak atas 2 seat tu. Terpaksa la ambik 3 seat. Encik Jack ragu-ragu berguna ke tak beli 3 tiket. Entah-entah guna 2 aje. We'll see about that.
So malam lepas makan smayang, terus berangkat ke terminal bas. Macam-macam bawak. Bantal mini, selimut, biskut, plastik muntah segala. Sampai tu bas dah tunggu. Terus naik dengan encik Jack sekali. Dia nak tengok biar puas hati lah macam mana anak-anak dia dok dalam tu. As expected, budak-budak ni punya la super excited. Ini bas double decker. Tapi aku pilih seat bawah. Tak kosa lah mokcik sampai pagi esok nak lead dua-dua budak mamai turun tangga. Hoho. So that's it. Both kids were super gaga on board. Aku dok seat sorang. Kalu aku dok dengan Adam, takkan nak letak Zaraa sorang-sorang. Kalu aku dok dengan Zaraa, Adam pulak tak nak. So, bagi dia dua beradik dok sekali. Aku dok sebaris di seberang as planned.
Sebelum naik bas ni, dari petang kat umah lagi aku hypnotized (can I call that) Zaraa, cakap jangan kareb atas bas. Either kareb siap-siap kat umah sebelum pegi atau tunggu kareb kat umah Mamatuk. Yep, benda macam ni memang unwanted la bila travel with kids. Ulang-ulang kali bagitau jangan kareb. Haha kesian dia. Alhamdulillah la. Memang tak kareb. Naik bas tu, start gerak je bas, terkinja-kinja, terlompat-lompat atas seat for a few minutes then terus tido. Adam je lah dok perati jalan. Kejap-kejap tanya betul ke ni jalan nak pegi umah Mamatuk. LOL.

Dekat 10 tahun dah aku tak naik bas ekspress. Last naik maybe masa aku kat uni dulu. Memang banyak beza lah. Dulu zaman aku belajar semua bas double seater kiri kanan. Now dah double decker, bawah 3 seaters aje. Seat pun mewah bergaya dan selesa lah. Kalah seat kapalterbang. And part paling best, bas skang ada wifi wihuuuuuu! Tapi being me, berbelah bagi nak surfing or save the battery. I don't have power bank. Last-last aku offkan wifi jugak sebab nak save battery for emergency. Alah ruginya kan. Kan best kalu buleh tengok citer Korea sepanjang jalan. (wifi tu ada sepanjang jalan ke?)  

Dulu zaman aku belajar dulu, dalam bas ada satu je tv cembung kat depan. Yang belakang terdongak terteleng lah kalu nak tengok. But now, selesanya la hai. Tv nipis ada di kiri kanan. Skrin besarlah. Tapi pasang citer dari Astro Citra je. Hekeleh. Banyak betul beza dulu dengan sekarang. Untung orang zaman skang ni kan.

Alhamdulillah my traveling journey with kids were smooth. Aku paling risau 2 perkara dengan Zaraa ni. SATU, kareb lah. DUA, mengigau. Kat umah selalu jugak dia sedar tengah  malam meraung-raung. Nasib baiklah atas bas takde tebiat ni. Ada la dia tersedar banyak kali tapi cepat-cepat tepuk dia bagi tido balik. Dia macam tak selesa la tido sambil duduk. Walaupun seat dah diperebahkan semaksima mungkin. Mana selesa compared to tido baring kan. Alhamdulillah, semua ok. Adam pun tak muntah. Kat umah tadi dah suap ubat tahan muntah. Ok la tu takde scene mencabar keimanan dalam bas malam ni. Next time kompiden lah nak balik dengan bas lagi. Zaraa pun duduk kat seat dia sepanjang jalan. Takde la rasa membazir kalu beli 3 seat tapi duduk 2 seat je kan. Sebenarnya bas malam ni tak penuh ponnnn... Hahaha... Beli 1 seat je pun buleh dok 4,5 seat yang kosong kat belakang. Hahahaha. Choiii... Mana la nak tahu seat tu akan tetap kosong sampai ke saat bas bergerak ye dak?

Sampai di KB tu Puan Menteri dah ready tunggu. Aku ingat dekat sampai baru call dia tak nak kejut dia awal-awal. Rupanya dia dah ada kat stesen bas. Hoho. Sambutan kapet merah sekali! Budak-budak ni apa lagi, sedar-sedar terus nampak Mamatuk hepi lah.

Berjaya jugak aku pitah Nik Pareh sampai KB... Hahahahahaha....
Nik Pareh sampai Kb tengahari. Sempat la aku tido-tidoan. Haha. Semalam memang takleh tido la neveskan Zaraa. Adam pun tak tido jugak asyik scan jalan betul ke tak. 
Alhamdulillah.. Dapat jumpa anak beranak yang susah sekali nak jumpa ni. Bila la pulak boleh jejak kaki ke Tioman ni. Berjaya Air dah takde dah. Semua kena pegi by ferry lah. Kecualilah mu ada private jet buleh la landing kat Tioman.

K bye. Bonding time!

No comments: