Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, March 28, 2014

#1109 Me Vs Majlis Menyambut Menantu

This entry is about my brother in-laws' wedding reception which was held in our hometown. Feast your eyes with the pics if you don't understand the language ;p But you are always welcome to ask in English if you want. I'll be gladly happy to answer all in English ;p P/s: This is Malay Wedding Reception in Malaysia. Tq.
The preparations done[Curi dari fesbuk Kakak Ipar. Ampun.]
Encik Jack balik Apal kelmarin lagi. Dia terus ke Apal tak singgah ambik aku dulu kat KB. Aku dengan budak-budak ni pagi ni baru Nik Pareh hantar. Haha.. Berjurus punya menantu spesis hantu macam aku ni kan. Pagi majlis baru nak tunjuk muka. Aiseh. Tapi aku sampai-sampai letak beg terus singsing lengan buat keje. Tolonglah mana yang termampu. Aku bukannya reti sangat hal kenduri-kendara ni.
Mom In Law getting anxious 
Ni Mem Besar. Osem kan dia hari ni. Sampaikan makcik Encik Jack tertukar dia dengan anak dara. Punya lah jangok mak pengantin berbaju kurung lace. Alah, lupa nak ambik gambar bilik pengantin yang Mem Besar sendiri hias. Aku mati-mati ingat Mem Besar hire butik pengantin yang pasang. Masak pandai, mengaji pandai, hias bilik pengantin pun pandai Mem Besar ni. Isy isy isyk... Patot la my late FIL sayang benar kat dia. Alhamdulillah.
groom + bride + bride's  family
Eh apasal masa nyambut aku dulu takde pun bergambar dengan keluarga macam ni ha? Hahahaha... Yang aku ingat aku ada bergambar dengan Bos IBM aje. Pah mano abih ore lain tokse bergambar dengan aku?
Neighbours-The back bones of the event
Tengok lah tudung obor-obor orang kampung ni. Stylo nak mampus.. Oh yang sorang tu memang orang bandar. AJK rewang pun kemain dress to killnya. Padahal keje bawah kemah isi lauk potong buah aje. Aduyai kalah lagi mokcik. Dengan VVIP pun kalah, dengan orang kampung pun kalah. #palmintheface
Pengantin dah tukar uniform. Sesi layan anak buah.
Set ddebe kampung Apal.
Aksi romantik 2 sepupu ni ramai yang ter miss.. Ececeh...
Sapo ambik gambar mokcik dari sisi ni? Koho la nipis napok mokcik.. Lenkali ambik depan-depan ye kasi ilusi optik nampak lebar sikit... #kaludahhuduhtuhuduhlah
The youngest signing the guest book LOL
Hepi giler ciksu kasi conteng otograf 
Tetamu jemputan kali ni Mem Besar jemput tak ramai. (tak seramai majlis-majlis kawin sebelum ni lah maksudnya) So, menjelang petang dah lengang. Time orang dah surut tu, memasing bermesyuarat tingkap la sampai hari gelap. Ada pulak balang maruku makin galak la bergossip.

Setel dah semua. Semua anak-anak Mem Besar dah kawin. Semua foto dari foto ke 2 sampai bawah aku paksa pengantin send kat aku. Hahaha.. Harass sampai dia send jugak. Best dera pengantin.

Kepada adik ipar dan isteri, selamat melayari alam perkahwinan. Too bad lah you all tak sempat dengar perutusan kawin dari the late FIL. Aku dulu sempat la dengar malam lepas majlis bertandang tu. Oh teringatnya kat arwah FIL. Kalu dia ada, dia la yang paling hepi sebab dapat berbesan dengan bff dia....
Meja pengantin. Pass. Janji tak payah bersila macam aku dulu.... sobs..
Mekap cantik. Ok pass. Eh Hilal you mekap jugak ke?
Pelamin ok. Pass.
Yang ni? Bini dia mesti la kata pass...
Baju cantik. Mem Besar pilih. Pass.
 Pasal apa masa aku dulu takde baju lawa-lawa macam ni??????
Kenapa????
Rezeki puok mu lah buleh ciksu yang penyayang dengan budak-budak.
Aku dah malas nak layan budak dah... Mokcik pencen!

No comments: