Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 28, 2014

#1111 Me Vs Youtube Addicts

Gawat, gawat... Remote tv umah aku memang kena sorok dah sekarang. Remote tv. Remote astro takde hal. Having a smart tv in the house memang payah lah kalu ada budak kecik yang takde ipad. Haha. Ayat! Itulah hakikat yang terpaksa aku tempuhi skang ni. Tiap hari asyik mintak nak tengok youtube aje. Mana lagi kalu bukan kat tv. Terpandai dengan tak sengaja. Now dah pandai nak tekan kat mana untuk akses youtube tu. Haih.... And from what I heard from facebook, many of my friends claim the same thing.
Aku sebenarnya takde hal sangat kalu nak tengok youtube. Kalu lah bukak doa-doa lazim ke, education ke... Tajwid ke... Ni bukak youtube untuk tengok game, tengok orang assemble toys, tengok orang bukak telur mainan untuk discover apa dalam tu, tengok rally and crashes.... I am so against it. No-no-no! Even Zaraa oun dah pandai nak tengok telur mainan tu. Hayoh! Talor-talor-talor! Tensi mak! Bukak phonic, ABC, numbering, tak naklah dia. Rosak, rosak....
So nowadays, first thing in the morning lepas on tv, mesti kasi sorok siap-siap remote tv. Kalu dah tertengok tu panjanglah nak menjawabnya. Tv ni kalu rosak, aku tak nak kasi encik Jack beli tv cerdik dah. Nak beli tv nipis, go ahead. Tapi pilih yang takleh akses internet. Budak-budak ni macam kalu takleh tengok youtube tu macam takde kick lah hari-hari diorang. Cheh. Zaman kita-kita dulu ok je takde youtube. Ye dak? 

Cukuplah tu pasal youtube. Aku bukanlah anti youtube. Aku sendiri pun gain macam-macam useful knowledge dari situ. Tapi kita ni yang mula-mula kenal youtube lepas dah mumayyiz ni takpe la buleh nilai mana baik buruk. Bagi budak-budak, diorang bukan tau apa pun. Tau nak seronok tengok je. Tak kira benda tu berfaedah atau tak. Janji, seronok ditengok. Anak-anak uols ada tak macam anak-anak aku? Adakah anda menghadapi dilema sepertimana saya sekarang?

Weh, dekat 2 minggu dah aku ni lemau je... Siang  malam mata asyik nak tertutup je.. Tubuh lembik mengalahkan sotong kangkung. Apa dah jadi. Dulu aku makan jamu sebelum tido. Tapi tak tahan lah. Bila makan jamu seawal lepas Isyak pun, asyik nak terkucil sampai la dekat nak tido. Even tengah malam bangun 2,3 kali pegi toilet. Macam ibu mengandung pulak. Eh bukan makan jamu tubuh jadi memanaskan tubuh ke? Apasal aku asyik nak terkencing aje. Tak kira musim hujan ke musim panas.

So, aku pun try la tukar time makan jamu tu. Kat botol tu tak dinyatakan pulak waktu elok makan. Cuma stated makan 2 bijik sehari aje. Aku makan pagi lah try. Sejak itu, diri menjadi tingtong. Eh takkan sebab jamu kot?! Masalah terkucil tengah malam dah setel. Tapi terawang-awang lah pulak 2 minggu ni. Pagi, tengahari, petang, malam... Mata asyik mengantuk je... 

Selera makan pun gone. Every mealtime struggling tak tahu nak masak apa. Gewe pun bila tanya dia, dia sendiri pun tak tahu jugak. Ketiadaan arah lah. Rindu giler kat Kelantan. Balik takat 2,3 hari memang tak puas.

Oh satu lagi. Ini memang penting. I miss my friends. You heard me, I MISS MY FRIENDS! Sometimes I wonder, kawan-kawan aku tak teringat ke kat aku? Maklumlah, aku ni sape. A nobody. An underdog. Jobless. Penniless. Funny thing was, baru ni secara kebetulannya, semua kawan yang aku teringat sangat-sangat tu semua dapat baby. Baru bersalin, tengah peknen. Kebetulanlah. Selaku a person yang lebih rendah levelnya, aku rasa memang aku tak deserve untuk diingati. Sengal kot pompuan ni.

K bai.