Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, April 29, 2014

#1112 Me Vs Viral Pulut Mangga

Bila takde idea nak mengarang, kita update entry pasal makan-makan. Harus kencang kan. Haha. Like I said, skang ni tengah tak lalu makan. Perut lapar tapi takde idea what to cook. In another word, tak tahu nak makan apa. Weekend memang haru lah. Dah la tak lalu tapi nak kena pikir lauk apa yang bakal dimasak dalam seminggu ni. Baru la tahu apa yang perlu dibeli kan. Once in a while membeli-belah secara boxoffice lah. Kekonon macam banyak je menu tebabo nak buat kan. Padahal tekak tak lalu.
Gambar-gambar dalam entry ni kompilasi banyak minggu dah. Kekonon nak suruh lalu makan sikit kan, beli la ikan siakap. Umah aku ni ikan siakap beli jarang-jarang je. Aku masih beranggapan ikan jenis-jenis ni disuntik dengan formaldehid aka pengawet mayat. Krik krik kriiiikkkk.... Tapi mokcik beli jugak. Dasar penakut berkala kan. Satu perkara best kalu beli ikan besar kat pasar ni, kita buleh suruh apek tu siangkan terus. Senang dah keje aku kat situ. Balik cucikan aje. Sisik pun siap buang dah. Ikan ni aku bakar tawar je aritu. Makan cicah air asam untuk encik Jack. Aku cicah maepranom. 
Soto ni aku buat time encik Jack pegi meeting Shah Alam aritu. Dia kureng sikit masakan bersup-sup ni. So, aku kalu nak makan, time encik Jack takde je la. Kalu dia ada pun aku makan jugak kalu teringin haha. Dulu kakak ipar aku tukang supply perencah ni tiap kali dia balik kampung laki dia kat Johor. But now Tesco dekat umah aku dah ada. Aku tak buat stok dah pun. Perencah ni magic sikit. Bila aku makan kat umah kakak ipar, aku rasa sedap giler. Tapi bila aku buat sendiri kat umah, tak sesedap tu. Hahaha... Dasar pemalas semua nak cheapskate mana la nak sedap kan. Hahahaha... Tak.... Makan kat umah dia sedap sebab makan ramai-ramai... Mak aku la yang selalu cakap macam tu.
Kerabu sotong ni menu last weekend. Kurang kick kerabu sotong aku. Sebab buat banyak kot. Aku ni kalu masak apa-apa in large portion mula la ke laut biru measurementnya. Sayang pulak kat sotong. Oh speaking of sotong, aku dah lama tak makan udang. Udang kat sini mahal nak mamP... Yang halus-halus orang buat cucur udang tu pun dekat doploh inggit sekilo. Mak ai.... Dah pupus ke udang kat Malaysia ni.
Ni paru goreng berempah harimau menangis bak kata Iron Chef. Tapi ni aku guna resipi Puan Menteri. Nak resipi?(untuk anggaran setengah kilo paru yang dah direbus). Blend semua bahan, jangan lumat sangat. Nanti keseksaan nak menggoreng dengan serdak yang sangat banyak. Aku makan ni cicah dengan maepranom.

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan (yg halus)
1/2 sudu teh jintan (yg kasar)
cili kering
garam kunyit

A confession: Aku tak pernah makan pulut mangga. Kat fesbuk aku tengah viral gambar orang buat pulut mangga ni. Tak boleh jadi. I is terliur. Mangga beli kat Tesco ada 2 bijik lagi. Manis giler. Nyesal tak beli banyak. Banyak kali terkena beli mangga kat Tesco masam. So, aku tak ambik la banyak just to play safe. Sekali, manis giler la pulak...... 

Citer pasal pulut mangga ni kan.... Makanya menggoogle lah mokcik yang tak pernah buat pulut mangga ni. Series, memang aku tak reti. Tanak pulut tu pernah la. Tu pun jarang-jarang sekali. Kekadang terhangit. Kekadang terlembik. Dilema tanak pulut sikit pakai periuk nipis camtu la. Semua yang aku google cara-cara nak buat pulut mangga tadi guna kaedah kukus. Hoh. Aku mana ada pengukus. So, aku try derhaka tanak cara biasa. Hangit lagih. Tapi takpe sebab aku memang standby siap-siap dengan plan kontigensi. Disebabkan hangit kat dasar periuk tu belum kronik lagi (maksudnya bau hangit tu belum berjangkit ke biji beras yang berhampiran) aku pun pindahkan beras-beras yang masih boleh diselamatkan ke penapis santan. Kira aku mekgaiverkan penapis santan tu atas periuk berisi air jadi steamer lah. #Derhaka lah lagi!

Sepatutnya kukus beras pulut tu tak campur apa-apa lagi. Bila dah masak baru gaul dengan santan. Tapi disebabkan aku dah derhaka sebelum tu, aku dah tanak dengan santan siap-siap ala-ala nak tanak nasik lemak. In the end still get the same result. Masak jugak pulut tu. Lembut jugak nye. But longer way lah. Haha. Itulah citernya aku yang festaimer mengukus pulut hari ni. Next time konfiden lah aku nak kukus pulut. Kalu ada serunding buleh buat pulut panggang dah ni. Hoho... Besar sungguh cita-cita.
Esok lusa Bos IBM nak mai Penang. Adam dah banyak hari dok tanya bila ciklong dia nak mari. Bos IBM dah kasi esaimen siap-siap kat aku suruh buat-kuah rojak buah satu tong. Wohohoo... Buleh, buleh... Gula kawin adik ipar ada banyak lagi buleh la buat 2 tong pun hahahaha....
Puan Menteri tengahari tadi dah sampai Tioman. Oh jelesnya!!!! Sangat ingin pegi Tioman lagi! Tapi apakan daya jauh yang amat. 

No comments: