Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, April 30, 2014

#1113 Me Vs Bos IBM Is Here

Bos IBM tiba kat umah aku kul 6 lebih. Hadoi bas skang ni slow nak mampus. 6 jam from KL to Penang. Keluar janggut orang yang menunggu ketibaan ni. Zaraa satu hari tak tido. Macam tahu-tahu je cik long dia nak datang. Jenuh la aku nak kena melayan dia potpetpotpet sepanjang hari sepanjang masa aku dok housekeeping ni... Hoyeh, aku time orang nak datang baru terhegeh-hegeh vakum sana sini pasang cadar lap habuk bagai. Apa kau ingat semua housewife nak kena rajin ke bab tu. Kihkihkih...

Petang tu nampak Zaraa dah nak layu. Padahal Bos IBM dah nak sampai dah. Heret dia main kat porch la, main geletek-geletek la tak nak bagi dia tido dulu sebelum Bos IBM sampai. Hohoho jahat tak aku. Tak tido lah dia. Adam memang dah sedia eksaited banyak hari dah dok tanya bila cik long dia nak datang.

Disebabkan Bos IBM tiba kat umah aku dah nak maghrib, dinner tu kitorang makan simple-simple je la kat umah. Nak makan kat luar kesian Bos IBM penat tak hilang lagi. Encik Jack pun tengah hilang deria rasa dek selsema. Kita pekena ikan singgang dengan budu je lah malam ni. Esok-esok lain kira la tempat makannya.. Hehehe..
Tadi masa mula-mula sampai aku hidang air dengan pulut mangga. Ye, harini gigih mengukus pulut mangga sekali lagi semata-mata nak jamu VVIP aku sorang ni. Kelmarin dah ala-ala separuh merajuk sebab aku buat pulut mangga tak tunggu dia. So, hari ni buat la sekali lagi nak bagi dia rasa. Hekeleh, makan semulut dua je... Tak sedaplah kot? 
Mek ni, time orang lain dinner, dia dah tido... Ingatkan tidolah sampai ke pagi esok since hari ni satu hari tak tido sejak celik mata bangun pagi. Tido sejam je. Kul 10 camtu dah bangun. Hah, nak tunggu dia tido balik memang bersilat lah. Orang lain masuk tido kul 12 lebih tu dia dok galok lagi dalam gelap sorang-sorang.... Sugar rush sesorang pun jadi dia ni.

Malam ni dan seterusnya sepanjang Bos IBM kat sini Adam akan tido dengan cik Long dia. Saje aku suruh dia teman cik Long dia. Umah aku ni kan sunyi... Suka la dia....

Esok kita start marathon JJCM. On your mark.......

No comments: