Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 1, 2014

#1114 Me Vs Mengetest Qasar Hadramawt Bandar Perda

Pagi ni breakfast beli kat pasar Seberang Jaya. Senang, kat situ banyak choice kuih muih dengan hidangan makan pagi. I got my lepat pisang. Alhamdulillah... Nak buat macam leceh pulak nak kena beli daun pisang yang sekilo entah berapa harganya. Nak pakai 3 jengkal aje pun. Baik lah beli.
Lunch, Encik Jack bawak pegi makan nasi Arab kat Qasar Hadramawt Perda. Aritu ofis dia ada buat jamuan kat situ. Sedap katanya. Big portion, satu pinggan tu buleh makan 3 orang. Kitorang order lamb madghout... Lamb setengah kilo. Perghhh... Memang sedap gilos la nasik dia... Tak keterlaluan kalu aku kata nasi berperisa yang paling sedap aku pernah makan seumur hidup. Nasi dia very moist and flavourful. Tapi agak masinlah rasanya untuk penghidap darah tinggi macam....macam....macam...Encik Jack... Hahahaha... Sup dia pun masin... Emmm.... Tapi sedap. Masin, lamb. Dua-dua 'ubat' darah tinggi. You have my point here. Tapi apa nak buat, memang sedaplah. Satu dulang nasi dia hantar tu, habis licin kitorang hadap. Adam pun makan bertambah. Zaraa, takyah citer la.
Isi lamb pulak, nak citer memang perfect lah. Time aku makan tu ada gak la terbau kekambingan sekali sekala. Tapi mak buat derk je sebab terlampau sedap. How would you expect lamb to smell like peach? Kalu dah keturunan kamben tu kamben la bau dia kan... Dapat makan isi lamb yang falling off ni, memang tak toleh kiri kanan lah... Alhamdulillah.... Satu dulang nasi plus lamb ni harga dia RM29 (lamb yang setengah kilo lah) Sup dengan salad kitorang add on. Jus tembikai satu jag. Tengok dalam blog somebody, satu jag tu cost for RM16. Overall rasa sangat berbaloi la dengan harga dengan sedapnya... 
Kedai cantik, lokasi pun reachable, harga berpatutan, tapi yang sedihnya hidang gelas plastik je kat kitorang.. Tak sure la gelas plastik ni untuk orang yang order satu jag air atau cane. Sebab aku usya pelanggan lain depa serve dalam gelas cantik. (air lain a la carte lah, bukan tembikai satu jag macam ni). Terasa macam diperlekehkan pulak makan kat kedai tapi depa serve pakai gelas plastik yang orang buat open house pun tak guna ni. Kecik dan nipis giler... Macam gelas orang jual kelapa jeli tu... Terkejut aku masa mula-mula dia letak gelas tu depan kitorang.

Second thing yang sakit mata memandang adalah bab uniform pekerja. Yang muka pak-pak Arab kerja belakang tabir mostly semua pakai uniform. Tapi yang Melayu keje ambik order dengan tukang serve pakai baju biasa-biasa la pulak... Tak synchronized lah. Yang membezakan dia tu staf dengan pelanggan cuma apron kat dada aje. Tak syoklah macam ni. Kalu ni 'Restoran Sejati Gemilang' tidaklah menampakkan cacatnya. Tapi since kau dah bukak kedai makan sebegini eksklusif, tak cantiklah pada mata pelanggan kalu tengok staf ada yang pakai uniform, ada yang pakai ikut dan. Kena jaga la juga nama dan exclusivity kedai tu. Just my two cents lah..
Balik makan tu, semua tergolek.. Kenyang yang amat. 2 beranak kat atas ni dalam keta lagi kroh-kroh-kroh. Tak pelik lah.  
Petang, Bos IBM tusyenkan Adam matematik. Seronoklah dia Cik Long ajar. Dia ingat cik Long dia ajar tak garang macam aku. Ko rasa? Hahahaha... Dua kali lima je derrrrr.. Minggu depan dia ujian. Jadual ujian cikgu dah kasi. Tak tahu lah... 
Bila orang sibuk ajar Adam, Zaraa pun macam biasa la join sibuk sekali..
Petang ni berjalan lagi! Hehehe... Semenjak Bos IBM ada ni memang tak lekat kat umah la. Rindu umah ni kat aku 2,3 hari ni. Encik Jack ajak pegi Pantai Bersih. Ikutkan aku, nak pegi R&R Bagan tu je... Tapi dia nak melencong ke Pantai Bersih, mak ikut je la... Bawak bubble gun, boleh lah main buih sampai habis pun. Biar puas hati terus. Habis bateri pun takpe. Kalu kat umah ni, leceh kalu bagi diorang main habislah tumpah bubble segenap lantai. Bubble solution ni pulak sangat-sangat slimy... Basuh banyak kali baru tanggal kesan licin dia tu.
Kat sini memang diorang boleh bebas la main tanpa dengar tiupan wisel aku. Hahahaha... Sebenarnya harapan menggunung datang makan angin tepi pantai ni nak mencekik binatang celup tepung. Atau paling tak pun, dapat goreng pisang pun jadi lah. But sadly, orang Pulau Pinang takde sorang pun yang jual kat sini. Tak reti makan ke. Yang ada tepi pantai cuma tomyam, nasi ayam dengan cucur udang. WTH!? Terus rasa hambar. Apa lerrr.... Kalu Kelantan, serbamaknikatoknenek ada jual sepanjang pantai atau tempat-tempat menarik. Jagung rebus, etak, goreng pisang, goreng ubi, goreng tapai, keropok lekor, jeput malah, just to name a few. Makanan kudapan buleh didapati dengan mudah. Tapi kat sini, agaknya pengunjung pantai cuma datang nak makan kenyang-kenyang aje. Tak reti makan mengudap. Kesian.
Balik main bubble, malam dinner kat Nash Donut. Hahahaha... Bajet nak serang burger Abang Burn tapi tak bukak lah pulak. Dah kaya la agaknya cuti-cuti ni nak tutup kedai apa kes. Tu yang melencong ke Nash tu. Food biasa-biasa aje. Tapi ambience dia sangat selesa la. Sebenarnya lebih baik dine in air conditioned place daripada kedai biasa. Why? Ini pendapat peribadi aku lah, kedai takde ekon ni pelanggan (specially LELAKI) adalah sangat rude. Why? Sebab diorang merokok asap berkepul-kepul datang ke arah kita yang makan dengan anak-anak kecik ni. Annoying ok. Aku memang depan-depan aku kipas-kipas asap tu arah dia balik. Biar reti lah. Nak puffing-puffing, masuk jamban tu merokok puas-puas dalam cubicle tu. Dah sah-sah kau hisap, ko sedut asap tu, ko sendiri mati. Tak menyusahkan orang. Giler rude and selfish. Tahu nak lepas gian je. Membahayakan orang lain tak nak tahu ke. Secondary smoker lagi cepat mati kot. Agak-agak la.
Having a smoker who puffs comfortably next to my table is really pissing me off.... Dah apa kaitan pulak dengan entry ni...

No comments: