Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 2, 2014

#1115 Me Vs Nasi Ketam Pak Su

Hari ni sekolah ke tidak? Hohoho... Memang kitorang have no clue. Just to play safe, siapkan jugaklah dia pegi sekolah. Kalu tengok takde orang, balik umah semula. Hahaha... Susah kan. Nak wassap cikgu dia, macam segan lah pulak. Apa kata cikgu dia pulak. Kejap-kejap wassap, kejap-kejap wassap. Macamlah cikgu dia takde keje lain nak jawab soalan kitorang. Adam memang tak nak pegi sekolah. Tengok orang ramai-ramai kat umah ni haruslah dia nak dok umah aje. Daddy pun ambik off hari ni.
Pagi ni breakfast makan wraps yang Bos IBM bawak dari KL. Hoho macamlah sini takde. Time dia ada ni bestlah aku ada partner in crime untuk makan cara barat ni. Kalu ngan encik Jack asyik nasik lemak nasi kerabu nasi dagang bihun goreng kuey teow goreng mi goreng nasik goreng je lah...
Makanlah ala kadar dulu. Lunch karang kita mencekiklah sampai puas. Target lunch adalah di Warung Nasi Ketam Pak Su yang femes emes kat Kuala Juru tu. Hoi dah berapa tahun aku tak pegi. Lama dah tak makan ketam di bumi pulau mutiara ni. Lepas semayang Jumaat kitorang terus pegi. Elok sangatlah perut lapar-lapar tu. Masing-masing mencekik tak hengat. Budak-budak makan mi sup masin.
Yang dewasa makan kerang bakar, siakap bakar cicah air asam dengan nasi ketam. Mau nak terbuntal 3-3 makan macam tak jumpa makanan 3 hari. Food was good. Kerang dia besar-besar. Tapi aku tak makan. Air order satu jag jus epal. Airnya sampai awal sangat. Food was serve late (tak paham aku, pelanggan kitorang je time tu, kuah ketam ni rasanya dah readymade satu kawah, just add on masa pelanggan mintak tapi lama giler tunggu diorang serve..part tu yang bosan) Bila makanan sampai, air dah tak sejuk. Ketamnya pulak pedas giler walaupun pedas-pedas manis. Choilah di situ.
Makan ketam memang best. Satu pinggan 3 ekor seorang. Orang lain aku tengok order satu pinggan ketam ni share makan. Kitorang bantai sepinggan sorang! Hambik! Isi pejal-pejal. Siakap pun best. Tapi yang tak best bila makan macam ni, bila kehadiran angkatan lalat tak diundang. Macam makan kat Somalia pulak rasa. Terganggu jugak lah time tengah naik syeh nak makan tu tangan kiri kanan nak kena tebah lalat. Kalu yang ada reket letrik tu, bawak lah. Seriusly. Serabut giler lalat. Kedai bersih tapi nak buat macam mana makan benda macam ni memang attracts lalat. Agaknya kalu orang Korea datang makan ketam kat sini tak lalu lah tengok. Hahaha...
Kenyang melantak, balik umah gomo colek pauh pulak. Mangga ni Bos IBM bawak dari umah Puan Menteri. Dari KB-KL-Penang mangga ni travel. Naik keta-flight-tren-cab-bas-keta baru sampai umah aku. Jauhnya carbon print dia. Bila makan colek mangga dari pokok puan Menteri ni, teringat lah kat BIL aku yang bongsu tu. Dia suka benar colek pauh gergasi Puan Menteri. Suka mengalahkan anak dara makan colek. Bos IBM mintak aku buatkan kuah colek ni untuk dia bawak balik. Boleh, boleh....
Orang makan colek, dia jilat. 
Nasi ketam harini Bos IBM belanja. Tengkiu Bos IBM. Susah-susah aje.. Hihihi... Nanti kalu aku kaya, aku belanja mu pulak. Kelmarin bau kamben satu umah. Hari ni bau ketam pulak.... Esok bau apa pulak ye... Bestnya tak payah masak banyak hari dah.... Being a housewife yang keje masak tiap hari bekerja ni, dapat off day tak payah masak ni kira luxury lah sangat-sangat. I likeeeeee!!!!

No comments: