Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 3, 2014

#1116 Me Vs And He Is 7

Today Adam turns 7. Berat rasa tanggungjawab bila anak dah masuk 7 tahun. Dah kena smayang, dah kena tido asing, dah kena mengaji quran. Semua yang 'kena-kena-kena' tu tak berjaya lagi. Macam mana tu?!
Bos IBM bising kata aku patut google tempat JJCM sebelum dia datang lagi. Hoyeh. Aku memang failed bab mengugel tempat cari makan. Maklumlah mentaliti aku dah terdidik, sedap mulut orang belum tentu sedap mulut aku. Nak buat macam mana Puan Menteri dah asuh aku dari kecik macam tu. Pisssss!!!! Memang aku tak reti dan tak minat menggugel JJCM kat Penang ni. Walaupun aku tahu mungkin ada je tempat yang ok. Ada la jugak try buang tebiat gugel tu. Tapi dah terkena banyak kali bila pegi kat kedai yang orang kata sedap tu tak sedap kat mulut aku. Senang cakap, bukan specialty aku lah gugel bab JJCM ni. Aku pandai gugel pasal benda lain. Full stop.
Hari ni celebrate birthday Adam kat Damiral's Grill. Second time datang. First dulu datang masa anniversary ke berapa entah, masa Adam kecik lagi. Masa tu aku dok kat kondo Perda tu lah. Dulu order stik. Memang tebal lah dagingnya. Kelas-kelas macam dalam citer Korea tu lah.. Memang kelas dunia lah. So, kali ni bawak Bos IBM datang sini lah. Bos IBM ni khatam bab western. So kalu nak belanja dia makan western you better choose the best one. Harap dia puas hati la makan kat sini...
Bos IBM order Oriental Chicken Chop. Dia kata ok. Aku try pun sedap. Salad dia pakai dressing vinaigrette. Sos blackpepper. 
Birthday boy? Birthday boy makan fries je. Untung kan belanja dia? Orang lain yang birthday, orang lain yang makan sedap. Tapi banyak jugaklah dia makan. Kira boooooleh la... Payah kan nak tengok dia makan.
Tengok choc milkshake yang encik Jack order ni buat aku terfikir nak buat sendiri kat umah nanti. Ice cream ada. Susu pun ada. Why la tak pernah terfikir pun nak buat? Oh balik ni mesti buat. Choc syrup nanti gugel resipi. Semua bahan dah ada kat umah..... why why why..... Kena buat kena buat. Put in #1 To do list.
Encik Jack order New Zealand Rib Eye Steak. Awat nipis je? Steak aku order dulu tebai giler. Ke rib eye memang style nipis? Hoho... Encik Jack kata sedap dan daging tak liat. Entah, aku tak try dia punya.
Aku punya, Salmon Oreganato. It's a grill salmon fillet, served over spinach and vegetables, with rosemary potatoes and oregano orange and butter sauce. Yummmmm... First time makan salmon. Oh ini rasanya salmon ye. Kenyang jugak lah sekeping tu tebai dengan sayur mayurnya lagi. Ingatkan potatoes yang dimaksudkan ubi kentang bulat-bulat tu. Rupanya fries je... Tipah tetipu. Tapi sos orange dia sedapppppp sangatttttt! Tak tipu. Satu pinggan harga RM19.90. Berbaloiiiiiii. Tetiba buang tebiat teringin try salmon ni tak menyesal la hari ni. Nasib baik sedap. Alhamdulillah...

Keluar Damiral Grill, kitorang ke kilang jeruk kat Bukit Mertajam... Bos IBM borong jeruk nak bawak pegi Tioman nanti... Hohoho... Baru ni pikul mangga bawak mai sini. Balik KL pikul jeruk pulak. Nanti pegi Tioman pikul jeruk lagi.... Payohnyo nok jupo adik beradik ni...

Balik umah smayang Zohor then keluar hantar Bos IBM ke terminal bas Butterworth. Nak balik dah dia... Sunyi pulak lah umah aku. The kids surely misses their aunt greatly. So do I. Sobs.

No comments: