Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 13, 2014

#1117 Me Vs Miserable Virus

I had a miserable week. Sejak Bos IBM takde ni, semua orang down with flu.. Either Adam or Zaraa lah yang start dulu. Setahun dua ni memang jaranglah start selsema dari diri sendiri. Always jangkit dari budak-budak ni. Zaraa batuk, selsema and demam. Adam batuk dengan selsema. Me and their daddy selsema.
One thing yang aku perasan sejak diri makin nak mereput ni, ketahanan tubuh dah makin menurun. Is that normal? Dulu masa zaman anak dara, setakat selsema tu apa lah sangat. Ubat pun tak pernah makan. Rilek je selsema. Apa nak kecoh sangat takat hacum-hacum-hacum je. Pandai datang, pandailah dia pergi. Macam tu lah yang aku rasa. Takde masalah langsung. Makin suka ada lah. Sebab time selsema suara jadi sengau-sengau Shima... Sape tak Teringin kan...
Tapi sejak diri makin mengalami penuaan ni, selsema pun rasa macam hazab giler... Tak tahu la masalah utama adalah sinus ataupun memang tubuh aku makin lemah. Skang ni tiap kali selsema memang habis sakit satu muka. Especially the T-zone. (oh iklan pencuci muka zaman skang ni dah tak buat aksi T-zone ek?) Dahi sakit, hidung sakit, mata sakit, gigi sakit, lidah sakit, kepala sakit. The whole head is throbbing... Dan yang terkini, telinga aku jadi kurang dengar. Sound effect pulak dah. Nak kata berdengung tak jugak. Tapi tak berapa dengar lah. Puas telan liur tak dengar-dengar jugak. Tak pernah jadi macam ni. Dugaan...
Seminggu lepas aku makan ubat. Tapi sebab tak tahan mengantuk lemah gemalai longlai sotong kurita segala, I stop taking medication. Tak boleh buat apa, asyik nak tido je derrr. Sel-sel otak gagal berfungsi dengan baik. Masak pun mamai-mamai... Bila mata asyik nak tertutup tapi budak-budak ni nak macam-macam mula la aku naik darah. Mak pulak yang cranky. Dahsyat skang ni. Even makan pcm je pun aku buleh lena. Teruk, teruk. Zaman muda-mudi dulu takat makan pcm tak pernah-pernah aku mengantuk. Parahlah tubuh aku ni skang. T_T
Zaraa baru lepas kebah demam. Alhamdulillah. Demam-demam pun selera makan ok. Aktif macam tak demam. Cuma susu aje yang kurang. Bancuh 4oz pun banyak kali buang. Kurus lah sikit aku tengok dia tu. Nasi memang dah lama tak makan. Dia makan benda kudap-kudapan aje. Janji ko makan dik.
Minggu ni macam-macam sakit muka aku ni, makan pun tak berapa selera sangat. Potong stim nak makan time lidah sakit. Hidung tak berfungsi. Everything becomes miserable. Makan pun tak syok. Minggu lepas makan nasi Arab Qasar Hadramawt tu sedap giler rasa. Minggu ni pegi lagi. Dengan macam-macam sakit yang aku ada ni, nasi yang sedap minggu lepas dah jadi tak sedap minggu ni. Hok aloh.
Dalam tak lalu makan ni, kena la gula-gulakan mata biar tekak tergoda sikit. Tengok kat Tesco baru ni ada yellow tag untuk salad ni. Sebenarnya aku nak cari iceberg je untuk buat nasi ayam. Tapi kebetulan salad iceberg tu habis. Yang ada cuma mixed coral salad ni je. Alang-alang ada yellow tag ni, belilah sesambil nak feeling-feeling macam makan samgyupsal! Hahahaha... Tapi imagine versi bukan pork belly lah ofkos..
Maka terhasillah nasi ayam versi beradong macam ni. Tomato pun aku tak beli asing lah since dalam pek ni dah ada cherry tomato ni. Sekali bila makan, encik Jack kata tomato ni sedap. Takkan tak sedap kot kalu dah mahal dari tomato biasa. Aku ingat dulu si siao po Irene tu suka benar beli tomato ceri ni makan cicah garam malam-malam sambil main game kat komputer, sambil buat assignment. Suka benar dia. Macam makan rojak buah. Krup krap krup krap dia makan. Rindu kat siao po itu.
Tengok gambar ni teringat mishap minggu lepas. Tengok lah muka selamba dia. Baru lepas kena marah tu. Dia kunci aku dalam bilik air dari luar. Nasib aku lah kot dapat anak-anak yang berhobi aneh macam ni. Dulu Adam. Now dia pulak. Nasib baik hari kejadian tu bukan time memasak. Kalu tak, nak tunggu buleh keluar tu hangus rentung lah apa-apa atas dapur tu. Almost 20 mins jugak kot terperangkap tu. Dia pandai kunci tapi tak pandai bukak.

Punya la aku ketuk-ketuk pintu dari dalam panggil dia suruh release the latch. Dia cuba 2,3 kali tak berjaya terus blah keluar tengok tv. Bertuah punya budak. Bila aku bising-bising panggil dia, boleh pulak dia jerit dari jauh Bising! Bising! Bising! Hahahaha.... Last resort, aku hulur tangan dari bawah, heret dari dalam. Terkopak la selak luar tu. Small matter, nanti boleh pasang balik. Janji, aku boleh keluar. Ni lah untung pakai pintu plastik. Senang nak lolos.

Cepatlah flu go away... I want my hearing back..

No comments: