Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 22, 2014

#1118 Me Vs The Results

Ini citer basi. Result exam Adam dah keluar. Masa aku susun buku ikut timetable tu, jumpa la kertas ujian dia yang dah tanda ni. Aku nak jadi parent yang memahami sebaik mungkin. Kalu boleh tak nak bagi dia pressure. Darjah satu je pun kan. Bukan nak ambik SPM ponnn... Itu kalu ikut rasa aku sendiri lah. Tapi bila dah masuk dalam family encik Jack yang scorer tahap tereris ni, memang tak boleh nak lembut hati sangat.

Seingat aku dulu masa aku sekolah rendah, sekolah menengah pun, aku pun bukan scorer jugak. I'm a last minute kind of person. Awal-awal memang mellow. Tapi bila nak sampai towards the end tu aku ada inisiatif sendiri untuk majukan diri. Time tu lah aku pulun burning midnight oil orang London kata. Dari mellow terus gear up ke heavymetal. Awal-awal tahun, dalam report card banyak je tulisan merah-merah. Graf pun merah-merah. Tapi akhir tahun top 5 dalam kelas. *bukan tiap tahunlah tapinya. Hahahahaha...

Masa form 2, sekolah aku umum nama pelajar yang dapat tempat 2 pertama dengan 2 tercorot tiap kali result ujian keluar; masa perhimpunan. Aku masa tu belajar main-main je. Form 2 la katakan. Nak kecoh apa kan... Sebab seumur hidup aku masa tu semalas-malas aku pun, tak pernah la dapat nombor 5 tercorot. Rasanya. Ada sekali tu nasib tak baik, aku dapat nombor 2 last dalam kelas. Memang kena announce la nama kat perhimpunan. Mak sedara kesayangan pulak cikgu yang ajar Matematik kelas aku. Dush! Dush! Dush! Pastu mak sedara aku cakap dia malu lah kat cikgu-cikgu lain, mak sedara kemain otai Math, anak sedara pulak class drop out. Hohoho... Aku memahami perasaan mak sedara aku ketika itu. Lepas tu aku belajar la bersungguh sikit. Tetiba final year exam form 2 tengok dalam report card, aku dapat nombor 1. Terperanjatlah haku. Rasa macam takde la study mana sangat. Tapi aku rajin la stay up. Study bertemankan Radio Muzik. Malam-malam dengar Pilihan Bersama. Cheyyyyywah..

Aku ni memang pandai... Tapi malas belajar. Bila aku usaha sikit, memang berkilaulah hasilnya. Tapi tu lah. Sifat buruk sukar dikikis aku adalah MALAS. Masa darjah 6, trial UPSR aku dapat 1A je kot.. Biasalah anak manja... Agaknya mak aku pun takde la berharap mana kat aku berbanding kakak dengan abang aku yang sememangnya lebih excel dari aku. Tapi masa hari result keluar mak aku ikut masuk sekolah tengok result aku. Tatau la dia rasa apa. Me? Aku rasa fuuuuuuu... Nasib baik A semua... Sebabnya aku ni ada 2 sepupu yang sama umur dengan aku. Sorang pompuan, S, sorang lelaki, A. Kalu tak cukup A tu matilah aku kena banding-banding dengan sepupu aku yang lain. Dan sememangnya aku selalu bersaing dengan Puan S. Mak aku selalu ugut aku dengan membanding-bandingkan prestasi pelajaran sepupu-sepupu aku tu. 

Masa form 3, memang study main-main lah aku ni. Or at least itu lah yang orang lain nampak pada usaha aku. Aku study tengah malam mana orang nampak. Hahahaha. Again, masa trial dapat berapa bijik je A... Mak aku pasrah dah... Math selalu bukan A. Padahal mak sedara sendiri bagi perhatian ajar lebih dari ajar anak raja. (have I told you dari kecik aku tak suka Math? hahahaha) Masa tunggu result PMR keluar tu, mak aku tersasul, dia punya la tak yakin aku buleh dapat straight A's... Dia cakap kalu aku dapat 8A, nak belanja KFC Barrel. Agaknya rasa selamat la kan sebab aku ni high probability takkan dapat 8A. Hahahaha.... Sehari sebelum result official keluar, otai-otai kat PPD dah bocorkan maklumat kat aku. Isyh... Macam tak percaya lah... Takkan lah aku sepandai tu kot..... Esoknya pegi sekolah cikgu pura-pura marah aku sebab aku sorang je dalam kelas tak dapat 8A  katanya... Siot je... Dapat je slip result, terus  T_T..... Malam tu, mak aku pulak menanges kena beli Barrel... Hahahahahahha... Aku tak kecik ati pun mak aku tak yakin dengan aku. Sebab aku sendiri pun tak tahu potensi diri aku boleh pegi sejauh mana. Hahahahaha... Pendek citer, malam tu kitorang kenduri KFC lah...  Nasib baik aku tak letak harga satu A satu ratus. Ringgit.
Bila tengok result ujian Adam ni, BI dia lagi tinggi dari BM. Macam aku dulu lah. Minat English. Kertas Math je belum tengok. Entah apa la dia kira. Sebelum ujian tu ada buat ulangkaji dengan dia. Tapi biasa lah, blur-blur tetap ada no matter how much of exercises dah cover. 5-5=0 dia tahu. 5+5=0 pun selalu jugak dia buat mistake. Walau pun dah banyak kali aku explain by words, by visuals... Agaknya dia tak boleh digest lagi kot. Bagi dia, nombor sama tak kira tambah or tolak, akan keluar jawapan kosong. Sudaaaaah.

Ujian bahasa-bahasa ni overall takde masalah. Baca boleh. Tulis boleh. Tapi kalu suruh susun ayat berdasarkan petikan gambarajah macam kat atas ni, memang kucar-kacirlah. Dia ni jenis tak sabar. Nak jawab soalan, semua nak cepat-cepat. Dah berterabur markah di situ.
Lepas tengok markah ujian dia ni, I told myself to be cool and thankful for whatever he gets. Aku yang sekolah belajar pandai pun ended up jadi macam ni je. Kawan-kawan aku yang masa sekolah dulu belajar selalu corot, skang ni jauh lebih berjaya dari aku tak kira la apa kerjaya sekalipun. Sekolah bukan segala-galanya. Eh, salah ek... 

1 comment:

jie @ azie said...

assalamualaikum teh,
darjah 1 masih blur2, bila dah darjah 2 ada perubahan skit. sama ngan anak aku, darjah 1 mmg blur dengan sek agama lagi. Bila dah darjah 2, dah ok skit :)