Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 24, 2014

#1119 Me Vs Semperab

Lama dah teringin nak makan semperit tapi tak tahu nak beli kat mana yang sedap. Lama jugak dah tak baking-baking. Bahan ada, tapi acuan takde. Pegi Tesco baru ni tak jumpa acuan tu. Last-last aku buat jugaklah semperit aku ni walaupun takde rupa semperit langsung.
Mula-mula buat leper-leper macam choc chip cookies tu but then bila masak nak cungkil terus bersepai semua. Resipi Mat Gebu ni memang gebu gilos. Last-last aku buat bentuk bulat bak biskut arab je senang. Bila masak tak hancur berderai. Nak pegang kena hati-hati takleh berkasar langsung. Manja betul. Masuk molot tak sempat nak ngap dah cair... Ececey... Festaim seumur hidup lah ni buat semperit aka biskut dahlia. Cuma pada firasat aku resipi Mat Gebu ni tawar sikit. Kalu tambah gula sikit, ok.
Tak sangka pulak budak-budak ni makan. Makanlah 2,3 bijik sekali hadap. Kira booooleh la tuuuu dari tak makan langsung kan. Tadi pegi pasar tengok ada orang jual plastisin. Singgit sekotak. Beli la kat Adam. Seronok la diorang. Senang keje aku hari ni. Keep them busy setengah hari tak harass aku. Hahahaha... Lepas diorang bosan, mula la buli aku suruh buat bentuk macam-macam....
Santek tak ayam mak? ;p
Adam semenjak dua menjak ni nak makan nasik. Tapi nasik putih je la. No lauk. No kuah. Boleh pulak dia makan sepinggan habis. Tak tahu nak kata lah aku dengan budak ini. Asal dia makan je. Milo siang malam memang ada lah dalam fridge aku buat siap-siap. Sehari 2,3 gelas lah dia minum. Pegi skolah still tak nak bawak duit. Bekal pun tak nak. Hoho...
Pegi kedai DIY minggu lepas masa nak cari acuan semperit tu, nampak barbie tipu ni. Sekor 2 ringgit lebih je... Hahahaha... Aku beli la kat dia. Umur nak dekat 3 tahun baru kenal anak patung hoho. Sebelum ni yang Aleesya punya bukan dia nak main sangat pun. Baru ni masa pegi umah jiran aku, aku tengok dia bersungguh main doll anak jiran aku. Sangat umi-umi lah dia. Tu yang try beli barbie tipu kat dia tu.. Balik umah memang tak berenggang la dengan patung tu. She call it Sofia, as in Sofia The First.. Koya la mu nih Zaraa. Makan, tido, tengok tv, minum susu semua dengan Sofia lah lepas tu. Tengok gambar kat atas ni, nak makan kat meja pun letak Sofia kat tepi dia. Mandi pun sama. Tuan kering gegaring. Sofia habis basah rambut. Encik Jack used to teased her Sofia as Sepioh.... Hahaha... Maroh la mokcik!
Minggu lepas meroyan beli peep toe wedges la pulak. Try sesaje kat Tesco pastu terasa tak boleh jadi kalu tak beli. Beli lah. Nasib baik murah yang tak masuk akal. Tapi selesa nak mampos. Aku rasa kasut cap Jimmy Choo pun takleh se-selesa ni. Tipu. Aku mana pernah rasa kasut Jimmy Choo tu cemana. Disebabkan dah terbeli kerana nafsu ni, hehe... aku pakai dalam rumah je lah.... Lalalalala.... Hahahahahaha... Imagine lah aku gi-mari-gi-mari dalam rumah berhigh heel.. Kahkahkah... True story ni. Naik turun tangga kemas rumah vakum mop lap semua bersepatu tinggi. Bewitched sangat!

No comments: