Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 25, 2014

#1120 Me Vs Wall Sticker

Tetiba sehari dua ni naik syeh nak mendeko-deko rumah setelah sekian lama tak make over umah... Dah banyak kali aku bising-bising kat encik Jack suruh beli Nippon Momento nak cat dinding umah yang makin hari makin bertambah mural anak-anak aku ni. Lepas sehari ke sehari nan ado lah tindakannya. Sampai la ke hari ni. Entah jadi ke tak nak bermomento ni. Aku kira cat lebih praktikal dari wallpaper. Murah pun murah. Tak perlu hire orang, kita pun buleh buat sendiri. Kalu dah bosan, coat aje colour lain kemudian hari. Kalu pakai wallpaper ni leceh la kalu tertanggal, terconteng, nak tear off bagai... Kan...

Tapi masalahnya nak mengecat itulah.... Malas! Selaku Lady Boss kat umah ni ofkos lah aku mengharapkan encik Jack yang cat. Dulu dia bangga benar cat satu umah masa kakak ipar nak kawin... So why not banggakan aku pulak kan... Hahahaha... Tapi dia pun malas. Harapkan aku pulak. Haih. Tak bestlah kalu Lady Boss sendiri kena buat. Nanti aku jugak tukang catnya, aku jugak tukang masaknya, aku jugak tukang basuh kareb anaknya, segala-galanya aku kena buat meroyanlah mokcik. Momento ni banyak stage/coating baru complete. 2,3 hari la baru setel kalu nak cantik. (menurut sumber bacaan dari internet lah dari experience orang-orang yang pernah cuba Nippon Momento ni)

Frust hasrat nak bermomento tak tercapai, aku ubati dengan cuci mata tengok wall decal or wall sticker ni. Macam menarik lah pulak.... Momento tu pulls lots of efford untuk jayakan satu dinding. Kalu ko jenis tak seni, makanya effect dinding ko tu takkan menjadi macam yang sepatutnya. Berpeluh disitu. Kalu guna wall decal ni, tepek saje. (perlu kreativiti jugak).. Dalam banyak-banyak google images yang aku dah study, dapatlah aku simpulkan aku suka design pokok, dahan bunga sakura, dandelion dengan letters. Area yang aku nak make over mostly adalah belakang sofa dengan tv area. Nampak kosong je kan.

Dari hasil study aku tak seberapa dalam internet ni, yang aku tahu benda ni price ada macam-macam. Dari ringgit-ringgit sampai ratus-ratus ringgit. Ada saiz S,M,L. Makin besar, makin mahal. Makin 'lebat' design, makin mahal. Kualiti elok Korean made dari China made. Sebab buatan China dikatakan mudah tertanggal. Tak perlu alat khusus untuk kerja menampal. (kalu momento kena ada berus khas dia) Pastu transparent dengan tak transparent tu apa ye? Tak paham aku. Tanya kat fesbuk takde yang menyahut. Hmmm... Kat mana ek website jualan online wall sticker/decal ni yang boleh dipercayai? Teringin sesangat nak beli....
Berapa set nak kena beli baru dapat lebat camni...
Feeling nak jadi panda? Ni santek!!!!
Lady Boss kena ada ayat power camni dalam umah
Kalu ada sesape yang biasa dengan benda ni tolong kasi info kat aku boleh tak? Anything la.. Tips ke... Brand apa bagus ke... Aku mak budak baru nak berlajar pasal ni. Tak baek kedekut ilmu tawwww~~~

No comments: