Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 4, 2014

#1121 Me Vs Get Together, Dine Together, Stay Together

Kitorang bertolak balik Rabu lepas. Macam biasalah, tak berapa pagi sangat. And, budak-budak ni tak diinform dari awal nak balik kampung demi menjamin kesejahteraan minda masing-masing. Last minute packing sebelum keluar tu baru diorang perasan. Bila nampak aku isi kain baju masuk suitcase, excited la bertanya itu ini nak pegi mana. And, jawapan seperti kebiasaan aku bagi; nak pegi jalan-jalan. Hihi.. Selalunya Adam tu kalu masuk je highway Kulim tu dia dah tahu dah nak balik kampung. Cuma kampung yang mana aje dia tak tahu. Hehe...
Breakfast roti Itali yang blerrgghhh kat Subaidah then terus bertolak balik. Banyak pit stop hari ni. Mentang-mentang driver sendiri nak pegi toilet, kena stop la. Selalunya direct flight aje. Masa stop kat puncak Titiwangsa tu, kasi chan la bebudak ni ambik angin dingin kat situ. Zaraa dah muntah bergaya... Adam tadi sebelum bertolak dah suap ubat muntah siap-siap. Zaraa aku tak suap memandangkan dia selalu tidur kalu long distance. Kali ni tak tidur sangat, tu yang muntah tu. Anak-anak aku ni kalu bab muntah memang berdisiplin lah alhamdulillah. Sebelum muntah dia sendiri akan hulur plastik kat aku suruh bukak untuk tadah muntah dia. So, sempat lah bersedia untuk bertindak. Jarang sangat terkantoi dalam keta. Lagipun masing-masing dah masak benar dengan tuan punya keta ni. Kalu keta kotor, kena marah. Errrkk..

Tiba kat Apal time Zohor. Kali ni balik Apal dulu sebab Nik Pareh tak sampai KB lagi. So, spend time kat Apal dulu la dengan budak Diduan ni. Mak aiiii... Kat Apal punya la terik panasnya... Langit dengan bumi beza cuaca dengan kat Penang. Nasib baik tak migrain. Panas-panas ni memang bagai bersauna hidup-hiduplah dalam rumah. Zaraa macam pakai blusher merah-merah pipi kepanasan. Kesiaaaannn... Takpe la.. Nanti kalu umah arwah Papanik terjual, kita buh la ekon kat umah Wa... #1 wishlist In Sya Allah.... Malam pun asyik terjaga je budak ni meraung panas... Sabar ye.... Tunggu duit Nuffnang Mommy cukup, kita beli ekon. Errrkkk... Bila la tuuuu...
Bugatti Nik Pareh  dari keta aku..
Esoknya, terus balik KB. Sepupu-sepupu lain takde makanya boringlah anak-anak aku asyik mengajak balik KB. Kalu Duci dengan Kiki dengan ipad ada harus tak ingat Mamatuk khennnn.... Menjelang tengahari sebelum start panas balik, kitorang bertolak ke KB. Sampai kat Pasir Puteh tetiba Encik Jack cakap Nik Pareh kat belakang. Hoh, bila masa terkonvoi dengan dia ni. Tetiba feeling-feeling macam balik raya.. Hohoho balik kampung.... Hohoho balik kampung....
View Ferrari aku dari keta Nik Pareh.. Kehkeh..
Sampai je kat kediaman agam Puan Menteri, terus nampak ni.... Box office benar mangga Puan Menteri tahun ni after beberapa tahun tak menjadi. Mangga apa tak tahu ni. Mula-mula berbuah dulu saiz dia sebesar betik no kidding. Nak potong memang takleh letak atas tapak tangan. Kena baringkan atas chopping board hohohoho... Lepas beberapa kali berbuah, saiz makin kecik. Kecik-kecik pun, sekali hadap kenyang macam makan nasik sepinggan mumbu (membukit). Mangga ni Puan Menteri dah kait siap-siap minggu lepas lagi sempena kepulangan anak-anak bongsu dia. Hahaha... Puan Menteri banyak anak bongsu uols, jangan tak tahu. 
Kalu tak kait awal-awal, kemungkinan besar rezeki akan berpihak pada musang dan tupai. Sebab tu sampai penuh fridge senget benget pun, isi jugak. Nyamnyam... Manis melenting buah. Ingat buah dari Thai aje yang manis-manis sampai terfikir diorang cucuk sakarin je.... Hehe tak la kot... Ni tanam kat Mesia pun manis tak hengat jugak ni? Manis leting telei tokgi.
Pagi petang siang malam hadap buah ni. Memang lawas molek la... Alhamdulillah... Tahun ni murah rezeki Puan Menteri, kitorang, dengan jiran tetangga...
Cucu-cucu Puan Menteri kalu balik memang mewah makan minumlah. Aiskrim, cekelat, gula-gula, vitagen, semua boleh ambik dalam deep freezer. Mana la tak seronok... Nenek-nenek aku dulu takde pun sambut aku macam ni huhu... Zaraa keje asyik ulang alik bukak peti ambik eskrem kon... Sampai ke malam lah.. Tu gambar kat atas, orang lain semua dah kojol. Dia rilek je makan eskrem sorang-sorang. Habis eskrem terus tido. Tido pulak sambil pegang belon helium Aleesya... Hahaha... Kalu tuan belon ni ada, takde chan la dia nak pegang. Ni pun sebab tuan belon dah masuk tido.. Dapatlah peluang tido pegang tali belon... Jadilah tu...
Esoknya, aku dengan family Nik Pareh keluar ke Pasar Siti Khadiah. Encik Jack dengan anak-anak aku tak ikut. Puan Menteri pergi kelas mengaji. Tujuan utama serang pasar Siti Khadijah hari ni sebab nak cari tudung. Tudung sauk lah.. Tapi sangat mengecewakan. Ingatkan atas pasar ni sejak dulu lagi port cari tudung. Sadly, atas pasar tu skang ni banyak tudung bawal dengan shawl je. Tudung sauk ada la style makcik-makcik bling-bling sana sini aku tak berkenan. Sangatlah takde choice. Tudung bawal zaman kita belajar U dulu pun macam diorang keluarkan balik. Buang masa betul. Ke sebab tu ramai benar yang tido depan Fareeda? Hahahaha.... Tak puas hati jugaklah balik kali ni nak cari tudung dapat 2 lai je. Itu pun takde la berkenan mana.Aku beli pun sebab murah compared to Penang. Hai sakit ati la... Last-last tak dapat shopping tudung, aku shopping jajan je la.... Penang kan payah nak mengudap makanan yang tak berempah...
Dalam frust-frust tak jumpa tudung tu, sambar jugak kaftan budak ni selai kat Zaraa... Memang makin terserlah la karekter macik-macik dia! Hahaha... Anak pompuan, kalu lahir kat Kelantan tak pakai kaftan tu rasa macam tak lengkap lah... Oh lama dah aku pun tak pakai kaftan... Kat rumah aku lebih selesa bercelana aje. Lagi mudah nak bergerak, panjat, lari, dan sebagainya. Tengok dia pakai kaftan ni, semua orang kata dia macam Bos IBM. Kalu terbalikkan kaftan tu ke belakang, lagi sama!
@Black Pepper... Nyam nyam... Anis paling western.
Malamnya kitorang dinner di Black Pepper... Mula-mula nak dinner kat New Horizon.. Tapi penuh dengan reserved table. Kitorang yang nak order pun diorang tak berapa layan. Tak nak layan, kitorang blah la... Baik lagi dinner kat Black Pepper. Kat New Horizon tadi punya la panas yang amat. Datang Black Pepper walaupun tak kelas macam New Horizon tapi selesa tahap jingga! Senang hati. Semua makan western. Dap dap dap... Tak dapat makan New Horizon pun tak pe la. Tak terkilan pun. Apa yang gelemer sangat New Horizon pun aku tatau. Makan kat bawah bestlah ada ekon. Tapi kalu kat atas, baik tak payah lah... Panas macam dalam pengukus! Agaknya heat dari ekon unit kat bawah tu naik ke atas tu yang panas berkeluk tu. Not nice. Moh promo Black Pepper. Sebelah tu je pun. Jalan kaki pun boleh.
@Betel Valley
Esoknya, petang-petang pegi Tesco. Aku mengidam durian crepe lah macam biasa. Kakak ipar mengidam takoyaki.. Lepas beli idaman hati, semayang Maghrib kat situ, then singgah dinner kat Betel Valley. Semalam kat New Horizon tu nyaris-nyaris nak makan stimbot dah. Nasib baik diorang tak layan. Buleh la try sini malam tu. Betel Valley ni glemer jugak dalam fesbuk kawan-kawan aku. Tengok dari fesbuk macam yummeh je kan. Dah alang-alang ada kat Tesco hari tu, masuk je la Betel Valley tu. Blok kedai tu sebelah je dengan Tesco.
Feeling-feeling grill samgyupsal sangat! Hahaha... Walaupon... Yang herannya periuk sup yang letak atas heater tu dari awal tiba sampai nak balik tak menggelegak-gelegak jugak kuahnya. Meja orang lain ok je aku tengok. Panggil staf tukar alat pemanas satu set terus pun tak menggelegak jugak. Nak mintak tukar pun malas dah sebab budak-budak dah boring ajak balik.
Gambar google.
Perasaan peribadi aku la kan, memang sedap dan seronok makan sini. Makanan dihidangkan secara buffet. RM25 per head untuk dewasa. Kekanak tak sure berapa. Sebab malam tu tokey kira dewasa aje, anak-anak kitorang dia tak kira. Hahahaha... Nampak kot budak-budak ni tak makan sangat. Kat sini ambik la banyak mana pun as it is buffet kan. TAPI, kalu tak habis, depa caj berapa ringgit entah per 100g.... Haaa... Time ambik tu beringat la. Baik ambik sikit-sikit, bila dah habis, pegi refill. Bukan ko kena basuh pun pinggan kalu ambik banyak kali.
Gambar Google.
Dalam banyak-banyak lauk yang dihidangkan, ofkos kitorang aim kat seafood dengan daging. Yang fishball-fishball tu tak ambik banyak sangat. Sebab murah kan... Hahaha.. Bayar mahal-mahal baik ambik lauk mahal-mahal. Takyah layan la fishball-fishball tu.. Tu taraf yongtaufu je... Aku banyak ambik daging dengan udang. (udang besar-besar and fresh! and scallops too) Tips, ambik sikit-sikit dulu figure out yang mana satu yang tersedap. Pastu aim kat yang sedap tu lah ulang-alik-ulang-alik... Daging memang sedap.. Tapi tak tahu dia marinate dengan apa. Patut dia taruk la caption untuk setiap lauk. Baru kita boleh agak apa rasa. Manis ke pedas ke, senang nak bagi kat budak-budak. Malam tu tak pasal-pasal tertukar ikan dengan isi ayam. Ingatkan isi ayam.. Rupanya isi ikan dory. (agaknya la, yang nyatanya ikan) Buang masa main teka-teka rasa ni. 

Puas hati makan stimbot malam ni. Tima kaseh kakak ipar sebab belanja. Patutlah murah rezeki kakak ipar selalu belanja kitorang. Cuma agak terkilan dengan budak-budak malam tu. Sorang mengantuk asyik ajak balik rumah. Sorang bising nak main game kat henpon tapi asyik salah tekan dan miserable sepanjang malam, sorang lagi memang miserable sepanjang masa... Hahahaha... Kalu budak-budak ni takde malam ni rasanya buleh dok lama lagi hadap makanan kat situ. Memang tak puaslah makan kucar kacir macam ni. Next time pegi dengan adults aje. Kids ni kalu pegi nak makan takpe jugak. Dah la buffet. Rugi la dok kejap je dah nak kena balik. Sorang RM25.... Haih.... Bestnya kalu dapat pegi makan-makan dengan orang dewasa aje. Kenyang pun kenyang. Aman pun aman.... Banyak lauk yang tak sempat try. Terkenyang dengan drama anak masing-masing.
Pegi Tesco sebelumnya tu Kakak Ipar beli toys kat anak-anak aku. Hai.... Susah-susah aje... Selalu belikan macam-macam kat anak-anak aku. Jangan risau, ai masuk buku semua. Nanti dah kaya ai balas balik ye! In Sya Allah... Dalam toys tu ada sekali high heel ni.. Apa lagi, makin up lah status macik-macik ni. Melaram ke hulu ke hilir dalam rumah dengan high heels ni. 
Kacang Nik Pareh aku terbawak balik.
Ahad kitorang bertolak balik Penang semula. See, banyak kan jajan dari Kelantan yang aku angkut balik Penang. Senanglah hati selagi makanan-makanan ni tak habis. Hehe... Melepas rindu dendam kat kampung halaman kan.
Sema.
Keropok ubi kayu.
Kuih kapit. Adam suka. Zaraa suka.
Gettas.
Popia mini.
Keropok sira.
Kacang tumbuk, my dad's fav.
Apa nama entah.
Buah celagi.
Bepang pulut.

Frozen cik mek.
Frozen sardin roll.
Frozen karipap kurma daging.
Kuinin.
Dah dapat makan banyak benda idaman pun, satu je masih terkilan tak dapat makan. Goreng pisang nangka. Hatta goreng pisang jenama lain sekalipun tak sempat makan. Sedih sangat. Banyak kali dah balik kampung tapi tak jumpa. Tiap kali aku keluar ke KB membeli-belah, tengok muka anak muda yang bekerjaya di Kelantan aku rasa cemburu yang amat. Dalam hati aku berkata untung lah dia dapat dok Kelantan. Walau gaji tak besar takpe, asal perut happy. Dekat dengan orang tua. Bestnya dapat dok Kelantan secara tetap...

Huwaaaaaaaaaaa...~~~~~

No comments: