Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 12, 2014

#1122 Me Vs Cuti Sekolah Musim Panas

Panas kan Malaysia minggu ni? Kul 9 pagi dah membahang macam tengahari dah... Meleleh-leleh peluh. Entah berapa kali sehari mandi-manda pun tak puas jugak rasa. Anak dara aku ni allergy panas. Habis menggerutu kulit naik rashes. Kesian dia. Nanges-nanges cakap gatal mintak garu... Ololololo...

Cuti sekolah ni both mommy and kids menggelupur lah kat umah. Panas-panas pulak tu cuaca. Nak beraktiviti luar rumah pun tak selesa. Itu yang sunat muakkad. Yang kewajipan macam jemur kain pun aku rasa teramat malas nak buat time panas-panas ni. Keluar rumah nak kena bertudung litup alahai..... Ujian dunia ni pun dah rasa tak tahan, akhirat nanti macam mana ye. Orang lain angkat kain petang, aku baru terhegeh-hegeh nak jemur. Time orang jemur, aku baru nak angkat. Hahaha. Itu jemur kain. Bab iron baju pun sama. Aku ni kan stail iron baju stok sekali seminggu. Musim panas ni memang pikir 10kali la nak hadap iron board tu. No way out, kot-kot mana pun harus berjodohan jugak. Sape kata seronok menggosok baju panas-panas ni memang manusia aneh la. 
Tapi panas-panas peluh meleleh ni boleh pulak gigih menyemperit. Yay! Aku dah jumpa acuan semperit!!!! Last-last jumpa kat Easy Shop. Berlambak hambik kau. Girang bila terjumpa idaman hati siap belanja Adam Magnum Classic lagi. Eskrem dua kali ganda harga acuan semperit aku. Hoho.

Okaylah. Bila dah nampak acuan semperit ni kecoh la Adam bertanya bila nak buat biskut raya lagi. Semperab aku baru ni kan dah habis. Memang sedap sengoti lah batch yang aku buat baru ni. Patut la habis cepat.

Second time ni tak berapa sedap. Sebabnya, tepung kastad asal cap Lady's Choice rasanya.... Dah habis. Pegi Tesco baru ni tepung kastad ada cap Tesco aje. Sambar ajelah. Driver aku ni bukan jenis boleh menyinggah kedai lain dah. Hasilnya, biskut ni tak lemak macam yang aku buat baru ni. Rasa dia gitu-gitu je... Memang lainlah rasa dan tekstur dia. Nak nanges rasa. Apa aku nak buat dengan belen tepung kastad sepeket tu?

Lagi satu tak berapa menjadi batch ni sebab aku ada baca dalam blog somebody cakap, butter biar lembut je jangan sampai lembik, nanti adunan jadi berminyak. So true. Aku terbaca lepas aku buat. Silap lah. Patutlah greasy aje adunan aku. Dan lembik sangat bila nak tekan masuk dalam acuan. Dan bila bakar, dia tak hold shape tu... Macam mencair aje. Tak cantik la kelopak bunga semperit tu macam gambar kat bawah ni. Next project nak try semperit susu lah pulak. Kecewa dengan tepung kastad katanya kan. Semperit susu tak guna tepung kastad ke dik non? 
Sehingga hari ni bertarikh 11 Jun 2014, biskut semperit dah tinggal ni je... Hoho... Adam yang makan most of it. Adik banyak hancurkan aje. Bila batch yang sebelum ni dah habis, baru sedap hati sikit nak buat yang lain. Teringat pulak masa baking-baking batch ni, sambil marathon drama Korea (macam biasa laaaa) sambil perangat lauk dinner untuk encik Jack, sambil buat biskut. Kucar-kacir okeh! Aku dah lemah semangat dah bila ingat cuaca panas skang ni nak hadap oven panas-panas lagi. Tapi sebab bosan telinga asyik dengar Adam dok tanya bila nak buat biskut, bila nak buat biskut, last-last buat jugak biskut sampai basah baju dengan peluh meleleh... Series panas!
Masa balik kampung aritu aku ajak encik Jack pegi beli steamer pot. Alah beli kat Salamku aje. Malas nak survey high and low. Desperate sangat, aku pakai beli je. 24cm RM39.90. Mahal ke murah? Aku tak tahu lah. Dah nak sangat, beli je lah. Dalam kepala dari dulu lagi dok koya, kalu ada pengukus nak buat puding karamel. Mak tak penah buat hokeh! Padahal feveret  no.1 tuh. Nak buat lepat lah. Laksam lah. Apom beras lah... Hihi... Berangan la kan. Tetiba bila dah ada ni encik Jack tanya bila nak buat nasi dagang dia. Tak tahu agaknya si bini beli pengukus tu nasi dagang takde dalam senarai. Aiseh, selera laki aku ni, makin rumit nak masak, makin dia suka. Oh aku pun kalu semua tersedia tunggu aku telan je pun suka jugak kan. Setakat tunggu ready pinggan kosong kat meja aku pun nak. Ye lah, ye lah... Nanti aku berguru dulu bab nasi dagang ni. Aku tak pernah kukus nasi. 
Makanya kelmarin start la guna pengukus ni buat julung kalinya. Tak nampak pantulan cahaya memancar-mancar tu? Kalut ribut cari resipi puding karamel nak buat. Stok jajan Kelantan aku dah nak habis, so kena ready gantian la. Panas-panas ni makan puding karamel sejuk-sejuk asyik kan. Gambar puding tak snap. Tak cantik pun. Tak tahu la menjadi ke tak. Kurang menjadi kot. Sebab tekstur dia macam taufufa aje.  Hok aloh. Putuh angin rasa. Apa yang tak kena ek? Terlebih atau terkurang apa-apa? Aku suka puding karamel yang pejal sikit. Yang aku buat ni lembut sangat. Senang je hancur. Rasa tu ok je la. Tak lemak mana. Sebab tak cukup telur ke? Or tepung kastad jugak yang patut blame? Sifu-sifu puding karamel sila tunjuk ajar aku...
Cuti sekolah ni memang tarzan la aku tiap-tiap hari. Working mom aku tak tahu la cemana. Tapi stay at home mom yang spesis macam aku ni memang kepanasan lah. Nak study travel blog pun ada-ada aje hiccupsnya. Baru je nak ralit baca blog jenjalan ni, tengok-tengok Zaraa mandi minyak. Dekat sekerat botol baby oil dicurah kat rambut. Selalunya dia bubuh 2,3 titik aje macam yang selalu aku buat kat dia. Hadoooiii... Tak boleh mak nak ralit sikit!

Bila sambung nak baca, datang sorang lagi dok tanya itu ini... Tiap-tiap hari macam tu. Putus angin kekadang nak study tak boleh. Takde privasi langsung. Kalu bagi diorang ralit buat apa-apa pun, sekejap je la. Last-last sibuk dengan aku jugak. Tak boleh tahan meh.
Aku ingatkan minggu ni dah sekolah. Buleh la aku study apa-apa. Ropanya belum. Hadoi. Time cuti macam ni la aku dok berharap sekolah cepat bukak balik. Tak larat weh. Hari-hari bukak mata je mintak nak main game. Nak youtube. Nak game masak-masak. Itulah cabaran parents untuk generasi XYZ ni... Macam Tok Guru Nik Aziz cakap lah, kalu kita beriya-iya jaga petak sawah kita pun, kalu petak sawah jiran tak jaga, last-last merebak ke petak sawah kita jugak. Zaman skang ni rasanya lebih ramai parents yang belikan gajet untuk anak-anak kecil berbanding parents yang tak belikan macam kitorang ni. Kat umah ni beriya aku kawal dia dari game... Tapi bila bergathering, masing-masing keluarkan ipad. Mana la tak terliur kan. Kesian memang kesian. Tapi apa nak buat. Aku rasa takde (gadjet) lebih baik untuk dia. Sangat, sangat lebih baik. Orang lain bagi gajet mungkin sebab komfiden dapat kawal anak. But I don't. Believe me. Takpe la. Sekali sekala menongkah arus untuk kebaikan dia. Kesian memang kesian tengok dia takde hiburan. Tapi looking at the bright side, boring-boring tu dapat stimulate otak dia untuk main dengan lebih kreatif. Main cara orang zaman dulu la. Main tanah. Main gasing. Play pretend. Lukis dan kaler. Macam-macam  lah. La ni banyak encourage dia main plastisin. Boring kan dok dengan aku ni. Kalu bagi gajet pasti hidup dia berwarna-warni. Pulak dah.
Sayang benar kat keta tido pun dakap.
Ni Chef aku tengah sibuk menyibuk prepare untuk masak kari tulang. This superfunny kid memang betul-betul menghiburkan hati. Vocab dah sangat banyak. Suka report apa-apa yang Adam buat kat dia. Pandai nyanyi. Dah tahu bezakan warna. (budak paling awal kenal warna usia berapa tahun ek?) Suka main dengan Adam. Suka minum sirap sambil minum susu. Habis sirap dulu baru minum susu. Tapi botol kiri kanan lah. Satu untuk minum, satu untuk cium bau puting. Haha. Macam Adam jugak dia ni.

No comments: