Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 12, 2014

#1123 Me Vs Semperit Susu

Tukang bubuh ceri.
Amboi baking-baking lagi Blog Diva hari ni. Semperit last batch dah habis. Kesian Adam takde jajan untuk dia mengudap. So, aku try resipi semperit style buh susu pulak. Baru tahu semperit ada 2 jenis. Satu style masuk tepung kastad dengan telur etc tu. Yang style buh susu ni simple aje bahan-bahannya. Resipi aku ni cedok blog mana entah. Banyak sangat melompat di sana sini sampai lupa yang mana satu aku ambik. Selalunya resipi lebih kurang aje. Most of them copy paste aje dari rakan blogger yang lain. Ni resipi yang aku guna

250g butter
250 susu manis
480g tepung jagung

tu je. Hehe. Simple giler kan?! Aku buat half aje dari resipi ni. Dapat la satu balang tipuware tu jadik la. Budak-budak ni bukan buleh buat banyak. Bila nampak banyak terus tak nak makan.
Hmmm... Kalu tak try tak tahu kan. Personally aku lagi suka semperit yang kaler kuning tu. Semperit susu warna putih. Yang kuning tu sebab pakai tepung kastad lah kot. Semperit susu ni bagi aku rasa dan tekstur tak ubah macam kuih bangkit seriously. Tak rapuh tapi jenis melt in your mouth. Sebab tu aku kata macam kuih bangkit. And owh, aku tak suka kuih bangkit. Blerrrrggghhh!!!

Nak kata menyesal buat, takleh jugak. Sebab kalu aku tak cuba hari ni, sampai mati pun aku tak tahu apa beza dua jenis semperit ni. Semperit kuning jugak bertakhta di hatiku. Dan resipi Mat Gebu memang tiptoplah kena dengan selera aku. Dengan syarat guna tepung kastad yang branded lah. Kalu beli yang cap ayam je, tak lemak. Biskut hari ni bila la agaknya nak habis...... 

Next project; biskut cornflakes zaman dulu. Tak suka biskut modern yang fancy-fancy. Biskut sarang semut ke.... Tat aku tak komfiden. Dari zaman anak dara asyik failed aje buat kulit dia. Tak reti nak buat tat yang moist. Selalu asyik kering dan keras aje.

Bila upload gambar biskut kat fesbuk, rata-rata mengaitkan dengan kedatangan Ramadan ni... Nope, takde kaitan pun. Korang kena paham la tempat aku duduk ni payah nak dapat jajan yang best. Jadinya, benda-benda macam  ni je la yang mampu aku ikhtiarkan untuk mengisi perut di depan tv. Ngerti? Juga tidak timbul istilah 'rajin'. Sebabnya aku takde pilihan. Teringin nak makan, kena usahakan sendiri. Nak beli tak tahu mana yang sedap. Juga tak pandai nak drive untuk ke tempat-tempat jualan makanan... Ngerti?

Berapa hari lagi cuti sekolah? Letih emosi dah rasa.

No comments: