Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 24, 2014

#1124 Me Vs Ceritera Sepanjang Minggu

Meh ikut petua aku update blog. Kalu takde isu nak create entry, buat aje pasal makanan. Nak-nak pulak Ramadan dah tak lama. Hohoho.. Dah habis ganti posa ke wahai orang-orang yang meninggalkan posa tahun-tahun sudah? Bestnya tanya orang mentang-mentang aku dah habis qada ngam-ngam 100 hari sebelum start posa. Tak plan pun. Esoknya, tengok dalam blog Dr Halina, 100 hari lagi nak posa. Alhamdulillah, walau banyak hiccups, I managed to fulfill my duty. Alhamdulillah sangat-sangat gastrik pun tak teruk mana. Kena syukur tu. Besar benar dah rahmat Tuhan bagi. Dah rasa 2 kali Ramadan kantoi tu, memang ingat sampai mati la hazabnya nak ganti.
Minggu lepas beli pisang nangka kat pasar. Buah hijau putik lagi. Takde pilihan,ada yang dah ranum benar dengan under ripe macam ni. Disebabkan aku tak mampu nak habiskan sesikat pisang ni in one go, makanya aku pilih yang belum masak ranum lah. Dengan harapan sehari dua lepas tu lembik lah dia then aku boleh la usahakan apa-apa yang patut. Goreng pisang,  pengat nyamnyam dah ada dalam kepala.

Pisang ni aku tak masuk fridge la nak suruh cepat lembik. Letak atas kitchen kaunter konon-konon dekat dengan panas mentari tu cepat la lembik macam kebiasaan pisang berangan yang aku beli. Lepas 3 hari masih keras dan kelat lagi. Apa tak kena ek? Putik benar ke pisang tu? Atau permukaan kaunter dapur yang sejuk bak lantai menjadikan pisang ni macam dok dalam peti tak lembik-lembik? Lepas tu wasap Puan Menteri tanya nak buat cane nak setel problem ni. Dia suruh bungkus dalam newspaper, buh dalam kabinet gelap-gelap tu. So aku pun bertindak mengikut arahan lah. Tak lembik-lembik jugak. Masuk hari ke5 aku fedap dah. Terus bogelkan dia, tinggal atas meja makan macam tu je.

Tiap hari aku potong sebijik nak test. Bila hari Sabtu baru la pisang ni lembik. Bertemu hari dengan hari aku beli aritu. Adeh..... Seminggu tahan air liur menetes tengok pisang ni. Pisang lain aku bolayan. Bila dah lembik tu apa lagi terus lah aku kekahkan. Pakai tepung instant Adabi je. Padahal tepung beras punya la tak luak dalam gerobok tu bila la nak habis. Aku tak reti nak bancuh tepung goreng pisang macam macik-macik jual goreng pisang kat Kelantan buat. Kalu aku buat sure tak garing dan lambat masak. Choiii.... Baik aku pakai tepung Adabi je senang. Gerenti menjadi. Lihatlah hasilnya..... Tadaaaaaaa~~~~~~!!!!
 Kalu nak gorengan tu cantik, kena bancuh sikit-sikit. Bila habis satu batch, bancuh lagi. Baru la banyak keruping bersepai macam tu. Kalu bancuh banyak-banyak sekaligus, bila nak tunggu semua batch habis goreng, dah jadi tak cantik. Garing tu garing, tapi takde keruping la... Susah la aku nak terangkan kat sini. Nak senang, ikut arahan kat plastik bungkusan dia. Jangan derhaka.
Kelmarin tengahari punya la mamai. Aku nap sampai kul 12. Malam sebelum tu 3 kali pegi toilet tengah malam buta. Kalu makan jamu di malam hari macam tu la. Asyik nak terkucil aje. Esoknya siaplah asyik menguap la pulak... Disebabkan aku nap sampai tengahari tu, makanya aku masak hidangan yang tak ambik masa la. Selalunya aku akan thawkan lauk-lauk mentah dalam freezer seawal 9 pagi lagi. Kalu ayam dengan daging lah. Benda seafood-seafood ni kejap je nak thaw.

Ada lah siakap sekor aku beli kat Tesco baru ni murah. Walau aku tamak haloba macam mana sekalipun, takleh beli yang XXL. Sebab tak muat  kuali yang saiz kiut miut kat umah aku ni. Beli saiz M gitu je la. Dapat makan 2 orang jadik la. Aku rasa macam tak muat pengukus aku beli tu, so terus bungkuskan dalam foil, buh dalam magic grill pastu buh air kat keliling luar dia. Jadi jugak pun. Ikan tu masak cantik lah. Tapi choii big time kat kuah dia. Why? Sebab aku lepas aku perah air limau tu aku buh sekali dengan kulit-kulit dia. Hahaha hahahahaha hahahahaha... Selalunya aku tak buh pun. Tapi kali ni koya mat saleh sikit, dalam cooking show selalu tengok diorang stim ikan sekali hirisan lemon... Tu aku tiru... Sekali bila masak aku test kuah blerghhhhh!!!! Pahit lepam! Ambik kau. Hirisan lemon lah konon. Last-last, makan isi je. Lunch 2 orang makan habis sebelah aje, carry forward ke dinner. Dinner tu pandai la sikit. Makan isi siakap cicah budu tempoyak. Sedap jugak. Kalu tak kerana kantoi kuah tu, dah menyangkut dah dengan baby kailan ikan masin, telur dadar dengan sambal belacan with watermelon juice. Tapi tu lah.  T_T
Hujung minggu lepas buat puding karamel lagi. Hoyeh, nasib baik menjadi. Tak tahu lah mulut dengan mata orang lain macam mana. Tapi bagi mulut dan mata aku, menjadi lah tu. Kali ni guna susu manis. Dalam resipi tak guna tepung kastad, tapi aku derhaka buh jugak sesudu. Oklah, mencapai tahap kepejalan yang aku kehendaki. Ada orang suka pejal bak agar-agar. Ada yang suka lembik macam taufufa... Ikut selera masing-masing lah. Oh lupa nak snap gambar keratan rentas puding ni. Padahal berhari-hari jugak aku nak habiskan. Ye, aku makan sorang. Zaraa curi sikit-sikit je. Aku sorang hadap 5 bijik telur-base-puding. Homai... Patut la terasa part-part tertentu dah makin melebar. Muka aje cekung tak berubah-ubah. Oh kena makan banyak telur lagi ni.
Semenjak cuaca panas ni, agak jarang la aku bawak budak-budak ni pegi playground. But alhamdulillah menjelang hujung minggu lepas kul 6 dah teduh. Ada rezeki la bawak anak-anak main. Selalunya kul 7 masih terik matahari. Kesian jugak anak-anak kebosanan kat umah yang kiut miut ni.
Pegi playground ni je aku berani bawak budak-budak ni. Alhamdulillah tepat sekali pilihan hati nak pilih umah dekat playground. Not only sebab senang nak bawak budak pegi playground,  tapi jugak menampakkan kawasan rumah lebih lapang dan tak crowded. Time anak-anak kecik senang nak bawak pegi main. Time anak-anak dah besar senang nak pacak kanopi kenduri kawin diorang. Encik Jack dah banyak kali berangan nak pasang kanopi  kat padang playground tu je.. Hahaha... 
Semenjak kat fesbuk makin hari makin ramai yang melaporkan kanak-kanak hilang, aku makin takut jadinya. Culik pastu belah ambik organ hidup-hidup. Oh tak boleh bayang lepas tu diorang buat apa dengan mayat budak ni. Campak dengan perut terburai gitu je ke? Ayayaaa.... Nauzubillahiminzalik.... Skang ni macam-macam gambar diorang share kat facebook. Orang baik-baik macam aku ni (ehem) kalu tak tertengok gambar-gambar sadis yang diorang share tu, memang tak percaya dan tak terfikir manusia sanggup buat something yang begitu kejam. Main potong macam potong daging sepaha tergantung kat pasar tu je. Dahsyat giler. Takde rasa hormat sesama manusia ke. 
Teringat kat movie, A Man From Nowhere lakonan Won Bin... Dalam citer tu ada la kaitan pasal kids abduction and organ harvest. Penjual organ ni akan cari mangsa mostly dari kalangan yang miskin, yang parentsnya berhutang dengan loan shark, parents yang drug addict etc. Bila diorang larikan budak tu, sometimes parents budak tu make no effort to find then sebab 24 jam asyik  khayal dadah or memang terlalu miskin sampai tahu buat anak dan abandone aje kejenya. 

Mangsa-mangsa culik tu akan dibawa ke satu tempat di mana anak-anak tu diberikan makanan dan tempat tinggal. First impression budak-budak tu seronok la. Lepas tu budak-budak tu akan dijadikan keldai dadah. Kira macam penghantar dadah la. Ada yang dikerah jadi pengemis. Sindiket la senang citer. Diorang umpan budak-budak tu dengan janji kononnya, sape yang behave and berjaya collect duit paling banyak, diorang akan temukan semula dengan mak bapak diorang. So, budak-budak yang innocent ni demi nak jumpa mak bapak diorang balik, strive and behave gila-gila la dengan harapan orang yang kurung diorang tu nak tunaikan janji.

Every now and then akan ada budak yang akan 'dihantar' pulang jumpa parents sebab behave. That's what they have been told and what they believed. Truth was, masa budak tu nak 'dihantar' balik tu, budak tu dipukul/drugged/apa entah aku lupa.... Maknanya diorang buat budak tu tak sedarkan diri, then harvest organ budak tu time tu. Setiap budak yang 'dihantar' pulang memang takkan kembali. Dead people won't tell stories. So, budak-budak yang kat tempat kurungan tu tak tahu-tahu pun sebenarnya kawan diorang dihantar ke tempat lain dan tak jumpa mak bapak pun. Infact, dead with all the organs being harvested. 

Time nak berpisah untuk dihantar pulang tu punya la masing-masing jeles sebab budak yang terpilih tu berjaya keluar dari 'neraka'. Yang terpilih tu pulak punya la girang bukan kepalang nak balik jumpa family dia. Padahal dia tak tahu dia dipilih untuk mati. So sad. Main belah tubuh atas van gitu je sambil the van moving. Amboi.... Ambulance pun tak buat keje dalam van gitu... Itulah kisahnya. Walaupun movie tu fiksyen, tapi mesej tu sampai. Nauzubillah.... Dunia skang ni sangat menakutkan.

Sehari dua ni memang aku perasan banyak betol news pasal budak, remaja hilang. An Indian Boy, was last seen at Jalan Permatang Pauh. Hoi.... Belakang ni je.... Tak seriau kalau jadi aku? Tiap kali nampak news budak hilang, budak kena kerat untuk organ harvest, aku akan tunjuk kat anak-anak and terangkan kat diorang jangan ikut sape-sape tak dikenali kat sekolah ke mana-mana. Makcik Siti aje yang akan ambik Adam selain Daddy. Tak boleh keluar rumah kalu mommy dengan daddy takde. Things like that. Hoi this is super scary now. Biarlah hilang harta buleh cari. Hilang anak duka la menanti... 
Minggu lepas Adam cakap cikgu BM pesan suruh bawak jilid 2. So, sambil masukkan jilid 2 tu, aku check la jilid 1 dia. Banyak lompang-lompang la. Ada buat, ada tak buat. So mana yang berlubang tu aku suruh dia buat. Sebenarnya dia memancing simpati aku untuk benarkan dia main game kat laptop. (ye, aku masih belum belikan ipad kat dia) Aku suruh la dia siapkan yang mana tak buat tu. Banyak jugak. He did it without saying much. (selalunya bising la melawan tak nak) Nak main game punya pasal kan. Dia buat homework sejam, aku bagi dia main sejam. Gitu la. Terpaksa la negotiate camtu dengan dia. Minggu lepas kena pajang dekat cikgu sebab tak buat keje. BM 3 masa tu cikgu suruh tulis dia berangan. Encik Jack nak pegi jemput tengok dia takde kat tempat tunggu yang biasa. So, cari dia kat kelas. Tengok-tengok kena hukum tak bagi balik sebab tak siapkan keje. Ada la 3,4 orang lagi yang sama macam dia. Hmmmm... No komen lah. Balik rumah kena kuliah kat encik Jack sedas. Tak bagi dia tengok tv, sorok bakul mainan, suruh dia tulis sampai berjam-jam. Konon nak denda dia la suruh dia prektis tulis laju-laju tanpa berangan. Cikgu cakap dia tak fokus kat kelas. Merepek aje. Hmmm.... Belajar dengan kitorang pun camtu jugak. Haih.... Aku tak kisah pun tindakan cikgu dia tu. Lepas insiden tu nampak dia ada improvement la. Bila suruh tulis, dia akan tulis la.
Cik Mek ni pun tak kurang hebatnya. Skang ni dah nak masuk 2 minggu dah, jadual day nap dia berubah. Bangun pagi paling lewat pun kul 9 je la... Tapi nak tunggu dia tido balik, nun lepas Asar lah jawabnya. Hoi letih aku tengok dia bak sugar glider rush ni. Hari ni lagi maveles. Tak tido langsung. Kul 8.30 malam tido. Tapi 9.30 dah bangun balik. Hayyyyooooyooo.... Bila nak tido macam jadual dulu tu? 

Skang ni tengahari aku yang terjelepok sorang-sorang depan tv sebelum masuk dapur masak for lunch. Dia boleh je layan diri sorang-sorang naik turun tangga, lompat atas sofa, berguling bating samersault bagai... Hadoi... Itu versi tak menyusahkan aku. Kalu versi menyusahkan aku, bab tumpah menumpah, sembur menyembur, gunting-menggunting (tadi dia gunting buku kafa Adam baek punya time aku sibuk kat dapur), aku pegi semayang, dia curah honey cornflakes atas kapet. Aku suruh Adam kutip Adam tak nak kutip sebab dah siap-siap nak pegi kafa. Last-last aku buat tak tahu dan semayang. Tetiba tengah semayang dengar bunyi vakum. Adam dengan encik Jack dah keluar tinggal aku dengan Zaraa je la. Pandai pulak dia pasang vakum. Gagah perkasa pulak tu dok tarik vakum dari dapur ke luar. Pasang plag pun kemas molek.  Nasib baik tak kena renjatan letrik. Aku sudah semayang tu tengok dia dok vakum ih ah ih ah sorang-sorang... Dengan seronok sekali! 

Mu ni tak reti penat ke wahai budak?

Haiiih... Bulan 8 ni masuk 3 tahun la dia. Bila nak toilet train ni? Adam dulu 3 tahun setengah sebab speech delay. Ini speech tereris benar. Tapi sebulan dua ni dia dah tak bagitau dah kareb. Kekadang tido dengan benda tu takde sape perasan. Kalu tanya pun tak mengaku. Nak pegi basuh pun tak bagi. Apa kena la. Kecik-kecik dulu punya la hygenic.. Poop keluar je terus keluarkan siren mintak basuh. Haih.... Apa la anak aku ni. Lagi lemah semangat nak berusaha train dia. Aku tahu ramai yang sebatch dengan Zaraa dan diaper free. Pressure mak nox. Tapi mak malas lagi.. Hahahahahahahaha....

No comments: