Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 26, 2014

#1126 Me Vs Biskut Cornflakes Yum Yumm

Entri ni takde kaitan pun dengan posa atau raya. Saje buat biskut cornflakes harini setelah bertangguh-tangguh sekian lama. Ye, dah lama teringin nak makan biskut cornflakes macam dulu-dulu tu. Like I said before, aku tak suka biskut moden warna warni bentuk pelik-pelik segala. 
Resipi aku google. Yang paling ramai orang share. Kalu ko search, biasanya akan keluar resipi sama je kan walau blog masakan yang berbeza. Kalu ramai orang share tu maknanya boleh dipercayai lah. Teori aku lah tu. Kadang-kadang boleh pakai. Kadang-kadang takleh pakai. Hasilnya? Ok, agak sedap. Bolehlah. 
Aku baking-baking masa Adam pegi KAFA. Main baking dengan Zaraa aje since dia tak nak tido. Daripada aku meroyan tunggu dia tido, baik aku buat biskut dengan dia kan. Time PMS ni mulut mesti nak makan benda manis-manis. Tempat aku tinggal ni, bukan takat aku yang bukan rakyat sejati Pulau Pinang aje yang merungut takde makanan best, tapi the real Penangite pun sama komplen. Dah nasib, apa nak buat. Sanak saudara dekat-dekat takde untuk aku buat muka tak malu tadah pinggan. Haha... Kena buat sendiri lah kalu teringin nak makan apa-apa... Teringat pesanan terakhir arwah FIL aku, suruh aku belajar masakan tradisional... Kalu aku tak belajar, macam mana nak continue masakan tu kat anak cucu nanti. Betol jugak.

Kejap je aku buat biskut ni. Macam biasa la... Aku buat half aje dari resipi asal. Play safe kan. Kalu resipi tak sedap, takde la terkilan sangat nak habiskan baki tu. Tapi biskut aku ni kira sedaplah. Dengan sedikit bantuan dari Zaraa, biskut ni mampu dihabiskan dalam 2 hari aje.. Adam tak makan pun. Salah satu sebab lagi aku makan biskut macam ni sebabnya, I need my fibre. Sejak dua menjak ni, pembuangan tak berapa lawas. Aku dah lama stop herba pelawas HPA tu. Survive dengan minyak habbatus sauda, fruit juice, dengan prunes aje. Minyak habbatus sauda dah lama discontinue semenjak  minum fresh fruit juice ni. Time lama tak minum air buah, payah jugak nak kareb. Dah 3 tahun beranak. Tapi sembelit tetap ada lagi. Lama betul tubuh perempuan nak adjust balik ye lepas beranak. Buat biskut macam ni diharapkan dapat la tambah serat yang tubuh aku perlukan. Kekadang bosan jugak nak makan prune aje. Lama-lama perut dah kalis, makan semangkuk prune pun tak berdegih jugak bak kata orang kampung aku.

Dari weekend lepas lagi aku dok cari VCO. Semua booth jamu, Cosway takde jual VCO kapsul. Botol besar macam olive oil tu ada la. Haih payah. Posa-posa ni memang haru lah sembelit. Banyak mana sangat larat nak minum air dari bukak posa sampai kul 12 tu. Then tido. Then bangkit sahur. Sahur ada masa sejam je. Mana sempat nak togok 4,5 gelas air. Paling-paling pun 2,3 gelas aje. Tak mampu lah buah pinggang aku yang kiut ni. Aku neves nak sambut posa pasal sembelit tu la. Silap teknik, buleh batal posa. Ada dengar Ustaz Don cakap aritu. Eh tapi takkan la sembelit buleh batalkan posa. Naya la yang suffer sembelit macam aku ni nak ganti posa tiap kali sembelit kan... Bila baca soal jawab pasal posa ni kat internet, ada ustaz kata sembelit dimaafkan, tak batal posa. Haih yang mana satu ni.
Tengok Mek comey aku ni menyapu atas meja. Sendiri sepahkan, sendiri sapu. Mulut sangat la macik-macik. 

No comments: