Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 27, 2014

#1127 Me Vs Report Card Day

Neves weh. Harini kena jumpa cikgu Adam untuk ambik report card dia. Oooo sekolah jaman skang ni report card kena ambik dengan cikgu ye. Zaman aku dulu kita sendiri la bawak balik kasi parents sign. Budak zaman skang ni takleh dipercayai la kot. Tu yang mak bapak sendiri kena kutip kat sekolah. Hari ni Adam happy la sebab aku dengan Zaraa ikut sekali pegi sekolah dia. Tak tahu lagi agaknya apa yang bakal terjadi hahahaha...

Kitorang antara yang terawal. Sebab once parents dah jumpa cikgu dan ambik report card tu, anak boleh balik sekali.  Masa aku sampai tu ramai lagi dalam kelas dia  meaning ramai lagi la parents tak datang. Hoho berdebar-debar pulak nak jumpa cikgu dia. Entah apa la komen cikgu. Kita dengar je la apa cikgu kata. Buruk atau baik, itulah dia. Jeng jeng jeng...
Memang betul lah anak aku ni. Sebab nombor  banyak giler... Hahaha. Kalu anak encik Jack, nombor sikit-sikit je. Takpe lah mana-mana pun. Aku dulu pun result mana cantek awal-awal tu. Aku ok je. Tapi bagi encik Jack yang dah biasa excellent dari kecik tu, memang tak berapa seronok la. Itu aku paham. 
Salam dengan cikgu, teruslah ke sesi bercerita pasal anak aku. Cikgu cakap dia sangat aktif dalam kelas. Suka participate dalam apa-apa aktiviti. General knowledge sangat luas (first time dengar orang cakap pasal ni yang aku rasa macam tak percaya apa aku dengar) Agaknya sebab selalu tengok TVIQ or discovery channel lah kot. Cikgu cakap, sebut je IGUANA, budak lain tengah terpinga-pinga, Adam sorang je cepat-cepat respon dia tahu apa tu IGUANA... (ke sebab tu sekolah kampung?hahaha) Speech sangat baik, minat English cikgu cakap. (yang ni tak pelik la) Tapi SATU je.... Dia ada masalah menulis. Verbal takde masalah, tapi motor skills sangat-sangat poor. Semua cikgu yang ajar dia komplen dan risau satu tu je. Bila suruh menulis, dia tak nak buat. Keje sekolah banyak incomplete sebab tulis sekerat jalan aje. Bila  suruh gunting pun lambat. Compared to budak-budak lain dalam kelas tu la.

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Citer lah serba sikit pasal history premature dia. Memang dia dari kecik lagi tak nak cooperate kalu orang suruh dia buat apa-apa aktiviti guna jari. Kalu suruh tulis,  dia suruh orang tulis. Main keta aje pandai. Sampai skang ni nak masukkan butang baju pun masih terkial-kial. Nak betulkan kolar baju pun tak boleh-boleh lagi. Tuck in baju dalam seluar pun tak boleh lagi. Aku bukan merungut tapi just nak bagi rough idea apa yang dia lalui skang. Entahlah, kalu tanya aku sendiri, aku pun tak tahu dia just malas buat sendiri atau memang keupayaan dia terbatas. Most of motor skills activities aku perhatikan Zaraa lagi baik dari dia. Jadi, aku tak tahu lah nak cakap apa. Aku harap ni cuma masalah attitude je la. Hopefully nanti naik darjah 2,3,4 he'll be better. Harap je tak boleh jugak. Haih.Inilah cabaran terbesar aku sebagai mak dia.
Encik Jack cuti hari ni. Petang kitorang pegi Tikam Batu. Sepupu encik Jack buat kenduri cukur jambul anak dia apagi tadi. Tapi kitorang pegi lepas semayang Jumaat. Ini first time kitorang pegi umah baru dia. Dia baru beli umah ni tahun lepas. Umah kampung je. Tanah lapang dengan pokok-pokok buah kiri kanan rumah. Bagi yang suka suasana kampung syoklah. Aku tak berapa suka dok kampung (selain kampung halaman lah)tapi aku suka tanah lapang yang boleh dicucuktanamkan... Jeles tengok dia tanam macam-macam pokok buah, kitchen herbs... Umah aku ni, pokok pandan je buleh harap... :( 

No comments: