Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 28, 2014

#1128 Me Vs Early Shopping

Hari ni kitorang dah start shopping. Eloklah disetelkan awal-awal ni. Posa nanti buleh fokus beribadat ehem. Hari ni last day tak posa kan. Buleh la shop till you drop pun. Penat-penat buleh makan lagi. Nak kejar masa tu la. Masa untuk boleh makan haha. Semenjak tak berapa remaja ni, makin tak larat la nak shopping beriya macam awal-awal dapat anak dulu. Dulu, shopping and searching high and low. Now, tak larat dah. Cari lebih kurang je. Jumpa saiz, warna dengan harga yang berkenan, terus bayar. Cakap bab harga ni yang sakit ati. Memang la sale tu sampai 70-80%. Tapi yang aku berkenan semua seratus lebih harganya. Pegang yang tu hati berkenan sangat. Belek price tag, RM 1XX.XX. Letak. Pegang lain pulak. Belek tag, RM 1XX.XX hayooooooo.... Citarasa angkasalepas tak lepas ni macam mana. 

Baju anak-anak dah beli. Jeans mak bapak pun dah beli. Haha. Hari ni setel shopping modern garments. Hajat di hati nak setel semua terus. Tapi baju kurung dengan baju melayu tak jumpa yang berkenan. Tak keluar yang elok-elok semua lagi kot. Nik Pareh nak tema biru tahun ni. Aku takde baju kaler biru. Kalu ada, aku recycle aje la. Malas nak cari-cari lain ni. Lagipun aku bukan pakai sangat baju kurung. Pakai pegi kenduri je la. Tengok la... Ada rezeki, ada saiz aku beli kat First Lady aje.

Perkara ke 8 ajaib dunia hari ni, masa fitting jeans aku. Hoho... Saiz 27 pun ketat? Teringat masa fitting levis 2nd year dulu... Saiz 24 pun longgar lagi... Yippie... Sudah ada lemak disitu... Susah payah 10 tahun aku bela lemak aku ni tau. 3 inci pun jadi lah... Ke boncet sebab tak kareb 2,3 hari dah ni. Hahaha... Pelik kan. Kurus kering tapi boncet. Huduh gilos. 

Dah 5 tahun agaknya aku tak beli jeans. Haruslah aku terpinga-pinga nak cari cutting yang sesuai. Dulu pakai boot cut pun tak revealing sangat paha keding aku ni. Now, ada macam-macam cut yang memeningkan mata aku yang memandang. Slim fit la... Skinny jeans la... Motif utama nak tayang pepek dengan bentuk bontot dengan kaki. Baik laki mahupun pompuan, pantang betul aku nengok. Baik bogel terus alang-alang nak tunjuk sangat kan! Kadang-kadang heran jugak aku tengok retis ni, pakai seluar ketat giler sampai pepek buleh tahu bentuk cane.. Pastu bila kena posing tahu pulak cover-cover part situ dengan tangan la, purse la... Ppppuiiiiiiihhh... 



  

2 comments:

jie @ azie said...

Dah start beli baju raya teh. Aku pun dah beli sikit2, betul la lo ni kalu kene skit mesti 100++. bila tgk harga pikir 2,3 kali mugo bukei buleh pakai lamo :)

Blog Diva said...

Sungguh jie...pakai tokdei lamo tuan body koho bsr. Hok sale tu huduh2...dok alik kkenei ko hok new arrival...mano ado less... sedak dih kalu kayo main pick n pay je...