Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, June 29, 2014

#1129 Me Vs Putus Ubat

Tengah hepi-hepi masak inti popia tetiba encik Jack cakap kepala berdenyut. Aku tanya ubat darah tinggi dia tak makan ke. Sekali dia cakap ubat dah habis 2 minggu dah.. Maa sya Allah... Speechless aku walaupun dalam kepala macam-macam perkataan rasa nak hambur.

Macam mana ye nak kata.... Punya la risau aku neh. Buatnya tetiba kena strok ke apa you don't play-play lah. Living with a 'handicap' driver macam aku ni kena extra cautious la bab kesihatan diri sendiri. Sendiri mau ingat lah. Lagipun aku nak tolong macam mana. Kalu aku buleh drive pun nak angkat pikul dia macam mana. Hayyoooo... Henpon memahal tak boleh ke set reminder few days before ubat habis kalu takut tak ingat sangat. Ni lah gunanya gajet mahal. Hayyyooo... Aku pulak yang tak sedap duduk. Serius.

Lepas smayang magrib, terus keluar beli ubat darah tinggi dia kat farmasi. Oh RM5 je sepapan. Kalu ambik kat panel, depa caj RM90. Tak jumpa doktor pun, main ambik ubat ikut tingkap je. Sedap panel buat  duit kan. Tak kisah la nak ambik ke nak beli ke.... Janji ubat tu always available. Kalu nak harap makan ikut pantang tu rasanya tak boleh kot. This is why a grown man can be such a baby.

Hai la lelaki.... Selalu macam tu lah. Kalu bab kesihatan ni perempuan la yang lebih berjaga-jaga. Kenapa ye? Me personally, lepas kena gastrik teruk masa 2010 tu bukak mata aku seluas-luasnya kenapa aku kena jaga kesihatan diri sendiri. Memang aku akan ingat sampai mati. Konsep 'orang nak kau masa kau sihat je' tu memang satu tamparan yang cukup hebat bagi aku. Masa aku sakit baru aku tahu di mana kedudukan aku sebenarnya. Takat mana sangat orang nak layan aku. Realiti ni. Tak semua suami boleh jadi macam Abil Fikri tu. Jarang sangat kan.

Kawan aku skang tengah sakit buah pinggang. Skang ni Allah uji dia dengan macam-macam dugaan kesihatan. From fesbuk, aku dapat tahu dia dalam wad. Tengah buat treatment lah dalam kata yang mudah sebab aku tak reti dan tak paham istilah-istilah yang dia terangkan. Dari apa yang aku dengar, kena cucuk kat leher la,  kat paha la untuk dialisis ke apa entah tak reti aku. Lepas tu body dia  takleh cope, etc... Macam-macam dugaan dia. Tapi yang dah pegi visit dia cakap dia sangat-sangat positif. Tak merungut. Always thankful and grateful for Allah.

Si suami memang selalu di sisi. Anak takde. Tiap-tiap hari si suami akan update pasal kawan aku ni. Penuh sabar. Tak mengeluh. Setia sekali. Kata-kata penuh kasih sayang. Penuh kerisauan pada isteri tercinta. Susah hati isteri tak lalu makan. Pernah ada orang tanya suami dia, macam mana dia boleh jadi tabah dan sabar dan sentiasa syukur aje macam tu? Nak tahu apa dia jawab? Ni aku copy dari fesbuk dia..

Well, sbb ada yg da tanya " mcm mana perasaan, sedih ke tak..x nampak sedih"..saya jwb la utk public..

1. Turning point saya ialah di hospital kajang 2013...dlm 36 hari di wad saya lihat 33 kematian..8 org memandang saya sebelum tirai ditutup..x jumpa da lepas tu..saya juga agak kenal dgn mereka..

2. kalau da tgk kematian setiap hari, mmg sedar mati itu pasti..x kira siapa kita sebelum ni..apa latar belakang..jadi sekarang bagi bila ujian dtg saya tidak bersedih... lebih fokus dgn persiapan ketika selagi masih hidup..

3. Saya hanya risau jika saya tak berusaha sedaya upaya menghadapi musibah...bersikap take for granted...kerana nyawa mmg boleh dicabut bila2 masa.. Seminit td gelak,seminit lepas tu boleh meninggal..sbb tu x kisah pun walau da berapa hari tido 3 jam sehari..asal da cuba sedaya upaya....

4. saya hanya sedih bila rasa x berdaya... buat mcm2 tp x berjaya... kali ini alhamdulillah wife comel response baik terhadap rawatan yg diberikan doktor..jadi saya hanya berasa bersyukur sgt2.. Jauh beza berbanding 10 hari lepas..

Di hospital serdang ni pun selama 4 hari saya da lihat 4 kematian..2 hari berturut turut pakcik di katil sebelah , katil no 26 meninggal dunia.. Jadi saya hanya ada rasa bersyukur sgt2.. Tiada sedih..tiada meratap..

Cemburu sekejap aku. Susahnya nak cari suami yang betul-betul jaga isteri macam  ni. Truly her soulmate lah. Walau Allah duga dia dengan sakit, tapi Allah kurniakan dia suami yang segala-galanya untuk dia bergantung. Maa sya Allah... Hebat kawan aku ni. Semoga Allah ringankan ujian pada dia dan diberikanNya kesembuhan Amin. 

3 comments:

jie @ azie said...

Susah nak cari suami hok gitu teh, meme baik sgt sanggup jaga wifey sakit etc.. aku raso aku pun samo konsep mace mu 'orang nak kau masa kau sihat je', huhuhu

Blog Diva said...

Mostly mmg gtu la jie. Org jate ni ssh gapo. Mugo kuota blh 4. Ore tino jgk lah kalu tok laki sakit nyo caro sggh2... jrg la kito dgr ore tino tggl tok laki tiko tok laki sakit kei...

Tp mmg sedih la time sakit kalu tok laki tok concern. Aku rasa doh jie. Bkn la nok suruh sapa mkn bersuap...tp biarlah tanyo koba krg2nya...

Emo plk aku bab2 gni..

jie @ azie said...
This comment has been removed by the author.