Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 30, 2014

#1130 Me Vs 2 Ramadan

Kalu ikut kalendar Islam, kelmarin genap 3 tahun la Zaraa. Kan dia lahir 1 Ramadan 2011. Cepatnya masa berlalu... 
Hari ni bukak posa aku buat kuih keria. Tak penah-penah pun try buat sebelum ni. Haha.. Tengok kawan kat fesbuk buat, terliur lah. Tapi dia punya versi lagi comel lote la. Aku ni beginner. Ada la rupa. Lepas siap semua baru terbaca somewhere orang bagitau yang keledek oren ni memang akan lembik sikit. So, kalu guna keledek oren kena tambah tepung. Aku dah siap masak pun. Makanya, lembik la sikit keria aku. Nasib baik sebijik keledek aku guna tu dapat 7 bijik je. Mampu la habiskan.... Alhamdulillah...
Nak buat semperit kastad kat Adam ni tapi tatau bila. Penat la weh nak hadap biskut-biskut ni. Dia dah banyak kali tanya aku bila nak buat. 

Citer pasal Adam ni kan, hari ni aku suruh dia posa. Hahahahaha.... Alang-alang makan sikit sangat kan, baik posa terus. Kat sekolah pun bukan dia makan. (memang la kantin tutup bulan posa ni tapi kalu kantin bukak pun dia bukan nak beli makan or bawak bekal). Selalunya pun breakfast makan cornflakes buleh bilang keping. Baiklah ko posa wahai anak.

Bila aku cakap kat dia suruh posa tu, muka sedih je. Aku suruh try la. Nanti balik sekolah kalu lapar, bukak je la posa. Kalu nak kira,  tiap-tiap hari pun macam dia posa sekerat hari la jugak. Kan tak makan tak  minum kat sekolah tu. Benda sama je pun. Bezanya skang ni bulan posa betul.

Balik sekolah, aku tanya dia posa ke tak. Dia cakap dia posa. Kat sekolah entah berapa kali korek hidung tatau la. Konsep posa yang dia tahu cuma tak makan tak minum je la. Yang lain mana tahu. Sampai je umah, terus bukak kabinet cari makanan. Lepas tu bedal nasik sepinggan. Posa-posa ni senang keje aku. Ada nasik je pun jadi. Dia mana makan lauk. Kadang-kadang je makan ayam. Most of the time, nasik kosong semata-mata. Tengahari aku reheat belen nasi sahur dalam microwave aje kalu dia nak makan. 

Tengok kat fesbuk ramai yang share gelagat anak masing-masing yang baru belajar posa. Jeles pulak aku. Ada yang tak perlu parents suruh tapi nak posa dengan keinginan sendiri. Pandai kawan-kawan aku didik anak-anak diorang. Anak aku jugak la tak tahu bila terbukak pintu hati nak belajar posa properly. Semayang pun goyang lagi ni.

Kelmarin pegi Tesco Adam makan di khalayak ramai. Aku dah mula rasa segan dan malu. Sebelum ni kan dia kecik lagi. Aku tak rasa apa pun. Skang ni dia dah tinggi. Ada sorang pompuan kelmarin kat Tesco tegur dia tengah makan Haaaa tak posa..... Tetiba rasa malu pulak aku. Lepas tu aku tak bagi dah Adam makan in public. Ofkos la dia tak paham lagi. 

Agak silap jugak sebenarnya kita ni. Sibuk dok suruh anak belajar posa. Semayang ke laut lagi. Aku cakap kat diri sendiri ni. Hoi tak mudah nak buat dia paham. Suruh dia buat buleh, dia buat la. Tapi you only get the shell. Kekadang rasa anak aku ni body je besar tapi jiwa masih terperangkap dalam alam kanak-kanak lagi. Hoho... Tak tahu lah. Anak orang lain umur 7 tahun macam mana. Aku jarang jumpa manusia lain kat sini. Jadi aku tak tahu adakah anak aku ni dalam track yang betul, atau ketinggalan. Tiap budak ni lain perkembangan dia.

So kisahnya hari ni dia posa sekerat ari sebab aku suruh. Kalu tak suruh, bimbang pulak dah besar berbulu pun tak posa-posa jugak.

No comments: