Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 11, 2014

#1132 Me Vs A Depressing Ramadan

Tak tahu la aku je ke yang rasa macam ni atau most of Muslim serata dunia pun turut sama rasa Ramadan tahun ni agak depressing. How do you feel? Ramadan day 1 lagi rasa lemau je. Takde semangat. Tak lalu makan. Sedih aje dengan berita-berita dari Gaza. Bagi insan sotong macam aku ni, doa aje lah yang mampu aku mintak dengan Tuhan. Tiap hari ada je gambar-gambar mangsa kekejaman Zionis... Dulu aku tak boleh tengok gambar-gambar gruesome ni. Memang tak boleh langsung! But now, betapa humanity dah berada bawah tapak kasut, gambar-gambar ngeri dah jadi mainan mata aje. Dari langsung takleh tengok, skang ni dah tak rasa apa dah tengok. Ok, rasa geram dan marah tu memang menyala-nyala la. Tak dapat bayangkan nasib anak-anak kecil di sana. Nasib orang-orang yang dah cripple. Berapa banyak orang yang lahir sempurna tapi setelah berlakunya pertempuran ni,  dah jadi cacat. Berapa ramai yang dah syahid... Ma sya Allah.. Betapa mereka di sana tidak takut mati malahan mendambakan untuk syahid mempertahankan tanah air diorang. Bestnya diorang, dapat masuk syurga tanpa dihisab.... Ma Sya Allah.... 

But still, it's sad to hear everyday more and more people, children, women are getting killed. Bila la semua ni nak berakhir. Sedih sungguh sampaikan depress. Yes, depress. Aku yang di kejauhan dengar citer gitu-gitu je via fesbuk pun rasa tempias depressnya... Yang hari-hari menanggung tekanan kat sana tu apatah lagi. Pernah terbaca artikel pasal post war depression. Dikhabarkan sebenarnya sangat ramai tentera US yang pernah ditempatkan di negara bergolak ie Afghanistan, Iraq yang mengalami post war depression (aku tak ingat istilahnya betulnya apa, ni aku cakap je). Berapa ramai tentera US yang sekembalinya ke US setelah tamat tempoh bertugas tu yang trauma dan berakhir dengan suicidal. Tak tahan kot tekanan perasaan. Sebab diorang dah tengok sendiri macam mana teruknya impak perang tu ke atas segalanya khasnya emosi. Media je tak warwarkan. Biasalah kan. Takkan nak citer benda shameful macam  ni.

Dalam tengah depress-depress tu, tetiba lepas bukak posa Bos IBM cakap dia dah nak sampai. Love love love. Terus dalam hati ada taman Disneyland. Keriangan sangat. Thank you for being here di kala aku memerlukan teman! Bagos punya surprise kan. Nasib baik aku tak balik kampung minggu ni. Kalu tak, naya la dia sampai kat terminal Butterworth tu, aku dah separuh jalan nak sampai ke KB. Harharhar... Menanges air mata darah lah kamu di situ. Terus housekeeping bilik ....

Bila ada tetamu ni, rasa semangat la sikit. Nak masak pun ada la tambahan idea. Kalu asyik hadap muka sama je, idea pun kering. Yang bestnya bila ada tetamu yang selera sama ni, galok la aku nak buat dessert. Puding-puding memang best kalu makan together-gether. Minggu lepas punya puding dah habis. Datang kali ni request lagi nak puding karamel dengan puding kastad koktel.... Bila ada regu makan macam ni, aku pun naik syeh! Selalunya aku buat, aku jugak yang makan. Encik Jack mana makan.

{note: gambar tak ikut urutan}
Yang ni sahur malam.
Sahur tengahari.
Mood nak buat biskut pun mulalah berbunga bila Bos IBM ada. Buat apa-apa pun kalu ada tukang makan memanglah syok. Kali ni aku buat biskut choc chip guna resipi yang Bos IBM google. Apasal Bos IBM terer pilih resipi ye? Kalu aku pilih mesti tak jadi or tak sedap. Biskut choc chip ni memang sedaplah. Ala famous amos gitu. Tak menyesal buat. Semenjak posa sampai ke hari ni ni, berapa batch berapa jenis biskut dah aku buat. Aku rasa, time raya nanti mesti aku dah bosan tengok biskut. Hahaha.. Aku baking-baking biskut ni bukan untuk raya. Aku buat sebab aku nak makan. Tak kira la  bulan apa, masa apa, event apa pun. Korang makan biskut time raya je ke? Kesian.
Choc chip albino sebab aku tak buh serbuk koko. Lepas bakar tetap koko jgk warnanya.
Biskut ni memang sedap lah. Rangup. Dan tak rasa or bau soda bikarbonat sangat. Kalu ada macadamia or hazel nut alangkah umphnya. Yang ni aku taruk cooking choc bar,(dadu kecik-kecik sebab aku malas nak beli choc chip mahal dapat sikit je) pastu breakfast muesli (blueberry, currants, oats, almonds yang dah berbulan-bulan tak luak).. Resipi asal buh serbuk koko. Tapi aku tak buh sebab aku nak kurangkan impak coklat. Aku kan sembelit. Kalu kecoklatan sangat nanti haru pulak jadual memerut aku. Cooking coklat yang aku dadu kecik-kecik tu pun aku kurangkan amaunnya. Tetap jugak sedap. Nyamnyam... Satu rumah bau biskut harumnyeeeee....
Puding kastad koktel...Tak jemu ke Bos IBM makan ni. Minggu lepas dah. Minggu ni nak lagi.
Bos IBM dok sini 4,5 hari... Memang bestlah. Ceria sikit umah aku yang selalunya gloomy aje. The kids pun seronok ada orang yang boleh diorang harassed... Hahahaha... Alang-alang ada tetamu ni encik Jack tapau nasi madghout lagi. Kali ni setengah kilo lamb madghout dengan setengah kilo lamb zehoben ke apa ke nama entah. Bos IBM belanja. Hadoi... Asyik dia je belanja. Makan nasi arab ni memang best kalu beregu ramai-ramai. Kalu makan dua orang je kelip-kelip kopandangakupandangko memang tak best. Ni kali ke 4 aku makan nasi arab Qasar Hadramawt kat Perda tu. Dah mencapai limit muak dah. Agak-agak macam 4 tahun lagi kot aku akan mula rasa nak makan balik. Harhar... Tak... Sebenarnya bila makan nasi arab ni, time nak suap ke mulut tu aku terkenang kat saudara Islam kat bumi syam sana tu... Sedih terus rasa suffocating nak telan. Aku sedap-sedap mencekik hidangan cara diorang sedangkan diorang pun puasa berhari-hari tak bukak sebab takde makanan nak makan. Itu yang rasa  macam tercekik je nak telan. Adam dengan Zaraa suka la nasik berperisa macam ni. Banyak jugak diorang makan. Setengah kilo lamb madghout dengan setengah kilo lamb zahoben tu kitorang makan cover untuk bukak and sahur. 2 hari masing-masing bau L.A.M.B...... Mmmbeeeeekkk~~~~!!!! 
Berbaloi cik long mu belanja.
Hok ni demam pun selera makan kalah yang sihat bugar!
Tester sos kastad aku. Both approved. Lulus bergaya mommy!
Minggu lepas Adam demam. Minggu ni jangkit kat Zaraa pulak. But alhamdulillah... selera makan sangat-sangat baik. Cuma ubat aje yang problem sikit. Ubat klinik panel bagi dah habis. So, kitorang beli la kat farmasi. Budak ni memang tak boleh terima ubat selain dari klinik panel. Sedap sangat ke? Ke taruk ganja? Kalu pcm dari klinik panel tu, siap jilat syringe lagi. Bos IBM ada ni rajin betul dia belikan coolfever kat anak sedara dia... Alhamdulillah, berkat doa+ubat+coolfever+continuous sponging+love..... Dia dah sihat.  Yay!!!
Suka benar bila orang pakaikan coolfever kat dia. Dia rasa benda ni macam  mekap kot. Bila ada kat dahi tu rasa cukup bergaya lah kot. Eksaited dia dapat pakai tu. Gel dah kering pun pakai jugak.
Bos IBM nak makan ketupat sotong. Kebetulan ada sotong elok, aku beli la. Ada rezeki dia minggu ni dapat makan. Tak tahu la menepati citarasa dia ke tak. Aku buat cincai-cincai aje takat masuk tekak aku je. Macam sedaplah kot. Aku bajet. Ko rasa?
Baju Elsa ni Bos IBM belikan dia minggu lepas. Setakat ni baju ni baju feveret dia la. Tak tengok pun Frozen tu. Tapi tak tahu la... Dari mana datangnya pengaruh sindrom princess-princess ni kat dia. Sikit-sikit nak baju princess. Sikit-sikit nak gambar princess. And pink. Apasal budak pompuan camtu ek?
Hari ke berapa tak ingat dah, menu bukak posa pizza, nasi ayam, ketupat sotong dengan cempedak goreng celup tepung. Hambik. Banyak hari tak tahu nak masak apa kan. Bila ada tetamu ni meriah la jawabnya meja aku. Nasib baik meja 6 kerusi. Kalu 8, agaknya the menu continues.....
Tengoklah betapa kurusnya Adam skang..
Orang dok heboh boycott-boycott skang kan. Pizza pun kena buat sendiri la dik non! Apasal base yang Bos IBM buat ni elok je. Kalu aku buat, base mesti menggelembung expand masa bakar tu. Dia nyer elok-elok je... Sedap pulak tu. Kalu aku buat sure rasa yis. How eh?
Pepperoni/salami
BBQ hawaiian chicken.
Walau penat, bila tengok makanan berbaris macam ni atas meja memang sejuk mata memandang lah. Tukang ambik gambar siap panjat kerusi nasib baik tak roboh.
Time ada tetamu memang bestlah. Memang lain rasa masak banyak-banyak time ada orang dengan takde orang. Semangat pun lain. Bila Bos IBM dah balik KL..... Terus terpinga-pinga tak tahu nak masak apa. Mode automatically changed. And the struggle begins. Try buat buttermilk chicken. Dalam internet macam tengah viral jugak benda alah ni. Aku yang buat tak sedap kot. Memang tak boleh nak telan. Bagi aku la, benda ni lebih sedap kalu makan macam tu je. Main course. Bila makan dengan nasi, tak berapa boleh gi bak kata orang Kelantan. Itu mulut aku lah. Mulut orang lain mungkin kata sedap makan dengan nasik. Kalu aku boleh bagi cadangan, aku cadangkan ganti ayam dengan salmon. Macam yang aku  makan masa birthday Adam ari tu...  Salmon dengan kuah sos susu lemak-lemak macam ni sedaplah. Again, mulut aku. 
Try to imagine, this buttermilk chicken padankan dengan side dish ie mashed potato, baked beans, salad cuka.... Suka tak suka tak suka tak?

No comments: