Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 22, 2014

#1133 Me Vs The Last Days Of Ramadan in Penang...

Mana pegi semua sahabat blogger aku ni. Jihad ke Gaza ke? Lama benar tak update masing-masing. Kalu ada pun asyik update pasal bisnes aje. Helo, friendship comes first laarrr... Okey lah malas nak menceceh orang pun tak peduli, meh nak citer pasal kelmarin.

Saje gatal tangan buat mac and cheese kat Zaraa. Kira lunch dia la ni. Rasanya macam tak pernah buat mac n cheese yang menjadi sebelum ni. Masa kat kondo dulu pernah try sekali kot tapi failed dan buang terus. Hahahaha... Kali ni study leklok dah. Bila konfiden baru aku buat. Format aku memang macam tu. Selagi aku tak kompiden, aku takkan masak. Maklumla... Nak beli-beli bahan tu pakai duit orang. Kalu tak menjadi, nanti orang marah pulak aku membazirkan duit dia. Kalu aku sendiri ada income, suka hati aku la tabur macam mana duit tu. Bunyi macam berduit la sangat blog diva ni kan. 
Okeh... Gambar kat atas ni semua bahan-bahan yang aku guna plus tepung gandum (tiada dalam gambar). Aku rakyat marhaien pakai tepung gandum bleached malu la nak tunjuk nanti orang kata aku ignorance pulak tak concern pasal health. Concern tu concern jugak tapi bila kat rak tepung tu tetap tergoda kat yang harga lebih murah ;p Kalu nak kira pakai bleach ni,  beras putih yang kita makan hari-hari tu pun bleached jugak dik non. Lalu ke nak telan brown rice hari-hari kalu nak substitute white rice to brown rice? For me, health concern is good. Tapi kalu nak ikut strictly, jutawan je mampu kot? Non GMO product, organic product, healthy product semua tu bukan murah. Zaman skang ni pulak, makanan biasa pun mahal jugak. So how?

Panjang pulak tak puas hati... Untuk siapkan semangkuk mac n cheese macam kat bawah ni... Ni resipi dia incase ada yang nak cuba. Kalu resipi aku ni memanfaatkan orang lain, aku jugak dapat pahala amin. 

setengah - 1 cawan macaroni siap rebus al dante
2 sudu bsr butter
1 sudu bsr tepung gandum
setengah tin susu sejat / fresh milk / cream / double cream / apa-apa susu pun boleh ikut nak lemak mana
2 keping keju cheddar -ni pun dah lemak sangat dah
salt n pepper

Cairkan butter, buh la tepung gandum kacau-kacau sampai sebati.
Buh susu and cheese. Then salt and pepper to taste.
Kacau sampai capai kepekatan diingini.
Tutup api then serve.

Nak taruk binatang apa pun boleh. Isi  ayam,  seafood etc. Anak aku tak appreciate sebab tu aku tak buh. Sape suka boleh la taruk any herbs yang disukai. Aku tak buh sebab malas.

Kalu nak cheapskate lagi, beli je sos Prego dalam tin kuning yang tertera Cheese N Herbs ke apa tuh... Tapi tatau la rasa macam mac n cheese ke tak. Tengok dalam blog-blog ramai yang buat macam tu.  
Ingatkan dah bajet sikit la ni. (posa-posa kan kureng sikit nak makan benda-benda muak ni) Zaraa makan 4 kali kelmarin. Pun tak luak-luak jugak. Haih... Aku kena kecikkan portion lagi. Semangkuk pun tak boleh nak habiskan. Memang muak sangat la. Next time try susu low fat la pulak. Ct cakap crush garlic then put fresh milk and oregano lagi sedap. Boleh try tu.
Kelmarin lepas Zaraa habis makan, mangkuk ikea ni aku tak basuh. Selalunya lepas dia makan/sepah-sepahkan aku kutip buh dalam sink basuh terus. Tapi kelmarin aku biar je. Tiap kali aku masuk dapur, dia masuk jugak. Tiap kali dia masuk jugak, dia mintak mac n cheese ni. Total up, 4 kali makan lah. Bagus betul selera dia. Aku bajet kalu offer mac n cheese lagi hari ni sure dia tak nak dah. Hahahahaha... Adam balik sekolah mintak nak butter croissant dengan honey cornflakes aje. Dekat berbuka mintak beef bacon pulak. Bila la dia nak makan macam budak lain. Tak macam budak lain pun, macam Zaraa je pun dah alhamdulillah..
Makanan untuk anak dah siap. Makanan untuk mak bapak berbuka belum ada menu lagi. Pi mai pi mai... Last-last call Iron Chef buat short course nasi bukhari via call. Baru ni beli sesaje rempah bukhari Faiza. Tak bajet nak buat dalam masa terdekat. Tapi bila dah tatau nak masak apa ni, keluarkan aje la hidden card aku. Kul 3.30 lagi dah start masak nasik bukhari. Saje start awal. Incase tak jadik, buleh aku lupuskan cepat-cepat and proceed tanak nasik putih biasa. Plenty of time to reboot lah kononnya. Disebabkan aku sedikit cuak dengan amaun air yang perlu aku masukkan.... Aku buat camni. I hope my guide can help those yang ada problem sama macam aku.

Gini, aku basuh beras, dan masukkan air macam nak tanak nasi putih biasa tu. (aku masih guna kaedah konvensional celup jari telunjuk biar tenggelam sampai satu ruas tu). Bila dah kompiden dengan level air tu baru aku masukkan bawang rempah yang dimasak sebelum tu.... 

Ok rewind..... Ni bahan-bahan nak tanak nasi bukhari (nasi je tanpa daging/ayam)

2 cawan beras (aku pakai beras biasa je, kalu nak nasi comey pakai beras basmati)
3 ulas bawang merah yang kecil tu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah bukhari (aku guna cap Faiza, pedas sikit)
1 sudu besar tomato puri
1 biji tomato saiz kecil didadu
1/4 biji bawang holland dimayang
butter / minyak sapi untuk menumis
daun pandan
rempah kasar (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) -kalu buat sikit takyah buh pun takpe
1/2 cawan susu sejat
air untuk masak nasi
garam 

Cara aku yang senang:
1.Basuh beras dan toskan. Ketepikan.
2. Bawang-bawang dengan halia tu suka hati la nak blend ke nak mayang. Aku mayang je sebab malas nak basuh blender.
3. Cairkan butter/ minyak sapi. Tumis bawang-bawang dengan halia + rempah kasar sampai wangi.
4.Masukkan bawang holland dengan tomato yang didadu.
5. Agak-agak tomato tu hancur, masukkan rempah bukhari dengan tomato puri.
6. Masukkan susu sejat. Kacau-kacau seketika. Padamkan api.
7. Beras yang ditoskan tadi masukkan air sampai level yang biasa masak nasi putih tu.
8. Pastu curah la rempah yang masak tadi tu dan kacau-kacau sampai sebati. Buh la garam dengan daun pandan, daun sup or daun ketumbar.
9. Siap. Aku tak kacau-kacau pun nasik ni takut beras hancur.

Boleh makan dengan acar timun, paceri nenas, kurma ayam/daging/kambing, ayam masak merah etc
Oh senang je masak nasik bukhari ni kalu guna cara aku. Cara untuk orang yang tak kompiden! ;p Nggee~~~ Budak-budak ni punya la seronok aku masuk dapur awal sebab diorang ada chan nak menyibuk sekali. Memang kepoh dan berkecah la dapur aku hasil bantuan PBB dua orang ni. Berebut-rebut nak tolong mommy katanya. So, aku bagi tasks kat diorang. Zaraa aku bagi sudip kasi kacau kerak rempah yang aku dah kaup siap-siap masuk dalam rice cooker tu. Aku isi air nak kasi kembang kerak-kerak dalam kuali tu nanti senang nak sental cuci. (senang kan keje aku bagi je Zaraa kacau-kacau-kacau. Eksyen je la lebih, benda takde apa pun dalam  tu) Adam pulak aku suruh squeeze orange untuk buat juice berbuka nanti. Bila masing-masing ada keje baru tak bergaduh. Aman la sikit tukang masak.
Tengok gambar kat bawah mesti korang tertanya-tanya kan kenapa ikan goreng aku kelihatan begitu kesepian sekali. Dah aku sorang je pun makan. Takkan nak goreng 5 ekor ye dak. Nasik dah muak, aku perlukan lauk yang neutral. Tak lalu lah nak makan nasik bukhari dengan kurma yang sama-sama muak. Mulanya aku nak buat ayam masak merah. But then nanti takde kuah pulak. Tanya encik Jack, dia nak kurma ayam. So buat la kurma ayam. Menyesal pulak tak beli frozen lamb shoulder kat Tesco baru ni. Aku dah usya dah tapi sebab tak bajet nak buat nasik bukhari minggu ni. So tak beli lah. Kalu ada lamb baru menyangkut nasik bukhari. Pada tekak aku lah.
Ni rupa nasik aku dalam rice cooker. Kalu taruk daum ketumbar sekali dengan pokok-pokok dia lagi sedap. Lagi authentic lah kot. Sukses la ni nasi bukhari aku ni. Kalu pakai beras basmathi lagi la cantik beras dia sebijik-sebijik gitu. Panjang pulak tu. Macam nasi Arab lah. Oh rasa nak taruk dalam frem tak kasi orang makan punya la hepi dan terharu nasik bukhari aku menjadi. Tak kacau pun ok. Lepas tekan button cook tu terus tinggal sampai masak. Ohoho... Lenkali kena ikut sukatan air macam tu la... Baru nasik tak terlalu lembik atau tak masak langsung. Okeh.... Dah la citer pasal nasik bukhari aku yang berjaya ni.
Last but not least.... Presenting my happy pill..... Omey la budak ni jumpa raya nanti nak gomol. Percayalah.

2 comments:

jie @ azie said...

Waaa..dalam diam2 buat nasi bukhari, buleh doh tu.. panda dohmmasok tu mek. aku pun tok ajin buat lagi nasi bukhari, takut nok wak sbb tok pandai.

Yours truly said...

ok thanks for the recipe of mac n cheese..sokmo buat cara mudah iaitu letak cheese n masukkan dlm microwave (haha mak pemalas) biasa cari resipi online kena bake..ayeen x der oven so tak buatla..so now got ur recipe blehla mencuba...pernah beli prego dlm tin tu..tapi rasa mcm mushroom soup jer..hehe