Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 24, 2014

#1134 Me Vs Ideas Please Come!

Dah ada yang balik kampung ke? Melampau tau.... Hehek.. Masa zaman study dulu seminggu sebelum raya semua student dah pepandai buat cuti sendiri. Gamble la walau last minute ada test/kuiz. Nak-nak pulak anak-anak jati Kelantan yang sememangnya cukup limited tiket untuk balik raya ni. Oh terkenang era perstudyian suatu ketika dulu... What, dah 10 tahun? Tuanya!
Iftar Selasa. Salami croissant sandwich.
Anak dah masuk skolah ni kena behave la sikit. Nak mengelat pun agak-agak la. Aku dah banyak hari dok racun encik Jack ajak cabut awal. Tuang je la kelas Adam tu. IPU kat Penang pun skang ni dalam kategori tak sihat. Kelmarin bau gas macam leaking cooking gas. Cemas sekejap aku. Manalah tahu kot-kot anak dara aku ni terpulas api dapur ke apa kan. Dia suka benar menyibuk kat dapur skang. Kekadang time masak, kalu dia bukak pintu kabinet kat bawah tu kuat-kuat, otomatik api akan terpadam. Berlaku  konsep vakum di situ. How many of you selalu jadi macam ni kat dapur uols? Sebab tu bila kelmarin bila terbau gas satu umah, cepat-cepat aku  pegi cek stove kot-kot Zaraa tak sengaja terpulas. Tapi alhamdulillah la bukan. Bau jerebu la tu kot... Berdebar sekejap. Don't play-play we all do have bomb in every house! Tong gas tu jangan ambik mudah tau.
Iftar Selasa. Mi hailam.
Lara-lara hati teringat kat kampung halaman ni ofkos la aktiviti memasak pun slow jugak effectnya. Skang ni dok follow instagram selebriti-selebriti yang rajin masak. Yang selalu update gambar masakan. Chef Wan, Juliza Adzlizan, Tengku Puan Pahang, Chef Kamarul, Chef Zam, Shiela Rusly,..... Sape lagi ek? Tolong bagitau aku buleh? Aku sebenarnya dekat setahun dah kot tak bukak instagram. Sorry la kalu ada yang tag ke apa, memang aku tak bukak. Skang ni je bila dah idea memasak dah setipis ozon baru aku bukak balik. Bukak pun sebab nak cari idea masak tu la. Kelmarin tengok menu Shiela Rusly buat udang masak tempoyak.  Terus menitik air liur kau! Suka tengok  menu Shiela Rusly dia siap buat gambar collage untuk menu iftar dia. Lengkap dari main course, side dish, dessert dengan minuman. Komitednya dia... Sibuk-sibuk kerja produksi petang-petang balik rumah mesti masak untuk berbuka sama famili dia. Bagus betul. Salut aku kat orang-orang macam ni. Aku pulak, selalu berangan kalu duit dah berkepuk, buat apa susah-susah... Makan kedai je la... Hahahahaha... 
Udang saiz kecik untuk rakyat marhaein macam aku je.
So, kelmarin menunya nasik putih, udang masak tempoyak (terkilan takde daun kunyit dengan petai, tapi aku guna daun kesum je), kangkung goreng sambal belacan, kembung goreng, sambal tempoyak, jus koktel. Sahur tadi perangat belen lauk ni je la. Encik Jack sahur dengan roti aje. Kelmarin punye menu dah setel. Hari ni pulak garu kepala nak masak apa. Ada ikan dengan ayam dengan telur dengan sardin je dalam simpanan. Kari dah, asam pedas dah, sup dah, kurma dah, 3 rasa dah, buttermilk dah, goreng-goreng dah,  masak lemak dah, apa lagi ye? Nak menyinggang, takde lauk gu dia. Lagipun posa-posa ni kalu makan singgang je tak kenyang ;p 

Esok dah nak balik... Kain baju raya belum basuh lagi. Basuh kat kampung buleh? Or worse, pakai bau kedai buleh? Takde mood aku nak basuh-basuh kain ni... Hahahaha... Biskut choc chip aku dah habis :( Terasa gatal tangan jugak nak buat lain. Buleh la buat stok mengudap kat umah MIL nanti... Tak-tak lalu ni teringat sangat la kat biskut. Tapi bila buat, bukan nak terkam terus. Kenyang  bau je aku ni. Hahahaha.. Seronok membaking aje. Bila dah masak anak-anak tak makan. Encik Jack pun sama. Bagi dia, semua biskut rasa sama. Rasa tepung. Kesian. Hahahaha... Tengok orang buat tat landak tat gulung, aku pun terliur. Nak buat jugak, tapi jem nenas takde. Nak buat, malas pulak nak cari nenas, nak potong nenas, nak sira nenas.... Nak beli siap takut tak sedap. Raya ni aku mensasarkan tat gulung lah di setiap rumah yang aku nak serang. Biskut rainbow ke, lidah kucing ke, samprit susu ke, kek minyak ke, apa ke, yang tengah trending skang ni aku tak pandang pun. Makanan yang berfood coloring dengan colorful sekali adalah yang pertama sekali aku akan avoid. Yes, aku tak suka makanan berwarna tiruan ni. Natural coloring takpe. Not that I'm a health-concern kind of person, tapi memang aku simply tak suka. For no reason.

Skang ni orang dok kecoh boycott produk Israel segala. Bab McD memang diri dah sedia maklum. Tapi brand-brand kecik yang lain aku akui diri agak lalai dan kurang ingatan. Contohnya Maggi. Walau dalam dah ditanamkan hasrat nak join boycott ni, tapi kekadang terambik jugak. Bila balik rumah baru teringat. My bad. Sebab dah terbiasa capai certain brand for certain item. Dah terbeli nak buat cane. Takkan nak buang membazir pulak. Secara jujurnya memang aku akui lemah. Tak boleh nak hafal lagi apa brand product Israel. Yang paling aku ingat McD je sebab people dah overreact kan pasal ni. InsyaAllah, lenkali kena lebih concertrate lah. Selama ni dok hidup dengan beli product Israel je dari produk makanan, food chain, health care, baby care, skin care, etc. Bila dah jadi macam ni rasa kekok pulak bagi aku la. 
Ni saje je nak citer. Bukan nak promo barang Israel. Tapi dalam banyak-banyak flavour Maggi ni, aku rasa yang ni paling sedap. Memang rasa mi kari macam yang kita buat sendiri. Bukan megi kari tau. Mi kari. Nak  rekemen pun serba salah sebab brand ni kan dalam senarai yang nak kena boikot. Aku habaq saje la. Mi kari ni aku just tambah tauhu kering dengan taugeh je. Memang rasa macam mi kari sebenar.. Slurrrpp...  Adoi.... Nasib baik posa..

No comments: