Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 25, 2014

#1135 Me Vs The Weirdest Journey

Ikutkan hati encik Jack nak keje lagi sekerat hari, hari ni. Tapi aku suruh cuti terus. Adam pun aku suruh ponteng je. Jahat tak jahat tak jahat tak? Ahahahahaha... Separuh jiwaku dah selamat berjimba di tanah air sudah. Apa nak buat... Semua kain baju dah siap packing semalam lagi. Tido pun entah pukul berapa. Aku tido kul berapa tak penting. Yang pentingnya driver aku tu cukup tido. Disebabkan aku yang tido entah pukul berapa tu, sahur tadi nyaris-nyaris nak terbabas dah. Sedar kul 5.37am. Kelmarin encik Jack cakap nak makan mi hailam untuk sahur pagi ni. Kuah aku dah buat siap-siap semalam. Aku sendiri, nasi goreng dah siap jugak semalam. Semua tunggu reheat aje pagi ni. Tapi disebabkan sedar dah lewat, nak perangat kuah mi hailam tak sempat lah. Perangat nasik goreng je la makan ala kadar untuk alas perut. Kesian laki aku... Eh itu pun kira bagus dah. Kalu langsung tak sempat nak prepare makan apa-apa lagi naya kan?
Lepas sahur, siapkan benda-benda yang last minit tu then terus balik. Kul 9 jugak kot baru bertolak. Sampai KB dah dekat nak azan Zuhur. Kalu ikut giliran, tahun ni raya pertama kat KB dulu. Tapi kesian MIL aku raya sorang-sorang pulak. SIL dengan BIL kebetulan giliran belah in-laws masing-masing raya pertama tahun ni. So, atas budi bicara aku, aku relakan saje raya first tu dengan MIL aku dulu. Makanya, sebelum raya ni balik belah aku la dulu bukak posa dengan sahur dengan famili aku. Nanti last day posa gi sahur and bukak posa dengan MIL pulak. Giteeewwwww....
Macam biasa la, bukak posa kat KB camni la. Mesti ada lauk yang beli. Tapi this time takde la beriya shopping makanan bukak posa kat stadium tu. Malas yang amat nak redah jem semata-mata nak cuci mata tengok lauk-pauk. Skang ni cerdik la sikit semenjak dekat JPJ tu ada mini bazaar Ramadan. Situ pun dah memadai setakat nak ayam golek yang sedap, air tebu ori dengan air kelapa ori. Alhamdulillah...
Ini rupa meja 8 kerusi kat umah Puan Menteri. Agaknya kalu meja lagi panjang berlingkar-lingkar macam ular kena palu tu lagi banyak la benda nak hidang atas tu. Alhamdulillah, rezeki balik kampung. Makanan melimpah ruah... Rasa bersalah pulak kat saudara-saudara kat Gaza sana... Huhu... Aku macam biasa la.. Tak reti makan lauk banyak-banyak jenis ni. Paling banyak pun 3,4 lauk je aku ambik. Budu memang tak tolak lah. Can't imagine how my life will look like without budu. 
Benda rare hari ni: pucuk petai. Penah makan?
Antara yang bestnya, dapat berbuka dengan buah tanjung dan jala mas! Lamanya tak makan! Walaupun bukan hasil buatan anak beranak Nik Serimah, ini sudah memadai untuk tekak yang merindui makanan tanah airku... Bakpo la oghe-oghe Klate panda buat makei nih...
We spent 2 days in Kb. Tunggu Nik Pareh sampai esoknya untuk bukak posa sama-sama. Then kitorang akan balik Apal dan raya sama mak Encik Jack. Bos IBM yang lebih dulu tiba dari aku, have lots of menus to cook here. Baking and cooking. Macam biasa la. Time orang sibuk fokus untuk juadah raya, dia pulak time tu la sibuk nak buat biskut keknya. Why la. Every year the same drama repeat. I learnt not to say what I disagree because of so many reasons. So, makin tua ni, whenever I tak setuju or tak sependapat I just keep quiet and gulp. Dengan semua orang pun. Kekadang terfikir jugak, aku senyap adakah sebab aku malas nak gaduh atau aku senyap sebab aku tak pernah betul? Ko rasa?! Apa-apa pun, just to play safe, baik aku diam aje lah dari aku menyakiti hati orang yang banyak jasanya kat aku. Sebenarnya tak best jugak jadi pihak yang selalu terima jasa orang ni. Bila tak suka pun takleh nak kata apa atas dasar hormat. Pernah rasa cam ni tak?
Baking secara online?
Feeling raya tahun ni tak tahu aku nak kata. Mixed feeling lah kot. Hepi tapi ada black dots here and there. Tapi aku cuba jugaklah untuk bergembira setakat yang boleh. Tahun ni raya yang paling menghairankan sebab Puan Menteri banyak Mega Food Projects. Berbuka nak masak nasik daging lah. Raya nak buat lontong dengan soto lah. Selalunya bising betul dia nak beribadah dari pulun diri masak memasak ni. Why ek ko rasa? Pelik sangat-sangat. Selalunya lah, Puan Menteri lebih prefer tempah aje apa-apa makanan untuk raya ni. So that she can spend more time untuk beribadat. Tahun ni rock n roll pulak dia. 
Bila yang dewasa-dewasa sibuk memasak kat dapur, memang beraya la kekanak riang kat umah ni nak tolong sibuk sama. Raya eve lah sangat. Masa buat sama-sama tu seronoklah kan. Pastu lepas semua dah blah tinggalkan aftermath tu mula la nak meroyan tengok hasil kreativiti budak-budak ni. Hahaha... That's why la aku kata, kalu nak buat bebenda camni, buat time budak takde. Tapi cam kekonon tak meriah la tanpa bantuan budak-budak kan... Hadapi lah. Tanpa bebelan. Huhu.

These kids dah ok skang ni. Semek dah getting better dengan Zaraa. Dah makin besar ni makin cerdik la sikit tu. Sebelum-belum ni mana dia nak get along dengan Zaraa. Masuk dekat pun tak bagi. But now alhamdulillah Zaraa dah boleh main dengan Semek. Walau  tak 100% pun kira oklah tu. Kot-kot mana pun Semek lagi kamceng dengan Adam lagi. Sangat-sangat concern kat Adam. Mu nok ko Adam ko, Semek?
Cuaca dekat nak raya ni asyik mendung je... Oh lupa nak citer... Sepanjang perjalanan balik dari Penang ke KB ni, aku rasa sangat pelik dengan suasana alam sekeliling. Why? Sebab satu hutan gunung-ganang tu rasa sunyi sesunyi-sunyinya. Pokok-pokok seolah-olah pegun tak bergerak. Tak berangin. Unggas hutan pun tak bersahutan. The whole jouney seems so weird. Matahari pun tak kelihatan dek jerebu. Sangat-sangat weird. Macam dunia nak kiamat.

Atau semalam malam Lailatulqadar?

No comments: