Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, July 27, 2014

#1136 Me Vs Homecook Bubur Lambuk Made My Day!

Hari ni last day posa untuk Ramadan tahun ni. Alhamdulillah sempat sahur and bukak dengan MIL. Aku rasa semua yang dah kawin sure rasa sayu bila last day posa dengan raya first day kat in-laws place kan. No matter how good your in-laws treat you, kot mana-mana pun hati mesti teringin nak raya dengan famili belah kau sendiri kan. Does it applies in your situation? I believe I'm not the only one feeling like that. No offend ye my in-laws. I know you all treat me the best... Tapi biasalah manusia, mesti rasa nak dengan famili sendiri jugak kan.
Nasib baik MIL buat bubur lambuk hari ni. Terubat duka lara di hati tak dapat berbuka last day dengan famili. Oit, dah 2 hari dah berbuka dengan famili aku. #takpuaspuas Kat umah MIL ni tak banyak yang boleh aku tolong. Banyak persiapan menu raya ni MIL dah readymade awal-awal. Satay dah siap cucuk berminggu-minggu dah sebelum aku balik. Benda-benda lain kacang je la MIL buat last minute. Hari ni menu berbuka bubur lambuk, nasi impit dengan rendang. Sebenarnya rendang tu untuk raya esok lusa tapi MIL buat siap-siap terus. Esok tinggal hangatkan aje. Sempoilah. Keje aku hari ni tolong kupas bawang, perisikan ikan rebus (untuk bubur lambuk plus sambal ikan nasi impit)... MIL aku memang cargas buat keje kat dapur. Setakat aku yang sotong-sotong ni nak tolong tak payah lah...
Kan aku dah cakap, mek bulat aku ni boleh harap dah bab tumbuk-menumbuk ni. Gambar di atas adalah kejadian sebenar MIL aku suruh dia tumbuk isi ikan rebus untuk buat bubur lambuk. Apa lagi, hepi lar dia dapat menumbuk ikan kat Wa. Nasib baik tak roboh meja makan antik Wa ni. Janji, dia hepi.
Hari ni bukak posa takde nasik putih. Tak kisah la, esok dah tak posa kan. Ini pun dah cukup memadai dah untuk orang tak lalu makan macam aku. Sampai ke malam aku dok ulang cebok bubur lambuk ni. Tak puas-puas. Hehe... Lepas bukak posa, ini aktiviti budak-budak ni... Tolong Ayah Dor bakar duit bakar bunga api. Mainlah dulu 2 beradik ni sementara tunggu sepupu sepapat dia dari KL and JB balik. Main 2 orang pun jadik. Sampai tak nak masuk dalam rumah.
Kat kampung encik Jack ni bukan anak-anak aku je yang mati kutu time takde orang ni.... Even us the adults pun mati kutu jugak. Internet connection kat kampung adalah too poor! Memang aku on phone tak tahu untuk apa. Bateri habis untuk cari line aje. Paroklah bateri. Keje caj phone aje tapi takleh guna. Call pun putus-putus tenggelam timbul. Internet 95% of the times memang takleh nak connect. Makanya kembali ke jaman sebelum adanya smartphone lah. Budak-budak main pasir. Mak budak bergossip, lipat kain, tengok tv, kupas bawang, mengait... Adoiyai.... Maxis ke, Celcom ke semua takleh pakai... Bila lah negeri Terengganu yang kaya raya ni nak ada Unifi..... Kelantan yang dikatakan Darul Miskin tu pun dah lama ada Unifi...
........Setel pun posa tahun ni. Hopefully 8 hari yang miss tu aku dapat ganti soon as possible la. Kalu buleh sebelum November ni. 8 hari je... *sedapkan hati... Sebelum ni aku pernah ganti 70 hari plus kan..... Apa lah sangat 8 hari tu... In Sya Allah I can do it!

Esok raya! Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kat semua yang mengenali aku, semua silent and noisy readers aku.... Kalu aku ada salah silap harap dimaafkan...

No comments: